5

25 11 0
                                    

Kehangatan musim panas datang bersama perasaan gelisah berbaur dengan keterujaan kerana inilah masanya keputusan peperiksaan diterima. Inilah penentu ke mana arah tujuan setiap seorang mereka selepas ini untuk jangka masa empat atau lima tahun akan datang.

Kesemua mereka khusyuk membelek keputusan masing-masing dalam slip yang diambil di pejabat kolej. Sambil duduk di bangku di tepi padang berbentuk oval itu, keceriaan jelas terpapar di wajah masing-masing.

"Pehhh result you ni Rissa boleh buat medic.. score 98 point. I ni mujur je dapat lepas cut off point untuk architecture course.. kalau tidak kena interstate..."kata Rozana menelek keputusan Arissa. Interstate bermakna berpindah ke negeri lain dalam Australia juga untuk dapat kursus yang dikehendaki, di mana keperluan minima yang lebih rendah.

"Syukurlah, tapi aku frust tak dapat 100." Arissa membebel. Wajahnya ada tanda kekecewaan.Bukan dia nak berlagak, tetapi dia memang tak puas hati.

"Kau ni memang tak bersyukur. Dapat 98 pun nak kecewa sangat. Tengok score aku. Aku dapat below 90.... Cut off untuk chemical engineering 92. Sodeyhhhhh..." Zaharah meluahkan perasaannya bersungguh-sungguh.

Arissa tidak membalas. Pandangannya masih fokus kepada kertas di tangannya. Dia tidak mahu Zaharah merasa tersinggung. Memang dia dapat markah yang bagus untuk masuk kursus yang dia perlu buat, tetapi hatinya merasa tidak puas kerana target nya tidak tercapai. Dah memang macam begitu cara pendidikan yang diguna pakai bagi dirinya sepanjang 12 tahun bersekolah... mana mungkin dia mampu mengubahnya tiba-tiba. Setiap masa juga dia mampu mendapat gred terbaik jika apa yang perlu dicapai ialah supaya pelajar perlu mengejar sebanyak A yang mampu dicapai. Ketika keputusan SPM keluar pula keputusannya masih mengecewakan dirinya, kerana dia tidak dapat dinobatkan pelajar terbaik walau pun kesemua subjeknya mendapat A kerana masih ada pelajar yang lebih baik. Amat sukar baginya untuk menukar cara pemikiran dan mudah berasa cukup dengan gred yang didapati. Dia hanya mampu untuk cuba memujuk menenangkan hatinya dan memendamkan perasaan tak puas hatinya.

Tambahan pula di antara pelajar satu batch dengan Arissa itu ada juga seorang pelajar lelaki yang bernama Iqbal saja tak dapat menyambung pelajaran ke universiti di negara itu. Keputusan peperiksaannya agak rendah untuk melepasi sasaran. Berita kegagalannya tidaklah mengejutkan sangat pelajar-pelajar batchnya yang kenal dengannya. Sejak mula lagi dia memang tidak betah bergaul dengan komuniti Melayu di situ. Dia kerap berlibur dengan kawan-kawan yang kebanyakannya mat saleh di pub sekitar Sydney.

Sambil memetik gitarnya dia menyanyi perlahan-lahan.

"Dalam Kenangan" itu memang lagu wajibnya bila menghiburkan diri sendiri.

"Asyik lagu tu aje, cubalah bawa lagu mencabar sikit," tempelak Daniel.

Dia hanya gelak sambil tergeleng-geleng menyanyi.

"Suara kau ni aku bagi lima bintang, tapi sebab aku dah dengar selalu sangat lagu ni aku bagi tolak satu bintang," komen Daniel tanpa diminta. "Hmm...Kesian budak matriks tu dia tak dapat sambung kat sini, kau dah dengar tak?"

"Ada juga dengar tadi. Jumpa dengan Azman budak matriks dan Encik Fuad. Dia cakap dengan aku sikit masa tennis match tadi. Tak tahu lah macam mana nak tolong. Sayang betul, Iqbal tu dulu salah seorang top student sekolah dia.. sampai kat sini, gred rendah teruk.." komen Ashraf menggeleng kepala semasa dia mendapat tahu berkenaan keputusan peperiksaan itu. Setiap tahun lepas keputusan matrikulasi keluar, itu lah yang jadi topik perbualan komuniti pelajar. Topik begini memang menjadi bualan di kalangan pelajar senior di sekitar kota Sydney. Lepas daripada itu, nanti topik siapa yang dapat masuk universiti mana dan kursus apa. Bagi yang terlibat secara langsung mereka akan sibuk cuba membantu pelajar matrikulasi itu mendapatkan tempat ke institusi yang bersesuaian dengan keputusan yang mereka dapat.

Jacaranda 2.0Where stories live. Discover now