10

18 6 0
                                    



Pagi Ahad itu sibuk mereka ada perjumpaan tidak rasmi di dapur. Dapur yang terletak di bahagian depan ruang tamu itu memang agak janggal jika dibandingkan dengan kebiasaan rumah-rumah di Malaysia. Semasa mula-mula sampai dulu, memang mereka agak terkejut melihat dapur terletak di bahagian depan rumah. Sekarang itulah salah satu tempat favourite untuk mereka berkumpul.

"Sekarang macam mana?" tanya Rozana ketika mereka sedang bersantai di pagi Ahad itu.

"Entahlah Ros..aku tak berminat nak pasang boyfriend...lagi pun dia ni macam tak sabar sikit.." balas Arissa.

"Mana kau tahu tak sabar.. aku tengok macam romantik je...tapi, orang cakap, orang seni ni memang macam tu, sensitif, kuat baran...tapi tak membosankan.." kata Rozana.

"A ah.. aku rasa dia memang romantik lah.." kata Zaharah yang montel.

Arissa senyap sahaja memikirkan kata-kata rakan serumahnya. Dia tidak mahu bercakap tentang apa yang dibualkannya dengan Ashraf ketika di perpustakaan itu. Adakah logik untuk mereka bernikah sedangkan mereka tidak pun melangkau lebih daripada fasa berkawan.

"Kau suka dia tak?" tanya Rozana.

"Entahlah," balas Arissa ringkas.

"Hey kalau tak suka, rekomenlah kat aku..aku minat lah..lecturer kat archi department kita orang semua kenal dia. dah lah hensem, bijak, kreatif... nampak macam ada masa depan yang cerah. ...macho!" kata Rozana selamba.

"Hah mantap gila.. selalu je aku ternampak dia main tenis dengan orang di lapangan dekat Dewan tu..."kata Zaharah. "Body memang tip top!"

"Ehh bila kau pergi?"tanya Rozana.

"Aku kan selalu naik bas lalu kat situ.." jawab Zaharah.

"Ooohh.. aku ingat kau pergi sana, " kata Rozana.

"Aah Rissa. Kalau tak minat bolehlah bagi kat kita orang. Aku pun ok jugak.." kata Zaharah kembali kepada topik asal. "Tangan dia... nampak tegap...jari dia cantik... orang lelaki yang pandai seni lukis kot.. selalu nya tangan dia cantik..bahu dia lebar... Perfect!"

"Wah, kau orang ni, bukan nak tolong aku selesaikan masalah. Nak tambah masalah lagi," balas Arissa mukanya masam. " Kau orang ingat ni barang-barang ke nak pass-pass..."

"Apa yang masalahnya,"kata Rozana. "Dia memang terserlah minat sangat kat you. You tu saja yang jual mahal..."

"Kenapa aku mesti jual murah?"

"Ehh.. jealous lah I tengok you ni, betapa hebatnya dia nak tackle you. I ni, Daniel tak buat apa-apa move pun..." balas Rozana jelas dengan kekecewaan. Memang Daniel ada mengekori Ashraf ke sana ke mari dan mereka ada berjumpa ketika majlis keramaian. Tetapi, tiada apa-apa usaha datang dari pihak Daniel sedangkan Rozana memang menaruh harapan terhadap kawan karib Ashraf itu.

"Kau dah declare ke belum ni Rissa?" tanya Zaharah sambil sibuk menggoreng pisang. Sambil dia menggoreng sambil dia mengunyah dan berforum dengan kawan serumahnya itu.

"Declare?" dia mengeluh.

"Ye lah.. Ashraf tu macam nak sangat dengan kau," kata Rozana. "Tiap hari telefon berjam-jam.. kau layan dia, pergi library dengan dia, kita naik kereta dia pergi shopping, tapi kau orang tak pernah cakap pasal cinta?"

"Impossible!!!" jerit Zaharah, sedikit over.

"Kalau kawan-kawan saja, kenapa dia tak pernah ajak aku saja pergi library? Kalau dia tak serious kenapa dia tak pandang kat aku ke atau Zaharah? Fikirlah..." kata Rozana.

"Betul, betul....betulllll...aku bagi kau lima bintang di atas analisa kau yang hebat ni!" kata Zaharah kepada Rozana.

"Arggh..." Arissa pula menjerit.

