Han mendekatkan cawan berisi air coklat panas kepada Younghwa. Dia tahu Younghwa tidak dapat tidur dan dia juga begitu.
Kerisauan mereka tidak akan pernah surut selagi Hansung tidak menyapa mereka berdua dengan jeritan dan senyuman.
"Terima kasih." Ucap Younghwa perlahan.
Han mengangguk faham sebelum membuka mulutnya.
"Kenapa saya tak pernah nampak ayah Hansung?" Soal Han sambil meneguk sedikit air coklat panas itu.
Pergerakan Younghwa terhenti. Genggaman dikuatkan lagi.
"Sebab dia takde dekat sini." Jawab Younghwa ringkas.
"Kena—" Ohh... Baru sahaja ingin bertanya kenapa, Han mula faham melalui riak wajah Younghwa yang sepertinya sedang menahan kesedihan.
"Dia dah takde."
Senyum. Senyum. Senyum.
Senyum selagi kau mampu.
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfiction+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...