2

34 9 0
                                    


February 1994

Musim Panas - Sydney, Australia

Borrowed video from youtube..


Kapalterbang Fluggesellschaf Airways meluncur membelah terminal antarabangsa lapangan terbang Kingsford-Smith di kota Sydney itu. Bila rodanya menghentam bumi Sydney, sedikit gegaran terasa dalam koc. Juruterbang itu berjaya mendemonstrasikan kepakarannya. Hentakan ketika mendarat amat minimal. Dan kapalterbang itu bergerak selama beberapa ketika sambil kelajuannya semakin menurun. Bunyi bingit enjin kapal terbang yang menyakitkan telinga itu akhirnya berhenti bersama dengan waktu. 

Arissa menjenguk-jenguk ke tingkap kecil berbentuk bulat itu. Tidak sabar menjejak ke dunia baru, pengalaman baru...Dia mahu melakar sesuatu disini. Dia mahu menggembirakan ibunya.Dia mahu suatu kejayaan.

Kelihatan beberapa kapalterbang yang sudah sedia ada di beberapa apron di lapangan terbang yang luas itu. Penumpang mula bangun apabila sahaja lampu amaran dipadamkan dan hebahan dibuat. Ramai yang teruja dan bersedia untuk sampai ke destinasi mereka.

"Apa kau jenguk-jenguk Rissa? Macam lah ada yang menunggu.Ada sesiapa yang kau kenal kat bawah tu?" gurau seorang rakan perempuannya, Zaharah. Zaharah gadis bertudung bawal baru dikenalinya. Dia kelihatan anggun memakai kot berwarna hampir sama dengan warna kot  kelabu yang Arissa pakai.

Mereka bangun mahu menurunkan barangan dan bagasi tangan dari kompartmen di atas kepala.

"Baik-baik jangan sampai terjatuh atas orang," Arissa mengingatkan. Dia memang empati dengan semua orang. Beg pakaiannya ditarik ke bawah. Beg yang besar dan dianggarkan seberat 5 kilo itu di tarik dari kedudukannya di laci yang terletak di atas kepala tempat penumpang.

"Tolong aku..." tiba-tiba dia memohon bantuan.

Buuuuupppp...!!! Beg itu terjatuh ke atas seseorang di sebelahnya.

"Sorry, sorry.." dia meminta maaf sambil bersusah payah cuba memegang tali beg itu. Itu sahaja yang termampu dikatakannya bila beg itu rupanya memang menghempap kepala seseorang.

"It is okay..! It is okay" kata lelaki caucasian itu sambil mampu tersenyum walaupun agak jelas kepalanya sedikit kesakitan dihentam beg pakaian Arissa.

Beg yang menghempap kepala lelaki itu telah terjatuh ke atas kerusi di belakangnya dan butang di atasnya terbuka. Beg tu sedikit ternganga.

"Aduhai.. butangnya terbuka lagi..!!" dia cepat-cepat menarik beg itu ke atas kerusinya, menyumbat semula barang-barang yang hampir terburai dan membetulkannya semula. Sudah dua kali butang beg itu terbuka sendiri kerana terlampau penuh diisi seperti mahu meletup. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Mujur lelaki yang terkena beg itu tidak cedera apa-apa dan mujur juga tiada apa yang sempat menjengah keluar dari dalam beg tersebut. Memang beg itu tidak berat sangat kerana hanya diisi beberapa helai pakaian dan beberapa peralatan keperluan sekiranya berlaku pendaratan kecemasan, dia ikut nasihat yang diberikan semasa pegawai di minggu orientasi dulu.

"Mujurlah mat saleh tu gentleman," kata Zaharah. "Sempurna sungguh ciptaan tuhan.. dah la kacak, gentleman pulak.. bestnya...Tengok mamat-mamat skema melayu ni, sikit pun tak nak tolong.." juihnya, merujuk kepada beberapa orang pelajar lelaki yang bersama mereka dalam kapal terbang itu.

"Aah.. ada di biarkan saja," kata Rozana pula. Rozana juga baru dikenalinya dan mulai mesra sungguhpun tidak mampu dibandingkan dengan geng lama nya di tingkatan lima.

Jacaranda 2.0Where stories live. Discover now