BAB 12

37.2K 2.5K 261
                                    

KERETA yang dipandunya dihentikan di hadapan sebuah rumah papan. Pintu kereta dibuka, dan dia melangkah keluar daripada perut kereta. Cermin mata hitam yang terletak elok di matanya dibuka. Sekeliling rumah itu diperhati. Cantik dan tenang.

Andri menarik nafas panjang. Setelah itu, langkah diatur perlahan menghampiri tangga rumah papan itu.

“Assalamualaikum!” Andri melaung kuat memberi salam.
Tidak lama itu, daun pintu kayu bahagian hadapan dibuka daripada dalam. Dan muncullah seseorang di muka pintu.

“Abang!” Aifa tersenyum ceria melihat lelaki yang berdiri di hujung tangga itu.

Andri membalas senyuman gadis belasan tahun itu. Gadis itu sudah dianggap seperti adiknya sendiri. “Fya ada?” Dia menyoal. Walhal dia tahu Afya ada di rumah itu. Kerana dia nampak kereta milik gadis itu yang terparkir di bawah sebatang pokok.

“Kakak kat dapur. Nak jumpa kakak ke?” Lembut suara Aifa menyoal.

Andri mengangguk kecil.

Aifa laju turun ke bawah. Selipar disarung ke kakinya. “Jom ikut Aifa. Nak ajak abang naik, takut kena marah. Lagipun ikut sini pun boleh pergi dapur,” jelasnya.

Andri mengekori gadis itu daripada belakang. Apabila mereka hampir sampai dengan pintu dapur, telinga mereka disapa oleh suara manusia yang sepertinya sedang bertengkar. Andri memandang Aifa.

“Err…”

“Aifa pergi dulu. Abang tunggu luar,” ujar Andri.

Aifa mengangguk. Dia meneruskan langkah menuju ke pintu dapur.

Andri pula mengekori dengan langkah yang perlahan. Sehinggalah tiba di pintu dapur, dia berdiri di tepi. Bersembunyi agar kehadirannya tidak disedari oleh mereka yang berada di dapur itu.

“Ayah…” Suara Afya kedengaran sayu.

“Aku tak nak makan! Tengok muka kau buat selera aku mati. Siapa suruh kau balik sini? Aku tak nak tengok muka kau!” Kedengaran pula suara garau Encik Azhari.

Andri hanya memasang telinga, mendengar setiap kata-kata yang keluar di dalam pertengkaran dua beranak itu.

“Ayah, kenapa ayah marah kakak lagi? Kakak kan tak salah. Kakak dah jelaskan semua kan?” Suara Aifa pula kedengaran. “Ayah sepatutnya bersyukur sebab kakaklah yang tanggung kos rawatan ayah.” Sambung gadis itu lagi.

“Aku tak suruh pun dia buat semua tu. Jangan ingat disebabkan kau dah tanggung kos rawatan aku, aku akan senang-senang nak maafkan kau!” hambur Encik Azhari.

Andri melepaskan keluhan kecil. Dia terus keluar dari bersembunyi. Tangan ditepuk berkali-kali bersama senyuman di bibirnya.

“Kau siapa?” soal Encik Azhari, dingin.

“Hebat lakonan. Boleh dapat anugerah,” ujar Andri, menyindir.

Encik Azhari merenung tajam ke arah lelaki yang tidak dikenalinya itu. “Kau siapa? Siapa izinkan kau masuk rumah aku?”

“Saya? Saya manusialah. Takkan alien pula,” balas Andri, berloyar buruk.

“Kau…”

“Saya tak nak biadab. Tapi saya cuma nak tanya. Seronok ke bergaduh dengan darah daging sendiri? Seronok membenci anak sendiri?” soal Andri tanpa sempat lelaki tua itu meneruskan kata-katanya.

Encik Azhari tersentak dengan soalan yang diajukan.

“Kenapa? Pak cik marah dan benci dia pasal gambar yang pak cik dapat tu?” soal Andri lagi.

ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें