9

21 6 0
                                    


Musim luruh, 1995 : Sydney

S

elesai bermain tennis di pusat rekreasi university, Ashraf dan Daniel pergi menemani Zanariah dan dua orang rakannya membeli barang.

"Terima kasihlah ada orang tolong memandu ni.. senang kerja kita ye kak?" tambah seorang pelajar wanita senior bercermin mata tebal, berambut afro yang hanya dikenali Ashraf dengan nama Cik Wawa.

"Ashraf, apa cerita Ashraf sekarang? Serious lah lama Kak Zana tak nampak awak kat gathering persatuan. Masih dengan yang tuuuuttt ke?" Kak Zana bertanya mahu tahu.

"Apa yang 'tuttt' tu Zana," tanya seorang lagi kawan Zanariah, yang hanya dipanggil Mariana. Wanita kurus berkulit sawo matang itu sering juga kelihatan bersama Zanariah dan dengarnya dia pakar dalam bidang yang sama dengan Zanariah.

"Alaa. Teman wanita dia yang 'seksa' tu.." Zanariah tertawa.

"Seksa ke seksi?" sampuk Cik Wawa.

Mereka tertawa berderai.

"Kak, tak adalah...saya sekarang dah single and available.."

"Eh.. tak mungkinlahh?" Zanariah menjawab deras.

"Sekarang Ashraf bolehlah dengan Kak Zana ye?" balas Mariana.

"Ehh. Ashraf ni dah macam adik aku.." Zanariah ketawa terbahak-bahak.

"Kak, bila akak nak ajak saya berkenalan dengan budak first year tu?" tanya Ashraf terus terang.

"Ahhhh... patutlah..Raff pun join the bandwagon ke?" Kak Zana tersengih macam kerang busuk, mula mengagak.

"Tak kak, Ashraf yang sebenarnya early adopter, kak.." sampuk Daniel "Dia yang first  jumpa budak tu."

"Hmm.. okaylah Ashraf...kalau Ashraf memang serius, akak rasa tak ada masalah Ashraf.. akak tahulah nanti... " Zanariah membalas dengan kenyitan. "Daniel, you pun sama. Jangan membujang sampai ke tua pula. Lelaki jika dah tua sangat bujang pun orang ingat kan lain pulak nanti.." Zanariah ketawa kecil.

"Susah-susah kahwin dengan Kak Zana aje lah kan Dan?" Ashraf melawak kasar.

"Hahaha.. basuh kaki saja kan Daniel masuk rumah akak kat Bangsar tu," Zanariah ketawa melayan jenaka Ashraf. Daniel ketawa terbahak-bahak. "Tak mungkin lah Daniel ingin kat akak ni, tapi kalau akak ada adik perempuan memang akak pinang kau Daniel."

Daniel ketawa malu dengan pujian Zanariah. Dia memang sukar mahu cakap lebih-lebih, terutama tentang perasaannya. Tidak pasti dia mahu membalas kata-kata Zanariah, takut-takut terkecil hati wanita itu.

"Apa-apa pun kak, terima kasih lah kak. I owe you one," balas Ashraf tersenyum tipis, memandang ke arah Daniel, tidak mahu nampak terlampau teruja.

Minggu berikutnya, Zanariah mengajak mereka membeli barangan untuk keperluan dapurnya, dia cepat-cepat bersetuju. Peluang itu diambil Ashraf dan meminta Zanariah mengajak pelajar perempuan itu sekali.

Ketika keretanya sampai di hadapan apartmen Zanariah, dia nampak kelibat Arissa dengan Rozana. Zaharah tidak kelihatan.

Dia dapat melihat Arissa melangkah menuju ke arah tangga apartmennya semula. Zanariah mengekorinya. Rozana berdiri di luar kereta menanti Arissa dan Zanariah.

"Dia takut dengan kau lah tu," ulas Daniel perlahan.

" Biasalah perempuan, mula-mula je macam tu.." kata Ashraf ketawa kecil. "Kau tengok nanti penghujung hari ni, macam mana," balasnya. Perasaannya agak tersinggung tapi enggan menunjukkan rasa tidak puas hatinya itu.

Jacaranda 2.0Where stories live. Discover now