Melihat sendiri bagaimana jeritannya yang tidak didengari oleh para anggota pasukan keselamatan yang berada di luar lokap tersebut dan kelakuan tiga penghuni lain yang kelihatan menatap ke arah mereka dengan pandangan kosong tanpa berkedip begitu membuatkan Pembantu Eiyo segera menyedari dia bukan berhadapan dengan susuk tubuh lelaki-lelaki biasa.Lelaki biasa mana mungkin boleh menjelma secara tiba-tiba begitu !

" Kau boleh pilih sama ada mahu menjawab segala pertanyaan kami dengan rela atau dipaksa !"

" Siapa kalian ?"

Pembantu Eiyo perlahan-lahan bertanya dengan pandangan gementar kerana yakin dia sedang berada di penghujung jalan dan sangat mustahil untuknya berpatah semula setelah apa yang berlaku.

" Percaya kata aku,Pembantu Eiyo.." Mata lelaki berambut hitam itu mengecil dan merenungnya tajam sekali " Kau bukan berada dalam situasi yang membolehkan kau bertanyakan soalan kepada kami !"

" Darius " Pantas N mencelah dan serta-merta wajah Pembantu Eiyo
berubah pucat " Kau terima arahan daripada dia kan?"

" Kammiiiii tttakkkk ppunyya ppilihhhannn laaaiinnn.."

Terketar-ketar lelaki itu menjawab dan tidak sanggup rasanya dia mengangkat wajah menentang tikaman sinar mata tajam dua lelaki di hadapannya itu.

" Kami??" N mengetap bibir dengan kening bercantum.

" Ssayyyaaa ddannnnn Eeertthhhaaa."

" Kau terkejut tak Ken?"

N menoleh ke arah sahabatnya itu yang kelihatan sedang memandang Pembantu Eiyo seperti sahaja dia tidak akan teragak-agak menguliti lelaki itu bila-bila masa sahaja.Melihat Ken menggelengkan kepala,N berdecih sinis.

" Sepatutnyaaaa hallll tersebuttt bbberakhir dengan keemmatian ibu Keii."

" Biar saya teka." N mencelah sambil meringis " Kemalangan disengajakan bagi membolehkan Puan Ertha mengambil tempat tersebut sebagai Puan Besar yang baru."

" Malangnya,Tuan Zhenith memilih untuk mengahwini wanita lain daripada bangsa manusia.." Sampuk Ken dan kepala Pembantu Eiyo semakin lama semakin tunduk.

" Ibu Darius !" N pula mencelah dengan nada benci.

" Helah sama dilakukan dengan membunuh pula wanita tersebut ! Kenapa saya tak terkejut langsung?"

Pembantu Eiyo mengigit pipi dalamnya dengan raut wajah semakin membera.Malu apabila merasakan setiap inci fikirannya begitu mudah dapat dibaca seperti sebuah buku yang terbuka.

Malahan dia tidak terperanjat jika suatu hari nanti ada orang mengkhabarkan kepadanya bahawa wujud sekumpulan pemuda yang mempunyai kelebihan iaitu dapat membaca fikiran orang lain dan dua orang daripadanya adalah pemuda-pemuda yang sedang berada di hadapannya ketika itu.

" Kami membuatkan kejadian tersebut berlaku seperti sebuah pembunuhan dan menjadikan Keii sebagai kambing hitam.Jika kami tidak berjaya menghapuskan Keii sekalipun,kami merancang akan menjadikan dia boneka kami di Istana Templar dengan menyuburkan persengketaan di antara Keii dan Darius melalui guru peribadi nya,Tuan Eretheia."

Ken bingkas bangun dengan mata semakin mengecil membuatkan Pembantu Eiyo pantas menjarakkan diri daripada lelaki tersebut yang kelihatan semakin hilang kesabarannya dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pembantu Eiyo.

Jika diikutkan hatinya yang sedang menggelegak ketika itu,tidak mustahil nasib lelaki tersebut akan berakhir dengan tulang yang patah-riuk dan wajah yang pecah !

" Tthappiii suattuu harrriiii Darrriuss dapat tahhhuu tenttannggg kebenarannn tu dan diaaa mulaaa menggggugguuuut khammiii.." Walaupun dalam nada ketakutan,Pembantu Eiyo terus berkata-kata dengan bibir dan jari yang menggeletar.

" Kau rahsiakan sedikit pun daripada kami dan kalau aku dapat tahu kau menipu,kau tak akan sempat melihat matahari terbit esok pagi !!" N mencengkam kolar baju Pembantu Eiyo yang pucat seperti mayat itu.

