2 | S a v e d

19.1K 480 4
                                    

Aku hanya mampu terkebil- kebil memandang kearah lelaki Ducati tadi yang melangkah masuk ke dewan kuliah dan berdiri di sebelah lecturer kami, Sir Irsyad.

He seems dangerous.

"So, class this is our new student, Aiden Arjuna Xavier. You can sit next to Rose at the back."  Kata Sir Irsyad kepada kami.

Semua pelajar kelihatan berbisik sesama sendiri melihat Aiden yang mempamirkan wajah selambanya itu.

"Omg! Hensemnya!"

" Totally drop dead handsome!"

Itulah adalah "bisikan" yang agak kuat aku dengar dari pelajar pelajar perempuan di depan sana.

Melihatkan Aiden yang kini mengorak langkah ke sebelah tempat duduk aku, automatik jantungku mengepam dengan kuat dan berdetak dengan laju.

Aiden melabuhkan punggungnya disebelahku dan mengeluarkan buku nota dan beberapa alat tulis dan menumpukan perhatian kepada pensyarah kami di depan.

"So we're  gonna start our class today."

Sepanjang Sir Irsyad mengajar di depan, aku tidak dapat fokus kerana fikiranku kini asyik memikirkan Aiden lelaki pelik yang duduk disebelahku.

Aku tidak dapat menahan  diriku daripada menoleh ke arahnya.

Dia kelihatan fokus mendengar penerangan pensyarah kami. Damn! His defined jawline!

Eh wait what?!

Apa yang aku merapu ni. Aku segera menoleh kearah pensyarah kami kembali dan aku kembali fokus. Tetapi tidak silap aku, rasanya aku dapat menangkap bibirnya yang naik membentuk senyuman sinis. Ah! Perasaan aku je kot.

                                       ●●●

Aku mengatur langkah kearah My Baby Swift ku.

"Are you sure Rose, kau taknak ikut aku?" Tanya Yasmin.

"Nah it's okay. Aku rasa tak sihat pulak."

"Okay then, hati hati Rose."

Aku hanya menggangguk. Aku memandu keluar keretaku. Aku sempat mengerling kearah parkir Aiden. Ducatinya tiada. Dia sudah pergi.

                                      ●●●

Aku merebahkan badanku ke atas katil. Ah, lega sungguh! Aku memandang siling dan fikiranku menerawang memikirkan perihal lelaki tadi.

What spell do you put on me, boy sampai aku asyik terfikir tentang kau?

Aku terlena dalam memikirkan hal itu. Aku terbangun ketika jarum jam menginjak pukul 7:30 malam. Lamanya  aku tidur. Aku segera bangun  ke bilik air membersihkan diri dan mendirikan solat.

Aku menyiang ikan untuk dimasak. Harini aku nak masak simple je. Ikan masak merah, kuah sayur dan ulam- ulaman. It's done! Aku meletakkan lauk- pauk atas meja di ruang makan. Sementara menunggu ayahku pulang, aku naik ke bilikku dan duduk di atas buaian di beranda bilik.

Aku menikmati angin yang bertiup lembut yang menerpa ke wajahku. Aku segera memandang ke bawah ke arah kawasan kejiranan kami. Sunyi sepi walaupun baru pukul 9 malam.

Aku sedikit tersentak apabila retina mataku menangkap kelibat seseorang yang berdiri tidak jauh dari rumahku. Dia kelihatan bersandar santai  pada motosikalnya. Wait! Tu bukan lelaki yang pelik tu ke? It's that Aiden? Pakaiannya agak menyeramkan bagi aku kerana dia memakai hoodie hitam dan skinny jeans hitam. Huh, macam hendak berkabung saja.

My Saviour, AidenWhere stories live. Discover now