Untitled II

145 2 0
                                    


Mengangkatmu sebagai kemegahan malam, terlihat bulan yang memerhati hiba dari gendongan awan di dinding langit.Sang bayu terus melempias dari celahan-celahan gua sunyi yang menyembunyikan bahagia, tempat kita melayar cinta; membakar memoir cela dan membiarkan abu-abunya bertebaran dan membangunkan bulan dari hibanya.Burung hantu bangkit di penjuru matamu yang tersimpan seribu satu tanya. Maka, rama-rama yang berpeluk sendu di hatiku pula, menangis dan terbang menghilangkan warnanya. Kerana kasihmu semua kononnya; tiada pula aslinya, kasih.Ada pula, bayang-bayang yang meluru di belakangmu. Ada pula, cakap-cakap yang berirama diceritaku. Ada pula, konon-konon bahagia disenyumanmu.

lalu, kau terus menarik tirai malam untuk dilenyapkan.


Kepada Tetamu MalamWhere stories live. Discover now