Mungkin

1.7K 49 17
                                    

Pipi yang merah akibat di tampar Hasha dipegang. Mateen merebahkan badanya ke atas tilam. Kepalanya diurut kasar. Suasana tegang.

Semudah itu dia memarahi Hasha hanya kerana gambar yang tidak diketahui siapa pengirimnya. Tiba-tiba saja marahnya membuak-buak apabila melihat gambar Hasha dan Emir.

Mateen membuka telefon bimbit miliknya. Paparan telefon bimbitnya di tatap lama. Gambar dia dan Hasha. Gambar yang ditangkap oleh Kak Aze selepas makan malam hari tu.

Dia keliru, keliru dengan perasaan sendiri.

"Kau ni dah sukakan dia kan sebenarnya, Mateen?"
"Kau cemburu kan sebenarnya?"

Monolog Mateen seorang diri. Dia bangkit menuju ke dalam bilik air. Muka bersihnya dibasuh berulang kali. Wajahnya ditatap dalam.

"Ingat Mateen, semua ni sebab daddy. "

-------

Setelah 2 jam dia atas awan. Kami tiba di lapangan terbang Brunei. Mataku masih lagi sembab dek kerana menangis sepanjang malam. Nasib baik di dalam tas tangan, aku letakkan kaca mata hitam. Dapatlah menutup mata sembab ini daripada dilihat orang.

Turun saja dari kapal terbang, karpet merah dihamparkan menuju arah kereta yang menanti kehadiran kami. Kami disambut oleh beberapa orang pengawal. Sungguh, kehidupan aku bakal berubah serta merta selepas ini.

Aku dan Mateen? Masih lagi senyap. Tiada satu pun perkataan yang dikeluarkan oleh Mateen. Begitu juga dengan aku.

Kereta yang tadinya meluncur laju mula memperlahankan gerakkannya. Pintu gerbang besar dengan lambang kerajaan Brunei terbuka dengan sendirinya. Pengawal-pengawal keselamatan Istana Nurul Iman beratur disepanjang pintu utama. Masing-masing dilengkapi dengan senapang.

Setibanya di pintu masuk Istana Nurul Iman, aku membuka kaca mata yang dipakai. Aku mula terpegun melihat susunan manusia yang beratur memberi tunduk hormat kepada aku. Pintu kereta dibuka.

Aku turun dan terpaku melihat mereka yang berbaris dihadapanku.  Tersentak diriku sebaik saja bahu disentuh oleh Mateen. Aku memandang Mateen dengan pandangan kosong. Masih lagi terkesima.

"Don't give me that look. I hate it." Jeling Mateen.

Mungkin masih lagi marah dengan kejadian semalam. Aku mengusap wajahku dengan kedua belah tapak tanganku. Control sikit riak muka tu Hasha. Jangan terkejut sangat. Aku mengatur semula nafasku yang berterabur. Aku mengikuti Mateen dari belakang. Setiap kali pengawal dan pembantu istana memberikan tunduk hormat kepada aku, setiap kali itu juga aku membalas dengan tundukan.

Kami berjalan ke arah tangga besar. Tangga saja sudah mencerminkan kemewahan reka bentuk istana ini. Langkah diatur menaiki anak tangga yang mempunyai reka bentuknya yang tersediri. Apa yang pasti tangga ini berkilat sampai boleh menjadi cermin kalau cermin di istana ni tiada.

 Apa yang pasti tangga ini berkilat sampai boleh menjadi cermin kalau cermin di istana ni tiada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 03, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Captain Abdul MateenWhere stories live. Discover now