Aiiden berdehem sambil mengerling abang kembarnya yang menghantar isyarat agar mereka menerangkan hal sebenar kepada Darius yang masih terpinga-pinga tidak faham.

" Maaf kalau Darius fikirkan hal yang berbeza tapi kami merasakan ada plot yang sedang dirancang untuk menjatuhkan Tuan Zhenith melalui kemalangan Keii dan penangkapan Darius."

Darius tergamam mendengar suara Aiiden yang garau dan berat itu menerjah pendengarannya satu demi satu.

" Siapa?"

" Kami sedang berusaha untuk menjejaki mereka yang bertanggungjawab dan kami semakin yakin mereka mempunyai rangkaian yang bukan calang-calang."
Tiba pula giliran pemuda bernama Mark menyampuk dan pantas Darius menoleh ke arahnya.

" Mark." Celah Eiiden mengangkat keningnya ke arah Mark yang tersenyum tampan "Penyusup siber kami."

" Penggodam !" Sampuk Ara dari hujung meja dan kedengaran Mark tertawa kecil.

" Maaf sekali lagi dari kami atas tindakan kami untuk mencari tahu tentang Bangsa Athos dan akhirnya membawa kami kepada Kumpulan Templar dan seterusnya Istana Templar.Tujuan kami hanya satu.Menghentikan penyebaran Virus Hybrid yang sedang merebak dengan pantas sekarang ini.."

" Dan mengurangkan sebarang risiko yang boleh mencetuskan peperangan antara manusia dengan Bangsa Athos ketika kejadian semakin memburuk !" Ara pula menyampuk " Yang kami percaya tak akan mendatangkan sebarang kebaikan pun kepada kedua-dua pihak.."

" Usaha kami membawa kepada teori gila Ara tentang musuh dalam selimut yang berada dalam Istana Templar .." Pemuda berambut merah kehitaman itu pula mencelah " Dan setelah menimbangkan segala kemungkinan,kami menyasarkan Tuan Zhenith untuk diekori memandangkan dia adalah ketua kepada Istana Templar.."

" Mengekori Tuan Zhenith senyap-senyap dan apabila Tuan Zhenith melawat Darius didalam lokap tiga hari lepas,kami tahu yang Darius akan dipindahkan .Bagaimana kami mengetahuinya adalah melalui penggodaman kamera pengawasan keselamatan oleh Mark dan kami yakin kejadian yang menimpa Keii tidak akan berakhir begitu sahaja." Tokok Eiiden membuatkan Darius seakan-akan mahu terperosok ke muka sofa.

"Rancangan diatur dan akhirnya disinilah Darius berada.Masih seketul !"

" Tapi bagaimana kalian melakukannya?"

" Bukan sukar untuk menyusup masuk ke dalam ibu pejabat Biro Keselamatan Persekutuan dan 'meminjam'pakaian seragam anggota pasukan keselamatan."

Lelaki berambut cokelat karamel itu pula mengangkat suara dan sekali lagi membuatkan Darius terkebil-kebil dungu.

" Untuk itu,kami memerlukan dua buah treller dan sebuah kenderaan terpakai."

" Terima kasih kepada N,pakar balistik kami kerana berjaya menemui bahan letupan berupa bom jangka yang dipasangkan didalam enjin kenderaan pengangkut kepunyaan Biro Keselamatan Persekutuan yang akan digunakan untuk membawa Darius ke Lokap Pusat.."

Ujar Mark pula dan lelaki berambut hitam perang  yang ditunding itu mengangkat tangannya separas telinga dan kembali mengunyah kerepek kentang yang dirampas nya daripada Ara tepat di hadapan mata Darius dan ia berjaya membuatkan Darius menyengetkan kepalanya kehairanan.Lelaki sama yang mengapungkan van ke tengah tasik puluhan minit yang lepas.

" Bagi membuatkan siapa sahaja yang merancang kemalangan tersebut percaya bahawa jenayah mereka sudah sempurna, N memindahkan bom jangka tersebut ke dalam kenderaan terpakai yang berada didalam sebuah treller yang satu lagi dan mengubah tetapan masa bom tersebut mengikut masa kami.."

" Dan dalam perjalanan.." Suara Ara kedengaran lagi " Van yang membawa Darius perlu ditukarkan dengan kereta lain dimana bom jangka tersebut dipasangkan dan untuk mengalihkan tumpuan para pengiring di bahagian belakang-pelakon tambahan diperlukan iaitu.."

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now