BAB 1

53.2K 3K 363
                                    

Perancis, 11.00 pagi.

“PAPA!”

Andri yang baru menjejakkan kaki di atas lantai tingkat bawah rumah itu memandang ke arah gerangan yang menjerit kepadanya. Bibir automatik mengukir senyum melihat seorang gadis kecil terkedek-kedek berlari menuju ke arahnya.

“Papa!” Gadis kecil itu menjerit sambil mengangkat kedua tangannya.

Faham maksud daripada tingkah gadis itu, Andri menundukkan sedikit tubuhnya. Tubuh kecil di hadapannya itu diangkat. “Sayangku Elsa,” ucapnya romantis. Pipi montel Elsa dikucup lembut. Elsa Aurora, bukanlah anaknya. Anak kepada abangnya. Namun dia terlalu sayangkan Elsa, dan sudah menganggap Elsa seperti anaknya sendiri.

“Sayangku papa,” balas Elsa manja. Kepalanya dilentokkan di bahu Andri.

Andri tersenyum tipis melihat manja anak buahnya itu. Mengatur langkah, matanya melilau memandang sekeliling. “Daddy mana?” soalnya apabila kelibat abangnya tidak kelihatan langsung. Selalunya waktu cuti begitu, abangnya ada di ruang tamu.

Elsa menggeleng sebagai jawapan.

Mummy? Baby El?” soal Andri lagi.

“Dapur.” Ringkas sahaja jawapan daripada Elsa.
Andri mengangguk faham. Langkah kakinya terus dibawa ke arah dapur. Kelihatan kakak iparnya, Nasya, sedang memasak. Manakala anak buahnya seorang lagi iaitu adik kepada Elsa, Elfian, sedang lena di dalam stroller. Andri masuk ke dalam dapur, sebuah kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan di atasnya.

Morning, Sya.”

Nasya yang sedang menggoreng ayam menoleh apabila sapaan serta bunyi geseran kaki kerusi dan lantai menyapa pendengarannya. “Awal bangun?” soalnya, memerli. Jam yang tergantung pada dinding dapur dikerling. Jarum pendek jam sudah berada di angka 11. Dan baru sekarang kelibat adik iparnya itu kelihatan.

Andri menjulingkan matanya ke atas. Tahu benar dia diperli oleh kakak iparnya itu. Namun, macamlah dia kisah sangat.

“Andi mana? Tak nampak langsung kelibat dia. Ke alam ghaib ke?” soal Andri seraya membuka tudung saji di atas meja.

“Pergi office,” balas Nasya ringkas.

Dahi Andri berkerut halus. “Office? Buat apa? Hari ni mana kerja.”

“Dia kata ada hal sikit. Tapi dah dua jam dia keluar, sampai sekarang tak balik lagi,” ujar Nasya. Risau juga, tetapi dia tahu suaminya itu pandai menjaga diri.

Andri mengangguk kecil. “You buat apa tu?” soalnya agak bodoh. Sudah nampak apa yang dilakukan oleh kakak iparnya itu, tetapi masih menyoal. 

“Menjahit,” balas Nasya, selamba.

“Oh ya ke…” gumam Andri. Elsa yang didudukkan di atas meja dipandang. “Elsa, mummy awak ni buat papa kagum. Terlebih hebat ya sebab menjahit guna kuali dan sudip. Kan?”

Elsa merenung Andri dengan mata yang terkebil-kebil. Tidak faham.

“Tapi kehebatan dia buat papa rasa nak ketawa sampai esok. Hahahaha!” Sejurus itu, gelakan langsuir Andri kedengaran di ruang dapur itu.

Hahaha!” Elsa turut melepaskan tawanya. Entah apa yang lawak, dia pun tidak pasti.

Nasya merenung tajam ke arah Andri. “Awak nak kena goreng dalam kuali macam ayam ni ke?” Dia mengugut.

“Eleh, ingat I takutlah tu?” ejek Andri.

“Jangan cabar saya.” Nasya terus mengangkat sudipnya. Langkah diatur laju ke arah Andri.

ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT)Where stories live. Discover now