Kamu

181 4 2
                                    


Kau terus menyombong dalam keberadaanmu,

Melipat bulan untuk kau sembunyikan di almari usang,

Mengoncangkan bintang lalu jatuh ke kamar sepimu.


Dan kau menyuruh segerombolan angin,

Untuk menyembunyikan diri,

Kerana kau tidak berdaya untuk mengasihinya lagi.


Mona,

Kali ini kau berbaring di angkasa raya,

Bertilamkan keegoisan,

Berbantalkan kemegahan,

Kesombonganmu menepis semua pengharapan,

Membiarkan cahaya yang berlegar tiap malammu untuk terus mati dipenjara kekecewaanku.



Kepada Tetamu MalamWhere stories live. Discover now