11

18 6 0
                                    


Musim luruh, May 1995

Petang itu, Ashraf bertemu Arissa di perpustakaan dan nampak jelas Arissa semakin terbuka untuk berjumpa dengannya. Biasanya mereka tidak merancang untuk berjumpa. Tetapi tempat biasa Ashraf dan tempat biasa Arissa apabila mereka ke perpustakaan utama itu umpama sudah dapat dijangka. Mereka menghabiskan masa menyiapkan tugasan kursus masing-masing. Ketika beratur di kaunter untuk meminjam buku, Ashraf bertembung dengan sekumpulan pelajar universiti yang juga dari Malaysia. Mereka memang amat dikenalinya. Mereka hanya memandang kepadanya tetapi tidak menegur apa-apa kecuali mengucapkan salam.

"Itu Brother Mirza, student senior dan kawan-kawan dari kumpulan usrah, dia orang biasa buat perjumpaan dekat masjid-masjid sekitar Sydney," kata Ashraf setelah mereka keluar daripada perpustakaan.

"Saya tak berapa kenal mereka dan saya rasa dia orang pun tak kenal saya" kata Arissa.

"Mana ada orang tak kenal awak kat sini?" balas Ashraf tertawa kecil.

"Eh, saya ni bukan aktif pun dalam persatuan dan jarang sangat pergi ke Hall," balas Arissa.

"Anti social kan?" kata Ashraf.

"Bukanlah, bukan lah tak pergi langsung.. nanti orang kata kera sumbang pula..lagi pun kami girls selalu saja berjumpa kat majlis usrah mingguan..."

"Hmm.. rajin awak attend usrah ya..."

"Bukanlah baik macam ustazah, saya pun belum bertudung lagi...tapi, semua orang mahu jadi orang yang baik, pergi pun tak rugi, dapat juga mendalami dan belajar ilmu agama, kan?"

"Yeah, I guess.." jawab Ashraf ringkas, tidak mahu menyatakan dia sendiri boleh dikira dengan jari menghadiri majlis sedemikian. "Tak apa lah, eloklah jumpa-jumpa dengan Malaysians jugak, asal jangan macam Daniel sudah.. dah semakin susah nak jumpa dia. Pada hal saya satu rumah dengan dia."

"Ohh macam tu? Kesiannya.. kenapa ya?"

"Dia busy kat hospital, saya pula banyak studio work nak buat."

"Daniel tu baik orangnya, ya tak?" tanya Arissa.

"Baik? Saya tak baik?"

"Baiklah juga, sebab selalu tolong orang," balas Arissa.

"Tu sahaja? Memanglah saya ni jarang orang cakap baik sangat.."

"Tak adalah, awak berdua baik-baik belaka. Kesian ya satu rumah pun tak jumpa begitu lama.."

"Entahlah, dah third year, memang lah macam tu.. Dia tu macam adik beradik saya. In fact, saya lebih rapat dengan dia daripada dengan adik saya sendiri."

"Untunglah ada rakan karib begitu lama."

"Lepas ni kita pergi makan sekejap dan saya drop awak kat apartment awak, nak tak?" kata Ashraf menukar topik perbualan.

"Hmm tak mengapalah, saya nak jumpa kawan lepas ni, ada hal sikit. Mungkin lain kali," balas Arissa menolak.

"Okay...saya teman awak sampai kat depan gate utama tu boleh, kan?"

"Boleh," balas Arissa.

"Tak lama ni bisinglah dia orang tu tadi.." kata Ashraf kepada Arissa, sambil mereka berjalan.

"Bising? Bising apa?" tanya Arissa.

"Bising suruh nikah," dia membalas ringkas, sambil itu mengerling wajah Arissa mencari-cari jika ada yang boleh diinterpretasikan.

"Dia orang suruh nikah?"

"Ya, brother-brother yang baik-baik ni...yang bukan nakal macam saya..."

Jacaranda 2.0Where stories live. Discover now