"Giliran Tuan kutip ikan bilis ini.."

" Eiid.." Mark pula bersuara menghubungi Eiiden yang juga berada di dalam talian " Keluarga Greyback selamat."

+ + +

Sementara itu, N berdiri berpeluk tubuh memerhatikan lima orang lelaki yang menculik anak juga isteri salah seorang daripada lapan keluarga besar Bangsa Athos tersebut saling mengikat tali pada kaki dan tangan masing-masing dan berbondong-bondong menghampiri N seperti hamba abdi yang rela diheret menuju ke ladang garam.

" Duduk !!"

Dengan tatapan kosong,lima lelaki tersebut duduk tanpa sebarang bantahan dan hanya mengikuti setiap arah dan langkahan N di hadapan mereka.

N tunduk seketika sebelum meraih ke dalam kocek salah seorang daripada lelaki penculik tersebut dan mengambil segugus kunci lalu menghampiri pintu.Sebaik sahaja daun pintu dibuka,seorang wanita yang sedikit berusia menerpa.

" Puan Besar Keluarga Styx?"

N bertanya dan memapah lengan wanita itu perlahan bagi membolehkan dia berdiri.

Wanita itu mengangguk ketakutan dengan bibir yang menggeletar.

" Puan Besar Keluarga Styx tak
apa-apa, Eiid."

N menekan alat perhubungan pada telinga kanannya dan suara Eiiden pada hujung talian sana kedengaran.

" Hantarkan koordinat dan tunggu sehingga Ryu datang."

+ + +

" Kan nenek sudah beritahu.Nenek tak perlukan pengawal peribadi ! Kenapalah Naizei masih juga tidak faham?"

Ken menepuk tangan Rein yang terjulur ke tengah meja untuk mencapai biskut yang dihidangkan wanita tersebut membuatkan muncung Rein terjuih tidak berkenan dengan kelakuan Ken yang menahannya daripada terus menikmati rasa biskut kurma buatan wanita itu.

" Tak,nek.." Ken mengukir senyuman nya sambil menolak bingkai kaca mata lebih rapat ke hidung " Kami bukan pengawal peribadi yang dihantar Tuan Naizei "

" Bukan?" Wanita beruban tersebut menyeluruhi wajah Ken lalu menoleh ke arah Rein.

" Kami dapat tahu yang biskut buatan nenek sedap .."

Rein menyampuk dengan pantas lantas mengisyaratkan kepada Ken untuk mengikut sahaja rentaknya kali itu.Perhatian wanita berusia perlu dialihkan agar dia tidak menyedari halaman hadapan rumah tersebut sudah berantakan dengan pasu-pasu bunga yang pecah berserakan dan empat orang lelaki berpakaian kemas yang dikatakan datang untuk menjaga keselamatannya itu sudah diikat pada satu sudut dengan mulut mereka bersumbat kain dan terlentok dengan wajah birat membiru akibat penangan Ken dan Rein.

Mungkin pada tanggapan wanita yang merupakan ibu mertua kepada Tuan Naizei kedatangan empat orang lelaki berpakaian kemas lengkap dengan senjata itu adalah diatas arahan anak menantunya tetapi sebenarnya lelaki-lelaki itu dihantar untuk mengugut ketua Keluarga Legion tersebut agar menyetujui perlantikan seseorang bagi menggantikan Tuan Zhenith yang sedang sakit itu.Malahan wanita baik hati itu sempat menghidangkan teh dan biskut kepada lelaki-lelaki tersebut tanpa mengetahui hal yang sebenar.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now