1

35 8 0
                                    


Penghujung Disember 1993

Surat tawaran yang diterimanya, dibelek Suhana. Dia sendiri sudah membacanya berkali-kali. Macam tak percaya. Dia akan bertolak ke Australia tidak lama lagi.

"Amazing Arissa... Tahniah lah...aku memang speechless.. menyesal pula aku tak belajar sungguh-sungguh.."

Suhana, itulah kawan paling rapat dengannya yang duduk di sebelahnya dalam kelas setiap hari sejak mula menjejakkan kaki ke tingkatan empat lagi.

"Aku dah kemas katil ni, so aku nak ingatkan kau, boleh tak kalau kau jangan kirai-kirai dia balik.."

"Alah Rissa, "kata Suhana," macamlah aku tak biasa dengan perangai kau yang perfectionist tuuuuu.."Suhana menbeliakkan matanya ke atas. Berpura-pura bangun mengemas katil di bilik tidur Arissa. Surat tawaran itu diletakkan berhati-hati di atas meja disebelah katil bujang itu. Arissa mengambilnya dan menyimpan dalam sampul plastik.

"Ehh adik kau mana? Dia share bilik dengan kau lagi ke?"

"Razif? Tak ada. Dia dah keluar. Dah besar, dia kena tidur luar lah bila aku balik rumah. Rumah aku ni kan kecil saja. Tak mungkinlah dia nak tidur kat bilik mak aku. Budak lelaki elok je dia tidor atas sofa."

"So ini jadual seharian kau di rumah?" tanya Suhana merujuk kepada senarai to-do-list yang ditampal di dinding dekat meja itu.

"Yup...Kita dah biasa hidup mcm tu. Aku buat tu untuk adik aku."

Suhana faham sangat tabiat Arissa. Semua benda nak ikut prosedur. Dia memang rapat dan memahami sikap Arissa yang agak cerewet bila berkaitan dengan susunan rutin dan barangan hak miliknya. Kesemua orang tahu betapa tersusunnya Arissa. Buku-bukunya yang tersusun rapi di rak dekat almarinya. Dia tahu saja bila ada orang mengusik barangnya. Dan memang pantang besar baginya jika ada orang mengusik tanpa kebenaran. Semua benda nak ikut jadual. Setiap baju ada untuk harinya.

Duduk di birai katil Arissa, Suhana tak habis-habis membebel kerana kecewa tak dapat ke luar negara sebelum keputusan SPMnya keluar. Suhana memang ada menyimpan cita-cita nak belajar ke luar negara juga. Sejak dari kecil sering dia rajin menonton wayang untuk menikmati pemandangan luar negara. Dia berdoa agar dia dapat ke Amerika Syarikat. Suhana terus saja datang menziarahi, bila dapat tahu Arissa mendapat tawaran tersebut.

"Tak boleh ke aku ke sana macam kau sebelum dapat keputusan, haaa?"tanya Suhana tidak meminta jawapan. Dia memeluk bantal sambil berguling di atas katil itu penuh ekspresi. "Aku nak juga merasa bermain dengan salji putih dan naik kapal terbang!!" dia meluahkan perasaannya tanpa diminta.

"Best kan? Eh tapi setahu aku generally, kat Australia tak ada salji lah.." balas Arissa.

"Alamak, betul lah.. bodohnya aku.. patut lah aku tak dapat offer macam kau!" menepuk dahinya.

Mereka ketawa terkekeh.

" To be exact, ada salji kat beberapa tempat lah..macam kat Tasmania atau atas tempat yang tinggi..." Arissa menjelaskan dengan lebih terperinci. "Jadi, kau bukanlah layak dipanggil bodoh..so please don't be so humble..markah add maths kau pun pernah sama dengan aku.."

" Memang kau ni genius. Tu saje lah sekali aku dapat markah A untuk add maths..topik pertama form four...lepas tu....hampeh! Bukan macam kau.. setiap masa dapat A!!"

"Apa-apa pun, termakbul juga doa mak aku..." tetiba Arissa 'feeling' sedikit.

Takdir memang sesuatu yang sukar diduga.. Memang dia teringin ke menara gading tetapi sesungguhnya di luar fikirannya akan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Itulah mungkin doa dan impian orang tuanya. Dia sendiri amat teruja untuk menaiki kapalterbang. Seumur hidupnya tidak pernah dia ke lapangan terbang. Selalu dia ternampak kapalterbang lalu di langit, bising berderum tapi tak dapat membayangkan dia akan menjadi penumpangnya lebih awal dari yang dijangka.

Jacaranda 2.0Where stories live. Discover now