Bab 19|Tandas

1.3K 2 0
                                    

Azhara's POV
-------------------
Mama ada buat panggilan tengahari tadi untuk memberitahu bahawa pukul 8 terus datang ke rumah ibu iaitu rumah Er . Mama kata ada hal yang nak dibincangkan disana .

Rindu nak berjumpa dengan ibu .

Er sudah memakirkan kereta dihadapan rumahnya . Semenjak balik ke Malaysia aku langsung tak jenguk ibu . Rasa rindu menyinggah hati .

"Jom turun?" Er bersuara membuka tali pinggang keselamatan .

"Awak ,saya tak kuat nak masuk kalau Eiz ada ." aku memandang Er dengan muka minta simpati .

"Awak tak rindu ibu ke?" Er menyoal lembut . Muka aku ditatap dengan muka kacaknya .

"Kalau awak buat demi ibu boleh tak?" Er menyambung lagi .

"Baik ." aku berkata lalu pintu kereta aku buka .

"Saya nampak kemas tak?" soal aku sambil berpusing didepan Er .

Er tergelak kecil sambil berpeluk tubuh .

"Awak bukan je kemas ,cantik lagi menawan ." puji Er buat aku berhenti berpusing . Alahai saya kuat awak .

Er membuka pintu lalu memberi salam . Kedengaran derapan kaki menghampiri kami . Aku hanya dibelakang bidang badan Er .

"Walaikumusalam anak ibu . " Ibu menghampiri aku dan aku juga begitu . Kami berpelukkan .

Pipi aku dicium belakang ibu pula ada seorang manusia yang aku paling tak nak tengok .

"Amboi ibu nampak anak perempuan je yang lelaki nih tak nampak ke?" Er menggosok dinding tanda merajuk .

"Ala pandai pula nak merajuk nih anak ibu jom makan jom ." pinggang Er dipeluk ibu . Aku jalan dibelakang mereka bersama Eiz.

"Mesra betul you dengan Er ." Eiz berbisik elak didengari ibu dan Er dihadapan kami .

"Jaga hal kau sendiri ." aku juga berbisik lalu percepatkan jalan .

Aku ambik tempat duduk ditengah antara ibu dan mama . Bertentangan pula dengan Er dan Eiz . Yang Eiz tuh paling semak .

"Jadi apa yang nak dibincangkan tuh Nis ?" soal ayah kepada mama . Aku pula sakan menyedok lauk ke dalam pinggan .

"Esok pagi Ara akan ke Langkawi atas urusan kerja jadi nak pinjamlah dua teruna nih buat peneman .Ikutkan bawa Er je tapi nak elak fitnah faham faham jela orang sekarang jadi hajat nak minta kebenaran nak bawa si teruna lagi seorang nih ." mama suarakan hajatnya . Aku disini sudah tiada hati mahu ambik tahu jadi aku fokus saja kepada makanan ku .

"Lah itu je ke hajatnya . " ibu bersuara .

"Kamu berdua okay ke?" soal papa pula .

"Apa pula tak okay . Kan ke anak kami macam anak kamu dan anak kamu pun macam anak kami . Mana tahu nanti terpinjam lama lama jadi pemilik ." Ayah dan papa yang faham maksud ayat itu ketawa .

Aku pula sepatah apa tak bersuara . Entahlah hati kosong tak tahu nak suarakan apa . Mana tak kosong ,percutian yang sepatutnya gembira bertukar sendu .

"Ara dah habis makan . Boleh Ara ke tandas dan sekali gus ambil angin dikolam? " aku bersuara apabila usai mengelap mulut . Semua mata terarah kepada aku .

"Okay . Take care . Boleh lah kami bincangkan hal orang tua ." Ayah menjawab . Aku segera bangun . Tandas didapur menjadi destinasi pertama .

Aku membuka pintu tandas seusai memastikan diri sedia untuk keluar . Pintu aku kuak dan aku terundur beberapa tapak apabila figura Eiz terpacak didepan pintu .

ZAFIQWhere stories live. Discover now