Namun tatkala helaian-helaian perjanjian tersebut selesai ditandatangani,mendadak sahaja telinga Kiyo menangkap bunyi riuh-rendah seperti diluar sana sedang berlaku pertempuran kerana ia bukanlah suara perbualan biasa ataupun muzik yang dimainkan melainkan bunyi tembakan dan dentingan besi yang berlaga.

Dek kerana sejak tadi dia sudah merasakan sangat tidak nyaman,Keii berlari kearah tingkap tetapi dia tidak dapat menghampiri tingkap tersebut sebaliknya terpaksa menghumbankan diri ke lantai bagi mengelakkan dirinya daripada terkena serpihan kaca tingkap yang bertaburan disertai dengan tujahan sepasang kaki berbut hitam daripada tubuh berpakaian serba hitam yang tergantung menuruni tali dari tingkat atas Istana Templar.

Dalam keadaan cuba melindungi wajahnya daripada disinggahi kaca,Kiyo merangkak melalui celah kaki kerusi menuju ke arah Tuan Zhenith yang masih kaku di atas kerusi rodanya dan dalam masa yang sama suasana didalam bilik tersebut mendadak kucar-kacir dan hampir benar kepala Kiyo dipijak oleh seseorang dalam usahanya untuk mendekati ketua Keluarga Artemis tersebut.

Melihat di atas meja berderet kaki berbut hitam yang mengacu senapang ke arah setiap tetamu didalam bilik tersebut,Kiyo serta-merta menyedari sesuatu.

Istana Templar sedang diserang secara tiba-tiba !

Dengan jari-jemari yang menggeletar,Kiyo bingkas bangun sambil meletakkan tangannya ke paras telinga sebagai petanda bahawa dia tidak mempunyai sebarang senjata untuk bertindak balas terhadap penyerang-penyerang tersebut tetapi gestur tersebut tidak juga membuatkan salah seorang daripada lelaki berpakaian serba hitam dengan secarik kain merah yang diikat ke dahi itu untuk tidak mengacu muncung pistol ke dahi Kiyo.

Dengan hati yang nekad,tangannya merentangi tubuh lemah Tuan Zhenith dan membentengi tubuh lelaki itu dengan tubuhnya sendiri.

Berpakaian serba hitam dengan kain merah berikat di dahi.Pasti.

Kumpulan Panji Hitam !

Melalui tingkap yang sudah tidak berkaca lagi,jelas Kiyo melihat di halaman sana kelihatan puluhan malah barangkali ratusan lelaki berpakaian hitam dengan secarik kain merah pada dahi masing-masing sedang bertempur dengan para pengawal Istana Templar.

Bunyi tembakan,dentingan besi berlaga dan jerit-pekik kedengaran di mana-mana tetapi tidak ada apa yang lebih mengejutkan daripada melihat satu persatu setiap susuk tubuh yang berada didalam bilik tersebut tumbang dengan wajah pucat lesi.

Batuk mereka kedengaran keras sekali dan air liur yang meleleh dari sudut bibir masing-masing mulai bercampur darah yang hitam dan pekat.

Perut Kiyo tiba-tiba diaduk rasa mual yang bukan kepalang dan pandangannya berpinar kerana terlalu ngeri apabila satu demi satu serpihan kejadian aneh yang berlaku kepada Kumpulan Templar mulai bercantum dan akhirnya menjelma dalam bentuk susuk tubuh Pembantu Eiyo yang mendadak tertawa berderai-derai ditengah batuk berdarah dan tubuh kejang setiap daripada mereka yang menghadiri perjumpaan tersebut di dalam bilik itu.

Terasa darah Kiyo menderu ke kepala dan jantungnya seakan-akan hendak runtuh demi menyaksikan sendiri bagaimana susuk tubuh lelaki paling lama berkhidmat dengan Tuan Zhenith itu melompat naik ke atas meja dan menyisihkan pinggan serta cawan berisi minuman panas yang dihidangkan para pembantu itu dengan kakinya.

Berjalan mendada sambil mendepa tangan dan sesekali menolak kepala yang tersembam ke muka meja itu dengan menggunakan hujung kasutnya.Biadap dan kurang ajar sekali !

" Tahniah,Tuan ..."

