PROLOG

105K 3.4K 641
                                    

Lapangan terbang Kuala Lumpur, 8.00 pagi.

“BRO, aku nak pergi toilet sekejap,” ujar Andri sebaik keluar dari balai ketibaan. Si abang yang berjalan di sisinya dipandang sekilas. Mereka baru sahaja tiba di bumi Malaysia setelah menempuh perjalanan udara selama 14 jam 20 minit. Sangat memenatkan. Kematu punggung dibuatnya.

Hmm... Nanti pergi restoran tu.”

Andri memandang ke arah yang ditunjukkan. Dia mengangguk kecil sebelum beredar dari situ. Sambil melangkah, bebola mata melilau mencari anak panah yang menunjuk arah ke tandas. Sudah lama dia tidak datang ke Malaysia, jadi mungkin ada perubahan di lapangan terbang itu.

Buk!

Andri tersentak apabila tubuhnya dilanggar tiba-tiba daripada belakang. Hampir-hampir saja dia hendak tersembam ke depan. Mujur dia dapat seimbangkan tubuh. Berpusing, pandangannya mencerlung tajam ke arah gerangan yang melanggarnya itu. Perempuan. 

“Hoi! Buta ke?” Andri terus menjerkah kasar.

“Maaf encik. Saya nak cepat. Saya tak sengaja langgar. Maaf sangat-sangat.”

Andri mendengus geram mendengar ucapan maaf yang diberikan. “Lain kali mata tu letak jelah kat tapak kaki. Ada kat muka pun tak reti nak guna pandang depan. Main rempuh je. Kalau aku jatuh tadi, macam mana?” bebelnya. Orang ramai yang lalu lalang mula memandang ke arah dia dek kerana suaranya yang garau dan kuat itu. Namun, ada dia kisah? Nak pandang sampai terkeluar biji mata pun dia tak kisah.

“Eh, saya dah minta maafkan? Nak marah sangat kenapa?”

“Ingat laku sangatlah maaf kau tu? Cium tapak kaki aku dululah,” ujar Andri, memberi satu jelingan tajam kepada gadis di hadapannya itu.

“Apa masalah encik ni ya?”

Andri pantas menunjukkan tapak tangan kanannya di hadapan wajah gadis itu. “Talk to my hand!

Sejurus berkata, tubuhnya berpusing dan kaki menyambung langkah menuju ke tandas, meninggalkan gadis itu sendirian. Berbakul-bakul makian dan sumpah seranah dilemparkan kepada gadis itu. Jaket kulit coklat yang tersarung di tubuhnya dirapikan.

ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT)Where stories live. Discover now