Bab 11|Denda

1.4K 5 0
                                    

Er's POV
------------
Aku perkemaskan pakaian . Ini hari kedua aku disini . Jadual kerja Zhara aku harus aturkan juga . Kertas kerja yang perlu aku semak bagi pihak Zhara lagi .

Aku perlukan secawan kopi . Memandangkan ada masa sejam untuk solat Asar dan minum petang jadi apa kata kita mengopi awal sikit . Aku menapak ke arah 'pantry' .

Langkah aku mati apabila aku terdengar beberapa suara perempuan sedang berbual . Tanpa sengaja aku terdengar . Aku mengawal perasaan apabila nama zhara naik . Dasar mak cik bawang!

"Dia itu budak bawah umur ada hati nak langgar kita ."

"Aku tetap nak langgar apa dia cakap . No one can stop me ."

"Chill lah weh . Dia berani gertak je ."

"Tak baiklah you all nih . Dia baik je . Semalam i terserempak dengan i okay je dia tegur i . "

"Kau nih bela sangat budak bawahan tuh . "

"By the way kan ,Sir Er tuh macho sangat . Kau rasa umur dia berapa?"

" Gatal lah you nih Hani i tengok Sir Er tuh macam lingkungan bawah 25 tahun . Maybe lah?"

"Eh memang i pun perasan dia tuh berupa ."

Aku sengaja berdehem apabila kaki aku melangkah masuk ke dalam 'pantry' . Muka mak cik bawang pejabat ini berubah sedikit terkejut . Masing masing cuba kawla muka,duduk hah semua lah .

"Good Evening Sir Er . You need something?" Hani menyapa lembut sengaja dilentokkan badan . Dia tidak mematuhi arahan yang Zhara berikan dari segi pemakaian .

Siap lah kau!

"Assalamualaikum . Mulakan perbualan dengan salam lebih baik kan? lagipun saya muslim ." aku memberi sedas .

"Err..Walaaikumusalam . Sorry Er . Nak kopi atau teh?" Hani menayang muka tak berapa nak bersalah .

"It's okay saya buat sendiri . " aku berkata . Nada dijaga.

"Kenapa tak reply Whatsapp i semalam?" soal Hani gedik .

"Bukan hal kerja . Saya tak berminat minta maaf ." aku memberi jawpaan jujur .Yang lain menahan ketawa .

"You tak minat mula mula saja kalau you layan mesti lama lama you minat juga ." balas Hani gedik . Dia cuba merapati aku . Aku berundur beberapa tapak .

"Please mind your gap . Saya tetap tak berminat .Saya tak suka rosakkan masa remaja saya dengan perempuan . Saya baru 20 tahun dan saya masih mahu merasa zaman kegemilangan tanpa permepuan . Kak Hani . Lagi satu tolong ke tepi sikit sebab saya nak buat air ." sengaja aku tekankan perkataan 'kak' .

"I'm just 23 years old . I'm not too old for you . Let me make your drink ." Hani memberi cadangan lagi . Hani semakin hampir belakang aku sudah bertembung dinding .

"Tak perlu tawarkan diri awak untuk buatkan air orang lain . Dia ada kaki dan tangan jadi tak ada masalah untuk dia buat kan?" suara perempuan yang aku syaangi berkata lantang . Serentak dengan itu kesemua didalam pantry berdiri . Hani kelihatan acah berani .

"Cik muda ." tegur aku sambil menundukkan sedikit kepala .

"Sekarang berbaki 40 minit sebelum solat Asar dan kenapa sudah 'berjemaah' awal dalam pantry? " Zhara menyoal muka kesemua oranh dipandang sekilas.

"Biarlah kami dekat sini . Sudah haus takkan pergi toilet pulak?" sinis Hani berkata sambil berpeluk tubuh .

"Siapa dekat sini datang dahulu ?" Zhara meletakkan tangan dibelakang badan .

ZAFIQWhere stories live. Discover now