BAB 3

38.7K 2.6K 238
                                    

14 jam berlalu…

“ELSA, jalan boleh? Papa penatlah asyik dukung awak je,” ujar Andri, mengerling ke arah Elsa yang sedang melentokkan kepala di bahunya. Mereka sudah tiba di bumi Malaysia selepas 14 jam penerbangan.

Elsa laju menggeleng. “Nanak…”

Andri mengeluh perlahan. “Dam, dukung budak ni kejap.”

Adam yang sedang menolak troli berisi bagasi menoleh. “Okay.” Tangan terus dihulur untuk mengambil Elsa.

Nanak! Nanak!” Elsa membentak kasar. Leher Andri dipeluk erat. Wajahnya disembam pada bahu lelaki itu.

“Elsa, dengar cakap papa. Nak jalan sendiri, atau nak Uncle Adam dukung?”

Nanak… nanak…”

“Elsa, come to uncle.” Danny yang berada di sebelah Andri mencelah. Tangan diangkat mahu mengambil Elsa daripada Andri.

Nanak! Papa…” Elsa merangkul erat leher Andri.

“Okay. Papa hantar Elsa balik dekat daddy,” ugut Andri.

“Papa, nanak. Nak papa.” Elsa merengek kecil. Gadis itu mula teresak perlahan.

“Jalan. Papa pimpin. Ada kaki kan? Boleh jalan. Papa tak suka anak papa malas. Jalan sendiri,” ujar Andri sedikit tegas. Rangkulan pada lehernya dilepaskan. Lalu tubuh kecil Elsa diturunkan.

Elsa mendongak. Air mata dibiar mengalir di pipinya. “Papa…”

“Jangan nangis.”

Wajah Elsa makin mencebik. Tangan kecilnya menggenggam erat hujung baju Andri.

Andri hela nafas berat. Dia merendahkan tubuhnya, separas dengan ketinggian Elsa. “Jangan nangis sayang,” pujuknya lembut. Air mata di pipi Elsa diseka dengan jarinya.

“Papa… marah…” ujar Elsa berselang-seli dengan tangisannya.

“Papa tak marah. Papa tak nak Elsa jadi malas. Papa tak suka orang pemalas. Elsa rajinkan? Baikkan? Dengar cakap papa. Okay?”

Elsa tidak menjawab. Matanya memandang wajah Andri. Bahunya masih terhinjut perlahan.

“Nak papa sayang?” soal Andri lembut.

“Nak…”

“Jadi, kena dengar cakap papa. Okay?”

Elsa lambat-lambat mengangguk. Hingus yang keluar daripada hidungnya dikesat dengan tapak tangan.

“Hei, kotorlah. Sini papa lap.” Sejurus itu, Andri mengelap bahagian bawah hidung Elsa dengan ibu jarinya. Hingus budak, apa ada hal. Ya tak?

“Dah okay? Boleh jalan sendiri?” soal Andri.

“Okay. Impin.”

Andri tersenyum tipis. Tangan kecil Elsa dipegang dengan tangan kirinya. “Jom kita makan. Laparkan?”

Hmm… Nak mamam manyak.”

“Okay sayang. Elsa order je. Jom.” Andri tegakkan tubuh. Pegangan pada tangan kecil Elsa dieratkan. Bimbang sekiranya gadis itu terlepas daripadanya.

Adam, Danny dan Fiona yang menjadi pemerhati tersenyum tipis. Ya, mereka tahu Andri seorang yang kejam. Tetapi lelaki itu ada sisi yang berbeza apabila bersama kanak-kanak. Dia akan menjadi seorang yang begitu penyayang dan lemah lembut. Tidak kiralah siapapun kanak-kanak tersebut. Itulah keistimewaannya.

*****

“PAPA! Nak ayim!”

Andri menoleh ke arah anak buahnya. Dahinya berkerut sedikit. “Ayim? Siapa ayim?” soalnya tidak mengerti.

“Tu! Tu! Nak ayim!” Elsa terjerit-jerit sambil menunjuk ke arah sesuatu.

