Tangisan Kim Taehyung sayu. Bertubi - tubi ingatan yang masuk membuatkan dia tidak keruan. Dan malangnya kenangan itu tidak indah.
Malah saat - saat akhirnya juga dipenuhi air mata. Tiada sekelumit kebahagiaan pun yang dirasakan saat itu.
Semuanya dihancurkan oleh seorang wanita bernama Kim Younghwa. Sekejap, hati Taehyung mula berubah. Dipenuhi amarah. Dia bangun bersama tangan yang dikepalkan.
Dia menapak pergi menuju ke halaman kedai Younghwa yang masih dipenuhi pelanggan. Malah, pakcik Hwang juga berada di situ. Berinteraksi dengan orang kampung.
"Doktor Han—" Taehyung tidak peduli, meluru masuk ke dalam kedai untuk mencari seorang wanita.
Kim Younghwa, wanita yang mengkhianatinya.
Tidak layak mendapat sebarang kemaafan.
Kau tak akan mengenal erti bahagia, Younghwa.
Tak akan.
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfiction+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...