+             +             +

Demi merasakan jerutan tali kasar pada pergelangan kakinya semakin kejap setiap kali dia meronta,Ara tidak lagi mencuba untuk menggerakkan tubuhnya dan dia memejamkan mata cuba mengatur semula nafasnya yang terasa sesak dan pandangannya yang semakin kabur.

Di hadapannya,sepasang kaki mundar-mandir dengan gelisah dan Ara terpaksa meniup baju luar petak-petak yang menutupi wajahnya agar dia dapat bernafas dengan senang tanpa dihalangi baju tersebut.

Jika sahaja kedua-dua tangannya tidak diikat ke sisi tubuh,pasti baju kemeja putih berkolar bulat yang dipakai Ara pasti akan jatuh kearah kepalanya dan menutupi seluruh pandangannya ketika itu.

Dengan seluruh beban beratnya tertumpu ke pergelangan kaki yang diikat begitu,Ara menajamkan seluruh deria yang dia ada untuk menganalisa keadaan sekeliling.Di sebelah kanan di mana dia digantung terbalik pada dahan sebatang pohon tua dipinggir gaung,sayup berbalam-balam batu yang berceracak di bawah sana.

Berjejalan diantara pohon yang tumbuh rapat diantara satu sama lain.Daripada bau bercampur-aduk yang berasal daripada aroma bunga-bunga liar,Ara tahu dia sedang berada jauh dari penempatan manusia.Atau lebih tepatnya-dia sedang berada di pinggir gaung dalam di tengah-tengah hutan entah dimana.

" Apa yang kau lakukan,Darius??"

Satu suara menusuk pendengaran Ara tetapi dia tidak berdaya untuk memusingkan tubuhnya.Selain tarikan graviti yang menarik beratnya ke bawah menyebabkan pergelangan kakinya terasa hendak putus diregang tali kasar begitu,mata Ara sesekali mengerling tali yang melilit pergelangan kakinya yang tidak berkasut itu.

Jika digesel bertalu-talu,lama kelamaan tali tersebut akan semakin menipis dan akhirnya terputus.Natijahnya sudah pasti Ara akan terjatuh ke dalam gaung dan disambut oleh batu tajam di bawah sana yang berceracak seperti gigi buaya sedang menganga.

" Lepaskan Ara,Darius.Apa kena mengena Ara dalam hal ini?"

Suara itu kedengaran bernada gusar dan rendah.Serta-merta Ara mengenalinya.Hunter ! Jadi,selama ini Darius dan Hunter sama-sama menipunya?? Saling berkerjasama bagi....

" Kau diamlah !!" Darius pula balas menjawab tetapi dalam nada bertempik.

" Ara dan saudara-saudaranya yang menyelamatkan kau,Darius !"

" Itu kerana mereka bodoh ! Rancangan aku sudah cukup sempurna sehinggalah mereka masuk campur !"

" Mereka tak bersalah,Darius.Berapa kali aku cuba terangkan pada kau?"

" Memang ."

Suara Darius kedengaran lagi tetapi kali ini diselang-seli dengan kekehan aneh yang menyeramkan pada pendengaran Ara.

" Memang bukan mereka yang menyebabkan kematian Bonda tetapi mereka menghalangi aku daripada membalas dendam !!"

Suara Hunter tidak kedengaran tetapi sebaliknya hanya bunyi nafas Darius yang mendengus berat dengan bunyi gemertak daun-daun kering dipijak menandakan dia sedang bergerak ulang-alik di belakang Ara.

Aneh tetapi Ara merasakan ada sesuatu yang ganjil sedang berlaku.Suara Darius kedengaran berselang-seli dengan suara yang dikenali Ara sebagai suara Hunter tetapi dia tidak dapat mengesan kehadiran dua susuk tubuh yang berlainan.

Deria bau tajam yang diwarisi Ara daripada jalur darah tulen Bangsa Zinxs itu hanya mengesan bau biasa jika Darius ada berhampiran dengannya.Bau khusus Bangsa Athos dengan gabungan bau manusia biasa.

Dia tahu Darius dan Hunter kedua-duanya adalah berasal daripada keturunan darah Bangsa Athos dan manusia tetapi sangat mustahil deria bau Ara tidak dapat mengesan sedikitpun perbezaan diantara dua susuk tubuh yang berlainan itu.

Seperti mana corak tertentu pada ibu jari manusia ataupun paten bintik pada harimau bintang yang tampak serupa sahaja jika dilihat sekali imbas,hal yang sama juga berlaku mengikut deria bau  Bangsa Zinxs sepertinya.

Memang.Walaupun bau setiap orang akan didominasikan oleh bau khusus yang menjadi ciri khas satu-satu bangsa-tetapi dalam kalangan mereka sendiri,tetap terdapat sedikit perbezaan kecil diantara satu sama lain yang menjadi identiti masing-masing.

Maka sangat mustahil jika dua orang yang berbeza memiliki bau yang seratus peratus serupa walaupun mereka adalah adik-beradik kembar.Keupayaan membezakan bau tersebut adalah antara kebolehan Bangsa Zinxs yang sukar dijelaskan.

" Hunter.."

Ara mengeraskan suaranya dan cuba untuk memusingkan tubuhnya menghadap kearah  dimana Darius dan Hunter berada.

" Ara.." Kedengaran lagi suara pemuda itu dan bau khusus gabungan antara Bangsa Athos dengan manusia itu mendekatinya pantas " Ara tak apa-apa?"

" Jangan risau,Hunter"

Ara menjawab sarkastik dan dalam masa yang sama cuba untuk melengah-lengahkan masa kerana bagaikan dipintas satu ilham menakutkan sebentar tadi dia semakin pasti dengan tekaannya.

" Saya cuma digantung terbalik ke dalam sebuah gaung dengan menggunakan seutas tali.Dengan batu-batu di bawah sana juga angin sepoi begini,ia adalah cara paling bagus menikmati pemandangan hutan waktu petang !"

" Darius.." Nada lelaki yang satu itu merendah " Lepaskan Ara.Dia tak bersalah pun.Kalau kau mahu,aku boleh mengaku aku yang melakukan semua ini sementara itu kau boleh pergi dari tempat ini.Bersembunyi di mana-mana !"

" Aku benci bila kau terlalu naif,Hunter !!"

" Darius.Tolonglah..Aku merayu lepaskan Ara.Kita boleh menghadapi hal ini bersama-sama."

" Jangan cuba mengajar aku,bangsat !! Fokus kau mungkin boleh hilang disebabkan Ara tetapi tidak
bagi aku !"

Darius memekik penuh kebencian dan jelas kedengaran dia meludah malah bunyi kersak-kersik daun kering dibawah tapak kakinya semakin kuat menandakan dia bergerak dengan gelisah ke sana-sini.

" Jangan lupa kita adalah sama ,Darius.Aku adalah kau dan kau adalah aku !"

+              +               +

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now