BAB 6

38.4K 2.4K 132
                                    

ANDRI menghentikan kereta yang dipandunya di hadapan pintu masuk bangunan tiga tingkat itu. Tanpa mematikan enjin, dia keluar daripada perut kereta. Seorang lelaki berpakaian hitam menghampirinya. Lalu kunci kereta yang berada di tangannya dihulurkan kepada lelaki tersebut. Usai itu, Andri terus masuk ke dalam bangunan itu. Cermin mata hitam elok menutup kedua belah matanya. Nampak kacak. Tetapi sayang, kurang bijak. Di dalam bangunan tertutup mana ada cahaya matahari. Hendak pakai spek buat apa? Serupa lalat.

Cermin matanya dibuka, lalu digantung sahaja di poket baju kemejanya. Andri melangkah penuh gaya menuju ke arah lif. Dia sedar ada beberapa pasang mata sedang memandang ke arahnya. Dan kebanyakan daripadanya ialah perempuan. Tetapi, ada dia kisah? Kau nak pandang sampai terkeluar biji mata pun tak apa. Yang ruginya kau, bukan dia.

Masuk sahaja ke dalam lif, Andri mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor seseorang didail. Tidak sampai beberapa saat, panggilan daripadanya itu sudah berjawab.

“Elsa okay?” Soalan terus diaju kepada Danny.

“Okay. Dia masih tidur. Tak tahulah kalau dia bangun nanti terus mengamuk,” balas Danny.

“Apa-apa nanti terus bagitahu aku,” ujar Andri. Dia yang menyuruh Danny menggantikan tempatnya menjaga Elsa. Itupun dengan bantuan doktor supaya memberikan Elsa ubat tidur khas untuk kanak-kanak. Jika tidak, jangan harap dia dapat keluar dari bilik wad itu.

“Ya. Okaylah, aku tak boleh bising sangat. Dia tersedar nanti, naya je aku nak kena pujuk.”

“Okay. Jaga dia sekejap. Nanti aku datang sana semula.” Sejurus itu, panggilan dimatikan. Telefon bimbitnya disimpan semula ke dalam poket seluar.

Ting! Bunyi ringkas itu menandakan bahawa kotak bergerak itu sudah tiba di aras yang ditetapkan. Beberapa saat kemudian, pintu lif terbuka. Andri melangkah keluar. Kakinya dihalakan ke arah sebuah meja.

“Aku nak jumpa bos kau,” ujarnya kepada gadis berkaca mata yang berada di meja itu. Nama yang tertera pada tag baju gadis itu dilihat sekilas. Sarah.

Gadis berkaca mata itu mengangkat wajahnya. “Ya encik, apa saya boleh bantu?” soalnya sopan.

“Aku nak jumpa bos kau. Sekarang!” Andri mengulang ayatnya tadi.

“Encik ada buat temu janji ke?”

“Tak perlu janji-janji bagai. Aku nak jumpa dia sekarang!” tegas Andri. Mencerlung matanya memandang gadis di hadapannya itu.

“Tapi…”

“Kau nak mati?” soal Andri, dingin. Pistol yang terselit di bahagian dalam baju kot yang dipakainya itu dikeluarkan dan dihala ke dahi gadis itu.

Riak wajah gadis berkaca mata itu terus berubah. Tangannya terus mencapai gagang telefon, lalu nombor bosnya didail.

Andri hampir meledakkan tawanya. Pistol di tangannya disimpan semula.

“Apa nama encik?”

“Andri Fedric.”

Beberapa saat kemudian, gadis itu mematikan panggilan. “Baik encik, jom saya tunjukkan bilik bos.”

Andri mengangguk. Dia mengekor langkah gadis di hadapannya itu. Beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arahnya tidak dihiraukan.
Tiba di hadapan sebuah bilik, Andri memandang ke arah pintu kayu berwarna coklat gelap itu. Nama yang tertera pada pintu bilik itu dibaca.

“Encik boleh masuk,” ujar gadis berkaca mata itu.

Thanks,” ucap Andri mendatar.

Gadis berkaca mata itu mengangguk bersama senyuman. Kemudian dia terus beredar dari situ.

ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT)Where stories live. Discover now