Andri memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Elsa. “Serius Elsa?” soalnya seperti tidak percaya dengan permintaan gadis itu.

“Nak ayim! Nak ayim!” Jeritan Elsa semakin kuat. Sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang berhampiran mereka itu.

“Okay sayang. Awak bersama dengan orang yang tepat. Mari kita!” Andri terus mendukung tubuh Elsa. Kakinya laju melangkah ke arah sebuah kedai.

Adam, Danny dan Fiona yang baru keluar dari restoran terus membulatkan mata mereka setelah melihat hala tuju Andri dan Elsa.

“Andri!” Adam menjerit kuat. Kakinya laju mengejar langkah Andri. “Woi! Kau nak buat apa?” soalnya seraya memegang bahu Andri, menghalang lelaki itu daripada terus melangkah.

Andri menoleh. “Apa? Aku nak beli ayimlah,” balasnya mengikut pelat Elsa menyebut aiskrim.

“Jangan buat gila! Elsa mana boleh makan aiskrim! Kau nak Andi mengamuk?” Danny mencelah.

“Masalahnya dia ada tak kat sini? Tak ada kan. Tenanglah, aiskrim je kot. Bukan aku nak bagi Elsa makan racun. Kecoh!” bebel Andri. Kaki menyambung langkah menuju ke kedai aiskrim.

“Andri! Jangan cari pasal. Kalau Elsa semput macam mana?” Giliran Fiona pula bersuara.

“Pergi hospital,” balas Andri selamba. Mata asyik memerhati aiskrim yang berada di hadapannya itu. Wow! Pelbagai warna dan perisa aiskrim yang dijual di situ. Dan yang pasti, ia mengancam selera.

Adam menayang wajah tidak puas hati. “Kau nak kena marah dengan Andi?”

“Ah, bisinglah kau. Aku nak pilih aiskrim pun tak senang. Pergi main jauh sana. Orang tua tak boleh makan aiskrim. Kan Elsa kan?”

Elsa yang berada di dalam dukungan Andri hanya mengangguk.

Good. Elsa nak yang mana?”

“Nak tu!” jerit Elsa sambil menunjuk ke arah aiskrim berperisa mint chocolate chip.

“Okay sayang. Nak besar ke kecil?”

Ecar!” balas Elsa.

“Okay.” Andri menuju ke kaunter. Dia terus memesan aiskrim seperti yang dipinta oleh Elsa.

Danny dan Fiona saling berpandangan. Masing-masing menelan liur. Habis!

Adam pula menepuk dahinya. Serius? Setahunya Elsa tidak boleh makan aiskrim. Lagi-lagi di waktu pagi. Gadis kecil itu akan semput setiap kali makan benda-benda sejuk. Dan sekarang, Andri telah membelikan gadis itu aiskrim berperisa mint. Kau rasa? Memang betul-betul mencari masalah.

Selesai membuat pesanan, Andri hanya menunggu di hadapan kaunter membeli itu. Beberapa minit kemudian, semangkuk aiskrim bersaiz besar diletakkan di hadapannya. “Wah, nak makan tak?” soalnya kepada Elsa.

“Nak nak!” Elsa menjawab laju. Wajahnya sungguh ceria.

Andri tersenyum. Matanya memandang ke arah pekerja yang berada di kaunter. “Berapa?”

“Sepuluh ringgit je.”

Andri mengangguk. Dompet dikeluarkan daripada poket belakang seluarnya. Keluarkan not 10, lalu diberikan kepada si penjaga kaunter. Mangkuk berisi aiskrim dicapai dengan tangan kiri. Pusingkan tubuh, langkah diatur meninggalkan kedai aiskrim itu.

Buk!

Hampir terlepas mangkuk aiskrim di tangan Andri apabila tubuhnya dirempuh tiba-tiba. Berang dia dibuatnya. Terus dia memandang gerangan yang merempuhnya itu. Tidak berkelip kelopak matanya melihat seraut wajah itu.

“Kau?”

ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT)Where stories live. Discover now