SINOPSIS

56 9 0
                                    

Arissa membawa impian besar ketika mendarat di Sydney Australia. Kisah pahit perceraian ibu dan bapanya membuat dia bertekad untuk tidak kecundang dengan cinta.

Ashraf dan Daniel rakan karib semenjak kecil, sama-sama menyimpan perasaan terhadap Arissa. Namun Ashraf yang kacak, manis dan bersungguh-sungguh memikat, melentur jiwa perempuannya. Ashraf yang terkenal dgn sikap pencinta wanita, akhirnya menemui perempuan yang dicari.

Sedang terlena dengan perasaan rindu yang menjadi semakin dalam....

"Kita nikah atau putus saja." Ashraf.

Tetapi mengapa?

"Apakah ini alasan untuk berpisah?" Arissa

Dan ada bangkangan timbul..

"Kahwinlah lepas dapat ijazah. Kerja pun tak ada!" ibu Arissa


Namun, kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana. Ashraf dan Arissa bertemu jodoh dan dengan janji terpateri di bulan November, bersama ungunya bunga jacaranda.

Setiap impian tidak semestinya jadi kenyataan. Manusia diuji dengan pelbagai perkara. Begitulah yang berlaku dengan Arissa dan Ashraf.

Kehidupan rumahtangga mereka bergolak dan ego yang tercalar membawa Ashraf kembali merantau ke Australia.

Apakah kesetiaan Arissa masih kental setelah ditinggalkan atau cintanya beralih arah?

Setiap insan mungkin akan terlupa apa yang telah seseorang lakukan atau katakan padanya, tetapi sukar melupakan perasaan yang parah dicela. Mahukah Ashraf kembali dan melupakan luka hatinya untuk membuktikan kesetiaan?

Apakah setia itu ada warnanya? Atau hanya ada hitam atau putih. Sama ada setia atau sebaliknya?

Jacaranda 2.0Where stories live. Discover now