6

22 8 0
                                    



Sydney, February 1995


Perjalanan ke University New South Wales mengambil masa setengah jam. Sudah setahun berlalu. Arissa sudah berjaya melanjutkan pelajarannya ke University yang baik. Dia dapat mencapai skor yang tinggi dan mampu memilih universiti yang dikehendakinya. Kini dia sudah sah menjadi mahasiswa di Universiti New South Wales. Sebagaimana impiannya semasa di bangku sekolah. Inilah menara gadingnya. Di sini suasana baru. Dulu dia terperuk dalam asrama. Kini dia rasa bebas seperti burung baru lepas sarang. Jika di tanah air dia kerap merasa malu untuk keluar berjalan sendirian, di sini dia tidak rasa demikian. Kalau di kiri-kanan jalan semasa di Malaysia,dia kerap mendapat siulan lelaki nakal. Kini dia rasa bebas kerana tiada yang duduk di tepi jalan mengganggunya.

Hari itu dia mengenakan sepasang t-shirt lengan pendek berwarna pirus dengan jeans berwarna biru pudar. Sejak berada di Sydney dia semakin pandai bereksperimen dan menghias diri. Walaupun tidak membeli barangan mahal kerana ketiadaan wang untuk berbelanja sesuka hati, dia rajin mencari pakaian ketika jualan murah di gedung-gedung terkemuka di kota itu. Dan sememangnya itu sajalah jeans yang kerap dikenakannya berselang dengan tiga pasang seluar lain untuk memudahkan pergerakannya. Sempoi. Jarang-jarang dia mengenakan baju kurung kerana dia kerap berkejar ke sana ke mari. Rambut ikalnya diikat rapi dengan 'french plait' yang menyerlah pesona wajahnya. Dia mengerling ke arah jam di lengannya menunjukkan lagi lima minit jam 11.00 pagi. Mata bundarnya memerhatikan perhentian bas, takut-takut tersilap menekan loceng. Walaupun sudah beberapa kali ke tempat itu, dia tetap merasa sedikit gementar bila hampir sampai untuk turun.

Apabila ternampak dari jauh bangunan berwarna perang diperbuat daripada"sand stone" tersergam di kejauhan dia berdiri cepat-cepat sambil memerhatikan jalan yang sedang dilalui bas itu.

Dia membunyikan loceng dan melangkah turun dari bas sambil bergegas ke dewan kuliah. Sebaik sampai dia sempat menoleh ke arah beberapa orang pelajar Melayu yang sedang duduk di rumput di tepi bangunan itu. Memang menjadi kelaziman pelajar-pelajar di universiti itu untuk melepak di atas rumput hijau di sekitar universiti sementara menanti waktu kuliah seterusnya tiba. Matanya terlihat kelibat Ashraf dan Daniel serta beberapa orang pemuda kaukasian sedang bersantai. Entah mengapa hatinya berdegup kencang lagi.

"Arghh,dia lagi? " fikirnya. "Mamat gedik tu..!"

Langkahnya disegerakan dan dia pura-pura tidak perasan mereka di situ. Memang dia pernah juga terlihat kelibat Ashraf, begitu juga Daniel di perkumpulan pelajar Malaysia, tetapi dia mengelak berbual dengan mereka terutamanya Ashraf dan mengelak daripada terpaksa berinteraksi dengannya. Pertamanya, apabila dia terpandangkan Ashraf dia tidak dapat melupakan perasaan malu bercampur bengangnya ketika dibalai ketibaan di lapangan terbang tempoh hari. Dan kedua, dia mendapat gambaran yang lelaki itu jenis yang gemar mempermainkan perempuan.

"Cuba kau tengok kat sana," Daniel menguis bahu Ashraf. Ashraf menoleh, mencari apa yang menarik perhatian Daniel.

Perbualan mereka terhenti. Kelibat Arissa seperti dalam slowmotion. Mata Ashraf mengekorijejak dan lenggok gadis itu. Penuh asyik. Dia menikmati pemandangan itu tanpaberkata apa-apa. Gadis itu sedang bergegas menapak ke arah dewan kuliah utama.Mesti dah terlewat lah agaknya tu sampai tercungap-cungap, fikir Ashraf.

"Gadis yang baju biru tu? ..." dia pura-pura tak perihatin. Tidak mahu menampakkanketerujaan melihat gadis cantik itu. "Siapa dia?"

"Eh,kau tak ingat atau buat-buat-buat tak ingat? Itu budak yang kautebarkan spender nya kat airport last year?? Kau seriously dah tak ingat??"

Jacaranda 2.0Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang