Bab 17|Sibuk

2.5K 3 0
                                    

Azhara's POV
--------------------
Memandangkan hari ini tiada urusan pejabat yang banyak jadi aku pilih untuk lebih berpakaian santai . Aku menyarung kimono wrap bercorak bunga matahari yang berlatar belakang bewarna putih .

Seluar palazo bewarna hitam aku padankan pula tudung shawl bewarna seakan kelopak bunga matahari dibaju ku . Beg tangan bewarna hitam aku capai . Sedikit solekan natural lalu aku meloloskan diri ke tingkat bawah .

Mama,papa dan Er nampaknya sedang bersarapan sambil berbual . Rancak sekali perbualan mereka . Aku pula masih tak boleh terima hakikat bahawa dalam percutian aku ada seorang hamba Allah SWT yang aku tak suka .

Nasib kaulah labu ..

"Mek . Menung apa lagi?" bahu aku ditepuk Mak Nab dari belakang .

"Hey Ara meh sini makan meh " papa menegur mungkin papa juga baru perasan kehadiran aku disini .

"Er,get in a car now . Ara tak lapar . Ara dah lambat Ara pergi dulu ." Papa dan mama hanya memandang antara satu sama lain . Aku menyalami mereka lalu bergegas keluar .

"Siapa drive?" soal Er dengan muka pelik .

"Saya ." jawab aku pendek . Kunci kereta aku capai dari Er .

Tanpa banyak bunyi kami meloloskan diri didalam perut kereta . Tiada sepatah pun yang dikeluarkan dari mulut hanya radio yang membebel dipagi hari . Kali ini aku lebih menumpukan perhatian ke depan tak mahu hal semalam berlaku lagi .

Sedang aku tumpukan perhatian dalam pemanduan telefon pintar aku melalak tanda ada panggilan yang perlu diangkat . Telefon aku capai lalu aku menerima panggilan dan buka pembesar suara . Telefon aku letakkan di pemegang telefon khas untuk kereta .

"Assalamualaikum Anas ." aku mendahului .

"Waalaikumusalam . Dinda busy tak hari ini?" Anas menyoal teruja . Ada tawa kecil juga darinya .

"Kenapa kekanda ?" aku berbalas soalan sambil melayan panggilan kekanda-dinda .

"Jika dinda tak sibuk bolehkah kita lunch bersama?" Anas masih bersuara teruja .

Aku memandang muka Er kejap .

"Tak sibuk . Boleh saja . Nak jumpa dimana?" aku menyoal penuh minat .

"Dihati kanda . Hahaha" Anas kedengaran ketawa ceria .

"Kanda ambil dinda nanti okay? See you soon . " Tanpa menunggu balasan Anas mematikan panggilan . Aku hanya menggelengkan kepala .

Aku memandang Er dan Er juga sama pandangan kami bertembung untuk seketika sebelum Er mengalihkan pandangan ke luar tingkap .

"Sejak bila tak breakfirst?" soal Er yang senyap dari tadi .

"Sejak tadi . " jawab aku pendek memulas stereng memasuki kawasan pejabat

"Awak nak makan apa?" soal Er yang masih memandang ke luar tingkap .

"Kenapa tanya?" wah ini sesi soalan berbalas soalan ke macam mana ?

"Saya tahu awak bukan jenis tak makan pagi jadi baik saja awak jujur dan senang untuk saya carikan . " Jawab Er perlahan . Kereta sudah berada di lobi . Er turun terlebih dahulu tanpa sempat aku menjawab .

Untuk pertama kalinya Er membuka pintu untuk aku .

"Nak makan apa?" Er bertanya sekali lagi . Baru aku perasan yang warna baju kami hari ini tak sama . Er memakai kemeja berwarna maroon dan tali leher berwarna hitam diluar pula tersarung kemas blazer berwarna hitam .

"Bihun goreng . " jawab aku jujur . Aku turun dari kereta dan Er naik semula dibahagian pemandu .

"Naik dulu .Nanti saya bawakan makanan okay?" Er bersuara mendatar.

ZAFIQWhere stories live. Discover now