Aku seorang pengemis

192 2 0
                                    


Malam itu,
Guruh dan dingin berselimut sama;
Menari di atas kepala dan badanku,
Tanpa sedikit segan,
Ia menbancuhku dengan hujan,
Dan membalutku dengan kedinginan.

Apakah kau tidak mengasihaniku, Bunga?

Kerana aku adalah seorang pengemis cinta,
Di kota sunyi ini;
Yang masih menaruh harapan di lereng halaman rumah perasaanmu.

Aku juga adalah pengemis rindu,
Sentiasa meminta-minta di jendela hatimu,
Tapi kau tidak membukakannya;
Kerana kau menciptakan rumahmu dari sebuah egois.

Aku juga adalah pengemis jiwa,
Masih menunggu di hadapan matamu,
Tapi kau tak mengendahkannya, Bunga;
Kerana kau mematrikan kesombongan dipenglihatanmu.

Malam ini,
Aku masih lagi menjadi seorang pengemis,
Menunggumu memberikanku sebuah jiwa, seteguk rindu dan sekalung cinta.



Kepada Tetamu MalamWhere stories live. Discover now