Lebarkan sayapmu

56 2 0
                                    

Mungkin benar, meninggalkan merupakan sebuah cinta yang jujur. Meninggalkan seseorang yang kau cintai dan membiarkan dia bercinta dengan lelaki lain. Tapi benar juga, menangisi apabila ditinggalkan. Kerana kau harus merelakan orang yang kau cintai dan membiarkan dia bercinta dengan yang lain. Cinta adalah kejujuran. Dan kejujuran itu adalah cinta yang suci.

Malam ini, aku membiarkan cinta pergi terbang melayang. Pergi menjauh dan hilang entah kemana. Kalaulah ia datang kepadamu, relakan ia masuk seperti angin yang mengetuk jendela kamarmu. Ketika kau sedang dibuai mimpi rindu.

Rindu, rindu adalah tragedi yang kau harus hadapi walaupun ia sedikit kasar dan menyakitkan. Rindu adalah ungkapan yang paling mudah dalam percintaan. Apabila kau mengalami kerinduan, bebaskanlah kesedihanmu. Kerana, rindu tidak harus untuk bersedih lantas ia merupakan ubat untuk kau terus berdiri.

Dan saatnya harapan menjenguk apabila kau terus berdiri dalam kesendirianmu. Harapan untuk dipeluk jiwa dukamu. Apabila harapan ini mati, jangan kau mati bersamanya. Kerana, harapan adalah kekuatan untuk kau terus melebarkan kesetiaanmu dan kejujuranmu.

Kepada Tetamu MalamWhere stories live. Discover now