" Kita melayani Erdo dan Elfry seperti keluarga sendiri,Mynhy.Umma tahu Mynhy sayangkan Erdo dan Elfry tapi  Mynhy lupa apa yang menimpa Odea dulu? Mynhy lepaskan Odea tapi apa yang jadi?"

" Odea ditelan oleh ular.."

Tanpa sedar air mata anak itu mulai meleleh menuruni cerun pipinya dan pantas sang ibu mendakap tubuh kecil tersebut rapat ke dadanya.

" Setiap mahkluk yang diciptakan mempunyai tujuan dan fungsi masing-masing Mynhy.Seperti mana kita diciptakan untuk memakmurkan dunia,begitu juga dengan Erdo dan Elfry.Umma tahu niat Mynhy baik tapi Mynhy kena fikir jauh ke hadapan.Dengan melepaskan kuda-kuda peliharaan Abba,apa Mynhy dapat menjamin yang Erdo dan Elfry akan selamat dan tidak ditangkap oleh keluarga lain nanti?"

Kata-kata sang ibu terhenti mendadak oleh suara tangisan yang pecah dan anak kecil itu membenamkan seluruh wajahnya seraya menangis teresak-esak.

Ara yang memerhatikan keadaan tersebut dengan senyap dan mencerunkan penglihatannya semakin terpinga-pinga apabila telinganya mendengar bunyi menderu yang kuat dengan diselang-seli dengan bunyi berdesing dan serta-merta imej wanita berambut putih bersanggul  yang sedang mendakap anak kecilnya itu berubah menjadi seperti kepulan asap dan akhirnya meliang-liuk menuju kepada Ara yang tergamam.

Dengan bunyi berdesing yang kuat pada indera pendengaran Ara,gadis itu terpaksa menutup mata dengan menghadang kedua-dua tangannya ke hadapan mata.

Sekali lagi tubuh Ara seperti tersedut ke dalam satu pusaran angin yang kuat dan selepas beberapa detik,kaki Ara terasa berpijak lagi ke atas permukaan tanah yang kali ini tidak lagi di litupi daun kering sebaliknya kaki Ara terbenam ke dalam salji setinggi lutut.

Mendadak angin sejuk terasa mengigit kulit dan seluruh penglihatan Ara dipenuhi warna salji di mana-mana sejauh mata memandang dan yang kelihatan hanyalah tumbuh-tumbuhan hijau yang merunduk layu di litupi salji.Kaku dan senyap menadah taburan butir salji dari langit yang berguguran menimpa kepala.

Ara kaget sekali apabila ada satu susuk tubuh dalam balutan mantel labuh daripada bulu tebal berjalan meranduk salji tebal dan menembusinya begitu sahaja.

Melihat susuk tubuh tersebut,Ara tahu begitu-begitu sahaja bahawa anak remaja di hadapannya yang sedang bersusah payah memikul beberapa batang ranting kecil itu adalah Tetua Myn tetapi dalam versi umur belasan tahun.

Dengan senyap,Ara mengekori sahaja susuk tubuh remaja tersebut yang akhirnya membawa Ara ke dalam sebuah gua kecil di kaki gunung berbatu.Sama seperti tadi,kehadiran Ara juga tidak disedari oleh anak remaja tersebut.

Anak itu menanggalkan mantelnya dan menyelimutkan pakaian tebalnya ke tubuh seseorang yang bila diamat-amati adalah seorang lelaki  separuh usia yang berambut putih seperti dipenuhi uban dengan wajah yang lebam membiru di mana-mana.

Tanpa bersuara apa-apa,anak remaja itu mematahkan ranting kayu yang di bawanya dan pantas menyalakan api hanya dengan menggumamkan mantera aneh yang sangat diyakini Ara mantera sihir dalam Bahasa Nymphoria.

Dari dalam bungkusan yang dijinjingnya pada tangan kiri,anak tersebut menngeluarkan beberapa ketul roti dan hirisan daging salai.Tubuh tua lelaki tersebut dipapah perlahan menghampiri unggun api dan kemudian disuakan dengan potongan roti serta kepingan daging salai.

" Makanlah,pakcik.Saya akan datang
lagi esok .."

Kata-kata anak itu benar-benar membuatkan lelaki  tersebut tunduk hormat dan kedengaran suara esakan kecil pada suaranya.

" Saya tidak layak menerima kebaikan hati Tuan Mynhy.Setelah puak kami cuba menyerang perkampungan Nymph,Tuan Mynhy masih juga menyelamatkan saya dan sanggup meredah salji menghantarkan makanan kepada saya."

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now