"Relax..relax..." kata Rozana.

"Aku tak percaya lah kat orang macam dia," kata Arissa akhirnya.

"Apa yang kau tak percaya, dia buat macam-macam untuk kau..."balas Rozana.

Arissa terdiam. Memang dia buat macam-macam. Tapi, semua itu sebab dia belum mencapai hasratnya. Jika dah dapat.. apa lagi.. habis manis sepah dibuang, fikirnya.

"Dia dah confirm ke break dengan girl friend lama dia?" tanya Zaharah sambil mengunyah goreng pisang hasil masakannya sendiri.

"Hey, makan tu duduk lah... makan pula tu dengan tangan kiri!" kata Arissa, sempat memerhatikan tingkah laku Zaharah.

"Bertenang...Relax..relax..." kata Zaharah sambil duduk, kakinya sebelah di atas kerusi. Mulutnya masih mengunyah.

"Bagi sikit," kata Rozana sambil mencapai pinggan berisi pisang goreng.

"Kau ingat dia break sebab apa?" tanya Zaharah. Masih tegar mahu membincangkan tentang Ashraf.

"Aku ingat dia break sebab dah dapat apa yang dia hendak..." kata Arissa berteori.

"Habis manis sepah dibuang?" tanya Zaharah berspekulasi.

"Hmm, mungkin ye mungkin tidak.."kata Rozana."Ada kemungkinan Ashraf yang kena tinggal?"

"Girlfriend dia tu student interior design yang seksi tu kan.. apa nama nya.. Humairah?" tanya Zaharah, berebut-rebut mahu bercakap.

"Ye lah, budak fakulti architecture tu. Bukan interior design. Interior architecture. Tapi dah lama tak nampak. Ada orang kata dah pindah."kata Rozana. "Bakal pereka dalaman.. cantik juga lah.. tapi tak boleh lawan kawan kita ni.." kata Rozana memberi sokongan kepada Arissa. "Kau tengok Arissa ni, pakai baju serabai je tapi nampak macam Candy Crawford!"

"Siapa Candy?" tanya Arissa.

"Hahhh Yang cantik kat dalam program top model tu lahhh..."

Arissa mengangkat bahunya, dia seorang yang simple memang tak ambil tahu sangat tentang dunia model.

"...Tapi, mungkin betul Humaira yang curang?" Zaharah berspekulasi lagi, memintas kata-kata Rozana.

"Mana nak banding dengan budak tu confident, cantik, tinggi gila dan cun....sempurna! aku ni comot je..." kata Arissa muak dengan perbandingan yang dibuat oleh rakan-rakannya.

"Alah....apa-apa pun dia orang dah break!!" kata Rozana.

"Aah. Sekarang hero terhangat di pasaran tu open market lah." balas Zaharah sambil ketawa kuat-kuat.

"Kau tak pasti perasaan kau kat dia? Meh aku bagi kau satu litmus test...Kalau aku nak mengorat dia, kau bagi tak?" tanya Zaharah selamba, menggunakan analogi ujian dalam subjek Kimia. "Kau jawab soalan tu dalam hati pun tak apa...tapi dengan jawapan tu, kau tahu apa yang sebenarnya haluan persahabatan kau berdua tu."

Arissa tidak menjawab. Litmus test, fikirnya menimbang sendiri situasi itu. Hatinya berbelah bagi. Dia tidak berani untuk membiarkan dunia tahu perasaannya. Tetapi dia juga tidak yakin dengan Ashraf. Dan dia paling tidak yakin dapat menjinakkan lelaki seperti Ashraf. Sudah berapa ramai kekasih Ashraf sebelum dia? Fatihah, Humairah...dan entah siapa lagi. Belum dikira lagi gadis kulit putih yang berambut blonde yang pernah dilihatnya berjalan bersama Ashraf di universiti yang mungkin juga salah seorang di antara ramai yang mereka ketahui. Bagaimana hebatnya penampilan mereka, pada pandangannya, mereka pun tak mampu mengendalikan Ashraf yang terkenal dengan reputasi tersendiri. Mampukah lelaki sedemikian berlaku setia kepadanya seorang sahaja? Adakah dia sedang merelakan dirinya menjadi satu lagi barang koleksi lelaki itu?

Jacaranda 2.0Where stories live. Discover now