BAB 10

40.2K 2.5K 522
                                    

KERETA yang dipandunya membelok ke kiri, memasuki pekarangan hospital kerajaan itu. Hampir lima minit jugalah keretanya berpusing di dalam kawasan hospital itu mencari kotak parkir kosong. Yalah, sekarang waktu melawat. Memang penuhlah kawasan parkir. 

Matikan enjin, dia tidak terus keluar. Telefon bimbit di atas dashboard dicapai.  Pada skrin telefonnya jelas terpapar peta seluruh kawasan hospital itu.  Titik berwarna biru adalah lokasinya. Dia memandang pada satu titik berwarna merah. Jarinya menyentuh dua kali pada titik merah tersebut. 

ICU Timur tingkat dua.

Itu adalah maklumat lokasi bagi titik merah tersebut. 
Tali pinggang keselamatan di tubuhnya dileraikan. Buka pintu, dia segera keluar. Baru nak atur langkah pertama, kedengaran bunyi pendek daripada telefonnya.  Terus sepasang matanya memandang skrin telefon. Kelihatan titik merah yang tadinya berlokasi di ICU Timur tingkat dua mula bergerak perlahan. 

Tidak mahu membuang masa, dia menyambung langkah yang terbantut tadi. Sesekali dia memandang ke arah skrin untuk mengetahui lokasi titik merah tadi. Sebaik sahaja dia tiba di bangunan induk hospital, jarak di antara titik biru dan merah tidak jauh. Telefon bimbit disimpan ke dalam poket seluar.  Kemudian, dia melilaukan bebola mata memandang sekeliling.  Kelibat seseorang yang baru keluar dari sebuah kedai runcit mini menarik perhatian matanya.  Cepat-cepat dia bergerak menghampirinya.

“Afya!”

Sebaik nama itu disebut olehnya, gerangan yang berjarak beberapa sentimeter darinya itu terus berhenti melangkah. Beberapa saat kemudian, tubuhnya berpusing.  Riak wajahnya jelas terkejut. Namun tidak lama sebelum ia berubah menjadi tegang.

“Awak buat apa kat sini?” soal Afya dengan suara yang jelas seperti sedang menahan marah.

“Cari kau.” Andri menjawab ringkas.

“Untuk? Tak puas lagi dengan apa yang awak dah buat sebelum ni? Nak tambah masalah saya lagi ke?” soal Afya lagi.

“Kau kenapa kat sini? Kau sakit ke?” Soalan berbalas soalan.

“Ya. Sakit hati dengan awak.” Tegas Afya. Tajam pandangan matanya menikam wajah Andri.

Andri angguk bersama mulut membentuk O. Wajahnya biasa saja, tidak terkesan langsung dengan kata-kata Afya tadi. “Aku ada benda nak bincang dengan kau.”

Kening Afya terjongket sedikit. Sesaat kemudian, dia tergelak kecil. “Saya sibuk. Tak ada masa.” Usai berkata, dia pusingkan tubuh. Berura mahu meneruskan langkahnya.

“Aku boleh tarik balik laporan polis tu. Dan kau, akan boleh sambung kerja kau.”

Afya kaku di tempatnya apabila kata-kata Andri itu menerjah pendengarannya. Dia menoleh sedikit ke belakang.

“Ikut aku,” arah Andri lantas terus beredar dari situ. Dia dapat agak gadis di hadapannya itu tertarik dengan apa yang dia kata tadi.

Afya hela nafas kecil. Niat mahu kembali ke wad ayahnya ditangguhkan. Dia mengikut langkah Andri daripada belakang.

Tiba di taman mini hospital, Andri mengambil tempat di sebuah bangku kayu. Manakala Afya hanya berdiri.
“Apa yang…”

“Siapa sakit? Family kau?” soal Andri sekaligus memintas soalan yang mahu diajukan oleh Afya.

“Tak penting untuk awak tahu.” Jawapan mudah daripada Afya.

Andri berdecit kecil. “Susah sangat ke nak bagitahu? Manalah tahu aku boleh tolong.”

Pandangan Afya yang tadinya tertumpu pada gelongsor beralih arah. “Awak nak tolong? Ayah saya sakit ni pun mungkin berpunca daripada apa yang awak buat tau.”

ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz