BAB 2

48.3K 2.9K 340
                                    

Perancis, 9.00 malam.

“ELSA! Serang! Tolong papa!”

Andi yang sedang duduk di sofa mengangkat wajah. Adam dan Clark yang bersamanya ketika itu turut mengangkat wajah. Ketiga-tiga mereka sibuk menyiapkan kerja masing-masing. Hanya seorang sahaja yang tidak melakukan kerjanya. Iaitu…

“Elsa! Tolong papa!” Jeritan Andri sekali lagi bergema di ruang tamu itu.

Hahaha! Nanak!” Suara si kecil Elsa pula kedengaran. Budak bila dah pandai bercakap, memang lain macam sikit.

What? Tolonglah papa! Papa kena serang ni.”

Nanak!”

“Elsa!”

Nanak!”

Andi meraup wajahnya dengan tapak tangan. Pen di tangannya diletak di atas meja. “Andri Fedric, sampai bila kau nak hadap game tu?”

“Sampai rambut kat kepala kau gugur semua,” balas Andri selamba. Tanpa menoleh sedikit pun.
Andi menayang wajah bengang dengan jawapan yang diberikan oleh Andri.

“Sabar bro. Dugaan kau dapat adik macam tu,” ujar Clark cuba menenangkan sahabatnya itu.
Adam tergelak kecil. Matanya memandang sesaat ke arah Andri. Seronok betul jadi lelaki itu.

“Elsa! Come on lah. Tolong papa!” arah Andri.

Nanak!”

Your ally has been slained!” Suara gadis komputer kedengaran.

Hahaha! Papa mati!” ejek Elsa.

“Dahlah, tak nak main!” Sejurus itu, Andri mencampak telefon bimbitnya ke tepi. Tubuhnya dibaringkan di atas karpet. Selamba, anak patung Doraemon milik Elsa diambil dan dijadikan bantal di kepalanya.

“Papa! My emon!” Elsa mencampak telefon bimbit di tangannya ke lantai. Patung Doraemon yang terletak elok di kepala Andri ditarik kuat.

Buk!

“Adoi… Sakitlah! Pinjamlah sekejap. Nanti papa pulang balik.” Andri merampas kembali anak patung daripada tangan kecil Elsa.

“Papa!” Elsa memukul bahu Andri berkali-kali. Namun lelaki itu hanya buat bodoh sahaja. “Daddy…” Elsa melangkah ke arah Andi. Lengan daddynya itu digoyang perlahan. Meminta bantuan.

Andi yang melihat sketsa itu mengeluh kecil. “Andri, pulang semula patung Elsa.”

“Nantilah,” balas Andri. Matanya sudah pejam.

Daddy… my emon…” adu Elsa. Bibirnya tercebik. Matanya berkaca. Tunggu sahaja tangisannya pecah.

“Andri Fedric! Pulang semula patung anak aku!” ujar Andi dengan nada suara yang lebih tegas.

Andri mencelikkan matanya. Dia bingkas bangun. Patung Doraemon yang menjadi alas kepalanya itu diambil, lalu dicampak ke arah abangnya.

“Biadabnya kau ni,” omel Andi. Anak patung yang sudah jatuh ke lantai itu dicapai lalu diberikan kepada Elsa. Anaknya itu diangkat dan didudukkan di sebelahnya.

Andri buat tidak dengar dengan omelan abangnya. Dia kembali berbaring dengan berbantalkan tangan kanannya yang dilipat ke belakang kepala.

“Woi, buat kerja kau.”

“Kerja apa lagi? Kerja aku dah siapkan?” soal Andri.

“Banyak kau punya siap. Report kau mana?” soal Andi.

ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT)Where stories live. Discover now