Kota London

2.2K 61 2
                                    

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, sedar tak sedar, dalam sekelip mata aku kini berada pada tahun akhir di University of London. Jujur, kehidupan di negara orang banyak mematangkanku. Berjauhan dengan keluarga adalah satu hal yang bukan mudah untuk diterima. Hampir setiap minggu, pasti aku akan menangis kerana merindui keluarga yang jauh beribu batu.

Aku bangun menuju ke tingkap dan melepaskan pandangan ke luar bilik, melihat kesibukan kota London pada waktu pagi.

Seronok melihat ibu bapa keluar bersama anak-anak yang menggalas bag sekolah. Haih, siapa sangka akhirnya hanya tinggal satu minggu lagi aku bakal menamatkan perkuliahan di sini sebelum membuat persiapan berdepan dengan final exam. Tak sabar rasanya mahu pulang ke kampung halaman.

Lamunanku terhenti sebaik sahaja pintu bilik di ketuk.

Aku memusingkan separa badan ke arah pintu bilik.

Kelihatan seorang gadis memegang beberapa buah buku ditangannya berdiri di daun pintu melemparkan senyuman manis. Deeyan Qaisa atau nama mudah untuk aku panggil ‘Dee’, gadis yang tidak pernah lelah memberi sokongan dan dorangan supaya aku terus berada di sini demi segulung ijazah.

Gadis inilah yang sentiasa berada denganku ketika susah dan senang sepanjang empat tahun kami berada di kota London. Benar, hanya dia lah satu-satunya sahabat yang aku ada. Aku sudah menganggap Dee sebagai sebahagian daripada keluargaku.

Segala cerita suka dan duka sepanjang aku berada di London, dia lah yang akan menjadi pendengar setia.

"Hasha…”

“Kau dah siap? Jom kita pergi kelas!”  Dee yang berada di hadapan pintu bersuara.
“Dah, jom nanti kita lambat pulak nak masuk kelas Madam Roselleenda” balasku lantas mengambil bag yang berisi buku di atas meja yang menjadi tempat kebanyakkan masaku dihabiskan.

Aku membuntuti Dee menuju ke kampus yang terletak tidak jauh dari rumah yang kami sewa, cuaca dingin pada waktu pagi ditambah pula dengan pokok-pokok hijau yang di tanam di deretan laluan perjalan kaki cukup memberikan aroma yang mendamaikan.

Kami melangkah beriringan melepasi beberapa buah bangunan sebelum tiba di kampus.

Sudah menjadi resam, apabila tiba minggu akhir berada di kampus, minggu itulah yang paling sibuk buat kami sebagai mahasiswa.

Minggu ini merupakan minggu pembentangan projek akhir bagi subjek Architecture, pembentangan yang sedikit sebanyak akan memberi impak terhadap markah final exam.

Segala usaha untuk mempersiapkan projek ini akhirnya berada di penghujungnya. Walaupun sejujurnya aku berasa lega kerana sudah tidak perlu bersengkang mata lagi, namun jauh disudut hati, aku masih risau dengan hasil kerja yang bakal dibentangkan.

Ah! Tiada apa lagi yang aku boleh buat pada masa sekarang, aku hanya perlu bertawakal dan berharap semuanya berjalan dengan lancar.

“Sha, semalam kan aku berborak dengan Anisha. Dia kata lepas habis final exam ni dia nak ajak kita pergi birthday party dia.” ujar Dee sambil menghirup minuman coklat kegemarannya.

Anisha. Seorang pelajar yang berasal daripada Brunei. Pada mulanya aku ingatkan dia mengambil bidang seni, tetapi sangkaanku meleset sebaik sahaja mengetahui bahawa kami berada di dalam bidang yang sama dan di kelas yang sama, semenjak itu kami mula rapat.

Gaya hidup yang mewah menyebabkan dia sering menjadi tarikan di kampus, setiap hari ada sahaja bunga dikirim daripada peminat.

Mahu dibandingkan dengan gaya hidup aku dan Dee sudah tentu jauh panggang dari api, maklumlah kami di sini hanya ditanggung oleh tajaan dari Kementerian Pengajian Tinggi sahaja bukan dari tajaan MA&PA (mama dan papa).

Captain Abdul MateenWhere stories live. Discover now