Apa yang dia buat dekat sini?  Rumah dia dekat sini ke? Pelbagai persoalan menari- nari di fikiranku. Aku menoleh kearahnya lagi. Seperti perasan akan pandanganku, dia segera mendongak dan memandangku.  Ya, that's Aiden.

Aku tersentak dan tergamam. Aku terus berlari ke bilikku lalu duduk diatas katil. Pandangan itu! Amat menggerunkan bagi aku. Dia ikut aku ke? Aku bangun dari katil dan berjalan  perlahan - lahan ke beranda dan mengintai sekali lagi ke arah lelaki tadi.

Dia sudah tiada.

Aku berasa seram sejuk dan bulu romaku mencanak naik. Kedengaran pintu utama dibuka dari luar. Aku turun dan mendapatkan ayahku yang baru pulang dan menyalaminya. Aku sempat menyembunyikan riak wajahku.

Seperti perasan akan riak wajahku seperti menyembunyikan sesuatu, ayahku bertanya kepadaku,

"Rose, are you okay? Kenapa berpeluh - peluh ni? Pucatnya."

"I'm okay daddy, Maybe sebab penat kuliah tadi."

"Sure, Rose?"

"Yup, I'm really sure daddy, janganla risau." Aku menenangkan ayahku.

                                       ●●●

Kami menikmati makan malam tanpa bersuara. Selesai makan, aku segera mengatur langkah ke sinki dah membasuh pinggan. Sedang aku membasuh pinggan tidak semena mena aku terdengar ayahku seperti mengerang kesakitan. Tanpa membuang masa, aku segera berlari menuju kearahnya. Cemas.

"Daddy, daddy okay tak ni?!"

"Daddy cuma pening sikit."

"Rose bawak daddy pergi klinik la."

"No, Rose! It's okay. Sikit je ni. Daddy migraine sebab kerja, makan panadol ok la ni."

Kalau itu sudah ayahku putuskan, aku tidak boleh melawan lagi. Degil macam aku. Kini aku tau aku menurun perangai ayahku yang degil. Aku ke dapur dan membuka kabinet dapur untuk mencari panadol. Puas aku mencari tetapi aku tidak jumpa.

Shit!

"Daddy, daddy tunggu kejap. Rose pergi beli panadol kat kedai runcit depan simpang tu."

" No, Rose. Dah malam ni. Bahaya"

" Takpe Daddy,  dekat tu je. Daddy jangan risau, Rose tau jaga diri Rose. Rose taknak tengok Daddy sakit macamni. Daddy sorang je yang Rose ada dekat dunia ni"

Akhirnya ayah aku mengalah dengan kedegilanku. Aku   membantu ayahku bangun dan duduk di sofa di ruang tamu. Aku segera naik ke bilik lalu menyarung kardigan. Aku turun dan melangkah ke pintu. Aku harus cepat. Aku tidak sanggup membiarkan ayahku menanggung sakit migrainnya itu.

                                     ●●●

Selesai membeli  panadol untuk ayahku, aku berjalan pantas untuk ke rumah. Menyesal pula aku tidak bawak payung. Sekurang - kurangnya aku boleh gunakan payung itu untuk mempertahankan diri aku sekiranya terjadi apa  apa.

Aku mengetuk kepalaku atas kebodohanku sendiri. Aku meliarkan pandangan memandang kiri dan kananku. Sunyi. Aku merasa tidak sedap hati secara tiba- tiba.

Aku pantas berjalan. Aku dikejutkan dengan bunyi suara manusia yang mabuk yang kedengaran dekat denganku. Aku segera berjalan dengan lebih laju dan secara  tiba- tiba tiga orang pemuda mabuk itu  terhuyung hayang segera menghalang jalanku.

Ya Allah. Selamatkan aku.

Aku berdoa agar ada manusia yang akan menyelamatkan aku.

"Nak pergi mana tu cik adik, meh la abang abang temankan adik."

Salah sorang dari mereka mengelilingi tubuhku dan memerhatikan tubuhku atas bawah. Menjijikkan.

"Nice chest by the way"

"Kau jangan kurang ajar" Aku menjerit kearah kata - kata lelaki mabuk tadi.   Marah.

"Kalau dapat ni, tak tidur malam aku HAHAHAHA." Mereka mentertawakan aku seperti aku ni tiada harga diri. Mereka semakin mendekat.

Aku berundur perlahan - lahan sehingga belakang  badanku terkena dinding menandakan tiada lagi ruang untuk aku melarikan diri. Aku cemas dan cuak. Aku terus menutup mata walaupun itu adalah tindakan bodoh pernah aku lakukan.  Sewaktu mereka ingin menyentuh tubuhku..

Aku terdengar bunyi manusia mengerang kesakitan. Aku terus mencelikkan mata.

Kelihatan lelaki berhoodie hitam melepaskan tumbukan serta sepakan kearah mereka. Mereka mengerekot kesakitan.

"Don't you ever fucking try to lays finger on her!" 

Lelaki tadi menempik. Garang. Dia memalingkan wajahnya kearahku.

Aiden!

Mereka bangun dan berlari dengan keadaan terjengket - jengket walaupun dalam kesakitan beredar dari kawasan itu.

Aiden menoleh seketika kearahku seperti memastikan tiada kecederaan di tubuhku. Dia segera melangkah meninggalkanku lalu menuju kearah motosikalnya tanpa sebarang kata- kata. Aku terkebil- kebil mencerna apa yang telah  berlaku. Tanpa membuang masa aku terus berlari ke rumahku.

    ●●●

With Love,
Rosé.

My Saviour, AidenWhere stories live. Discover now