Suara Tuan Zane tiba-tiba kedengaran dicelah lenguhan sakarat setiap ketua keluarga besar Bangsa Athos yang terkapar diatas lantai dengan mulut melelehkan darah itu.Sendi-sendi Kiyo kaku dan setiap kali dia menggerakkan tubuhnya,muncung sejuk pistol tersebut ditekan semakin kuat ke dahinya.

Dalam kalangan mereka yang berada didalam bilik tersebut,hanya Kiyo dan Tuan Zane yang kelihatan tidak terjejas pasti kerana mereka tidak menjamah cicipan yang dihidangkan para pembantu.

" Kau percaya tidak hari ini akan tiba juga, Zane?" Pembantu Eiyo mendepa tangannya dengan bangga " Hari di mana kita berjaya menguasai seluruh Kumpulan Templar??"

Pembantu Eiyo mencangkung tepat di hadapan wajah Tuan Kreyo yang semakin lama semakin pucat itu. Dan tanpa sedikit pun rasa bersalah,tubuh longlai Tuan Kreyo di tolak menggunakan kaki dan lelaki itu terperosok ke atas lantai.Terketar-ketar dengan tubuh tegang bagaikan disengat aliran elektrik ratusan voltan.

" Ttuannn...apphhaaaa semmuuaaa nniii?"

" Diam !!"

Suara Pembantu Eiyo menggelegar dan Kiyo terlonjak apabila sebiji cawan bertangkai dilempar ke arahnya dan sangat sipi mengenai wajah Kiyo.Lelaki itu dilihat Kiyo meludah dengan lagak angkuh sambil tertawa sinis dan penuh kebencian.

" Sekarang kalian tahu bukan bagaimana rasanya merayu untuk menyelamatkan nyawa sendiri?"

Pembantu Eiyo benar-benar bertukar 180 darjah daripada lelaki yang amanah dan setia kepada Tuan Zhenith kepada pengkhianat yang paling tidak pernah terfikirkan oleh sesiapa hatta oleh Kiyo sendiri pun.

" Dan ini.." Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari kocek baju yang dipakainya berupa satu botol kaca yang mengandungi cecair berwarna hijau " Ini adalah penawar kepada racun yang sedang membunuh kalian dengan perlahan itu."

" Peeennnnggkhianatttt !!!"

Tuan Hefaistos cuba bangkit menjangkaukan tangannya ke arah Pembantu Eiyo tetapi lelaki itu jauh lebih pantas.Tubuh terhuyung-hayang ketua Keluarga Nephlin itu ditendang sekuat hati sehingga belakangnya membentur jenang tingkap.

" Jaddhhiiiiii...." kata-kata Tuan Hefaistos terhenti apabila dia memuntahkan gumpalan darah yang segar ke atas lantai.

" Betul.." Seringai Pembantu Eiyo melebar lalu meludah lagi " Tuan aku yang mengarahkan agar anak dan isteri kalian diculik dan aku percaya Tuan aku juga tidak akan keberatan untuk mengarahkan mereka dibunuh jika kalian berani macam-macam !"

Namun entah dari mana, sebilah anak panah meluncur laju berdesing hampir mengenai cuping telinga Pembantu Eiyo dan tertancap mengenai pasu tembikar di belakangnya membuatkan dia spontan menggolekkan diri berlindung di sebalik kerusi.

Dalam masa yang sama beberapa susuk tubuh menyerbu masuk melalui tingkap yang terbuka sehinggakan lelaki-lelaki pengikut kumpulan Panji Hitam itu tergamam apabila setiap bilah senjata api yang berada didalam genggaman mereka terlucut lalu terapung tinggi di atas siling.

Dan hanya berberapa ketika,susuk tubuh mereka sudah terbaring tidak sedarkan diri apabila susuk tubuh yang menyerbu melalui tingkap itu menyerang secara serentak.

Dan bunyi berdetus seperti cemeti dihayun ke lantai tiba-tiba sahaja kedengaran sangat hampir disertai satu tumbukan padu ke muka nya membuatkan Pembantu Eiyo terduduk memekup hidungnya yang terasa retak.

Satu wajah berkaca mata menyeringai tepat dihadapan wajahnya dan sepantas kerdipan mata,botol berisi cecair kehijauan itu sudah berada didalam genggamannya.

"Checkmate !!"

Suara itu kedengaran sangat tidak asing lagi dan satu wajah yang sangat dikenalinya sedang menatapnya dengan nanar.

" Ttuannn Muddaaa Keeiiiiii?"

+ + +

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now