Bab 4|Anas

693 3 0
                                    

Zhara's POV
------------------
Pagi ini penuh dengan rahmat kerana sejak subuh tadi air hujan membasahi bumi . Aku mengemaskan beg pakaian aku . Semalam malas sangat jadi hari ini kena lah buat .

Satu per satu pakaian aku keluarkan . Beberapa helaian baju baru sudah bercampur dengan baju lama . Makin galak menarik keluar baju aku terpaut akan satu beg kertas kecik .

Aku tepuk dahi!

"Ini hadiah untuk mama dan papa . Aku lupa . Diorang pula dah pergi kerja . Malam nanti sajalah aku berikan ." kata aku sendirian .

Tangan ligat mengemas dan mengasingkan barang . Sekali lagi mata aku bertaut didalam bagasi baju itu . Kotak merah yang menarik perhatian aku capai . Aku buka perlahan lahan mana lah tahu kot keluar lipas macam prank ke ?

Aku senyum melihat kotak itu dan isi dalamnya . Rantai pemberian Anas (rujuk media atas). Kad kecil yang setia didalam aku capai dan baca . Aku tersenyum .

"Even is there wasn't gravity on earth ,I'd still fall for you . -Anas-"

Kata tangkap cintan itu menghiburkan aku . Aku mengusap dagu . Tiba tiba sahaja fikiran ku melayang .

Flashback 's POV
-------------------------
Aku menghirup kopi panas di salah satu kedai kopi di kota London itu . Aku menunggu kawannya yang berasal dari situ . Dia membetulkan duduk apabila figura Elly mendekati .

"Assalamualaikum . Am i right?" pelat Elly memberi salam aku balas anggukkan .

"Waalaikumusalam . Why so late?" aku bertanya tanpa perasan seorang lelaki yang masih setia berdiri disisi Elly .

"Let me seat first ,baby!" Elly berkata seraya menarik dua kerusi . Kenapa dua?

"So let me introduce you my best friend . Anas Zikri . " aku memandang akan lelaki disebelah Elly yang tersenyum manis . Nama macam melayu .

"Saya Anas Zikri dan awak?" Anas menghulurkan tangan tanda mahu bersalaman .

Aku buat muka pelik. Peliklah mana pula dia belajar bahasa melayu dan dia ini asal mana?

"Nur Azhara Suhaila . Sorry" aku tidak menyahut tangannya . Dia yang sudah faham menarik kembali tangannya .

"Nama secantik orang ." puji Anas membuatkan aku terkebil kebil .

Gatal!

"Teri-ma ka-sih" gagap aku membalas .

"What the fish? both of you talking in malay and who care about me?" marah Elly . Dia berpeluk tubuh .

Aku dan Anas berpandangan lalu ketawa serentak melihat perangai Elly yang seperti kanak kanak itu . Bukannya dia tak boleh berbahasa Melayu sebenarnya cuma dia hanya tahu beberapa perkataan yang selalu digunakan saja lah .

"Okay . Both of us really apologise okay?" Anas berkata bagi pihak aku dan aku angguk beberapa kali menyakinkan Elly .

"Okay . Forget about it . I'm really hungry right now . " Elly mengusap perut sederhana besarnya . Elly tak gemuk cuma dia 'chubby' saja .

"Waiter,can we get a menu?" Elly melambai tangan ke arah perkerja dikaunter . Aku dan Anas tepuk dahi serentak .

Kejap!

Asal semua benda nak serentak dnegan Anas nih?

"Sorry miss, we are Self-Service cafe ." laung perkerja lelaki itu dari arah kaunter lalu tangannya menu jukkan papan tanda besar berdekatan dikauner itu .

"Sorry Sir . " Elly segera menundukkan wajah ,dahinya ditepuk berkali kali . Malu menyerbu!

Ketawa aku dan Anas tersembur .Perangai Elly ini kalau tak buat kecoh dia buatnya perangai masuk air dia .

ZAFIQWhere stories live. Discover now