BAB 13

35.7K 2.2K 357
                                    

Perancis, 8.00 malam

"HAHAHA! Papa! Stop it!"

Andi yang baru turun dari tingkat atas mengerutkan dahi mendengar jeritan Elsa. Memandang ke ruang tamu, kelihatan adik dan anaknya sedang seronok bermain kejar-kejar.

"Hahaha! Stop it, pa!" Jeritan Elsa kuat bergema di dalam rumah itu.

"Rasakan ni! Serangan daripada papa!" Sejurus itu, Andri menarik tubuh Elsa ke arahnya, lalu pinggang gadis itu digeletek tanpa henti.

"Papa! Geli!"

Andi menggeleng kepala. Langkah dibawa menghala ke ruang tamu.

Elsa yang perasan akan kehadiran daddynya itu menoleh. "Daddy! Help me!" jeritnya sambil menghulur sebelah tangan kepada Andi.

"Mana boleh minta tolong. Ambil ni!" Semakin galak Andri menggeletek pinggang Elsa.

"Hahaha! Papa! Stop!" Elsa meronta kuat di dalam pelukan Andri. Dan tanpa sengaja kaki kecilnya menyepak bahagian bawah pinggang Andri.

"Urgh!" Andri menyeringai kecil. Dia terus melepaskan tubuh Elsa. Dahinya berkerut, menahan kesakitan yang menjalar di bahagian alat sulitnya dek kerana terkena sepakan Elsa tadi.

Elsa terus mengambil kesempatan berlari ke arah Andi. Tubuh daddynya itu dipeluk. Nafasnya tercungap dek kerana terlalu banyak ketawa dan menjerit.

"Sebiji macam mummy awak," komen Andi. Kepala Elsa diusap lembut. Kemudian, dia memandang Andri. "Sakit ke bro?" Soalan bijak diaju.

"Sakitlah! Gilalah anak kau ni. Nak suruh aku mandul ke apa," omel Andri.

"Hahaha! Tu baru Elsa. Cuba kau bayangkan macam mana aku kena sepak dengan mak dia dulu. Lagi maut," ujar Andi. Tawanya meletus.

Elsa yang berada di dalam pelukan Andi terkebil-kebil memandang ke arah Andri. "Papa, sakit ke?" soalnya polos.

Andri mengerling sekilas ke arah gadis kecil itu. "Sakitlah! Merajuk setahun. Tak nak kawan!"

"Bila kita kawan?" soal Elsa lagi.

Andri tersentak. "Dah pandai menjawab sekarang ya?"

"Ada mulut," balas Elsa selamba.

Kali ini, bukan setakat Andri. Andi pun turut tersentak. Andi memandang anaknya tidak berkelip. Seriuslah itu anaknya? Bagai tidak percaya.

"Menjawab. Tak nak main dengan Elsa lagi." Andri merajuk. Tubuhnya dipalingkan ke arah lain.

Elsa terpinga-pinga. Dia terus memandang Andi. "Papa nape?" soalnya kepada si daddy.

Andi tersenyum. "Pujuk papa. Minta maaf."

Elsa mengangguk. Pelukan pada tubuh Andi dileraikan. Turun daripada sofa, terkedek-kedek dia melangkah ke arah Andri. "Papa..."

Andri buat tidak endah dengan panggilan daripada Elsa. Sengaja dia memandang kaca televisyen yang gelap itu.

Riak wajah Elsa berubah sayu apabila Andri tidak melayan panggilannya. Dia melangkah ke hadapan lelaki itu. Tanpa berkata apa-apa, tubuh Andri dipeluknya. Wajahnya disembam pada bahu lelaki itu. "I'm sorry," ucapnya perlahan. Pipi kanan Andri dikucup lembut.

Andri nyata terkejut dengan tindakan Elsa. Sesaat kemudian, bibir menguntum senyum. Pelukan daripada Elsa dibalas. "I'm sorry too..." Tepi dahi Elsa dikucup lembut.

Elsa merungkaikan pelukan. "Papa tak marah?"

Andri menggeleng. "You're my baby boo. Takkanlah papa nak marah baby papa ni."

ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT)Where stories live. Discover now