" Ttuaannn Dariuuss mmmulllaa mengammbillll alih dan mmennggawalll kamiii.."

Mendengarnya Ken dan N berbalas kerlingan.

"Ttuaan Dariusss semmmakkiiinn lama semakinnn anehhh.Kaddang kalaa ddiiaa saaanggattt kejammmm,mennakkutttkknn ddann mannipulaatifff  tttapii adda mmasaa diaaa layyann kamiii dengggan bbbaiikkk.Hhingga saattu hharii Tuuan Darriuss jatuuh sakitt dann kamiii dapattt tahuuu Tuan Ddariuss menggalamii gangguannnn jiwa perrsonaliti bergandda aakibbat trauumaa darri usiaa mudda"

" Kehilangan ibu dan membesar dengan rakan sebaya yang membuli serta dipandang serong dengan jolokan ' Darah Campur '.Kami tak salahkan??"

Pembantu Eiyo mengangguk takut-takut.

" Darius adalah sisi normal yang kejam,menakutkan,manipulatif dan pendendam sementara Hunter adalah altar ego watak ciptaannya sendiri disebabkan rasa bersalah terhadap semua perlanggaran moral yang dilakukannya sebelum ini"

N mendadak angkat suara dengan mata terbelalak dan menatap Ken di sebelahnya sedangkan pemuda Bangsa Athos itu hampir menganga kerana terlalu terperanjat mendengar suara N begitu.

" Hunter adalah Darius??" Ken tertoleh dengan wajah pias " N tahu tetapi merahsiakan daripada kami?"

" Sejak kali pertama Hunter datang ke villa bersama Tuan Ryo.Aku nampak kelibat aneh dalam fikiran Hunter semasa dia menghulurkan tangan.Aku tak dapat menerangkanny dan selain daripada itu aku juga tidak ada bukti yang kukuh !"

" Ccumma sejakk beberapa minggu kebbelakangan ini,entah menggapa ubbbat-ubbattan yang di ammbil Tuan Dariuss sepertinya tiddak lagi berkesan dan saya tahu watak Tuan Darius yang kejam itu tiba-tiba sangat dominan.Tappii saya pernahh terdengar satu nama disebutkan Tuan Dariuss.Ara .."

" Maksud nya selama ini Darius tahu segala rancangan kita? "  N tampak benar hendak memaki tetapi dia menahan rasa hatinya dengan mengepal penumbuk.

" Dan dia berjaya melakonkan watak mangsa yang ditindas malah ingin dihapuskan oleh seseorang yang sebenarnya adalah dirinya sendiri?"

Mata Ken mengernyit dan jelas dia sedang cuba untuk tidak meninju lelaki tersebut walaupun wajah Ken semakin merah padam.Lama sekali dia menatap wajah Pembantu Eiyo dengan mata tidak berkedip tetapi bagaikan disambar kilat dia mencengkam lengan N.

" Aku rasa aku tahu kenapa ubat-ubatan yang diambil Darius tidak lagi
berkesan,N."

" Kerana Ara?"

" Berkemungkinan salah satunya adalah disebabkan Ara tetapi sebab utamanya adalah kerana Darius dijangkiti Virus Hybrid !"

" Bagaimana Ken dapat tahu?"

" Kenapa aku tidak menyedari hal itu lebih awal? Ingat tidak bila Darius jatuh sakit hari itu? Aku tukarkan bajunya dan nampak separuh tubuh Darius seperti terkena penyakit kulit.Kulit pecah-pecah dan kelihatan berkapur serta menggelupas.."

" Ciri fizikal mereka yang dijangkiti Virus Hybrid."

Tokok N dan Ken yang mundar-mandir gelisah semakin meresahkannya.Malahan tiba-tiba sahaja kepalanya terasa berdenyut kerana kenyataan yang sangat mengejutkan begitu.

Namun apabila terdengar suara Eiiden di belakang kepalanya,N membuka kembali matanya lalu memandang Ken yang juga kebetulan menatapnya dan mereka tahu sudah tiba untuk mereka pergi dari situ.

" Tunggu sekejap "

N menahan tangan Ken yang memaut lengannya dan Ken sempat menatap N hairan tetapi senyumannya terbingkai apabila dihadapan matanya sendiri N meninju wajah Pembantu Eiyo  sehingga lelaki itu tumbang ke belakang.

" Itu adalah untuk Ara !!" Tempelak N  tepat di hadapan wajah Pembantu Eiyo " Dan selamat mereput di dalam penjara !!!"

+              +               +

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now