" Ayah janji akan keluarkan Darius.."

" Ayah tak perlu berjanji.Saya tahu ayah pasti akan buat begitu. " Darius menatap wajah gusar sang ayah lalu tersenyum sekilas ." Boleh ayah berikan telefon kepada Kiyo?"

Tuan Zhenith menghulurkan gagang kepada Kiyo yang setia menemani nya itu dan pemuda tersebut menundukkan kepalanya hormat sebelum menyambut gagang telefon.

" Kiyo.."

" Saya,Tuan Muda.."

"Jaga ayah .Perhatikan sesiapa sahaja yang keluar masuk ke Istana Templar dan sebarang kejadian ganjil yang berlaku.Aku rasa tak sedap hati dengan hal ini.."

" Pasti,Tuan.."Kiyo balas menatap terus wajah Darius yang tampak kusam dan masih pucat " Tuan baik-baik sahaja kan?"

" Macam yang Kiyo nampak.Masih seketul"

" Tuan fikir lawak??" Suara Kiyo kedengaran gusar di hujung talian sana.

Wajah Darius yang tersenyum dan cuba untuk mempamerkan riak tenang itu ditatap lama oleh Tuan Zhenith dan juga Kiyo.

Dan apabila dua anggota yang bertugas datang sekali lagi,Darius tahu masa melawat sudah tamat dan dia mengisyaratkan kepada Kiyo  untuk kembali menyerahkan gagang telefon kepada ayahnya.

" Jaga kesihatan ayah dan tak perlu risau sangat pasal saya.Dan saya dapat tahu mereka akan pindahkan saya ke Lokap Pusat di Sektor 1 dua hari lagi.."

Begitu kata Darius sebelum dia meletakkan semula gagang telefon ke tempat asalnya dan kemudian menghulur kedua-dua tanganya untuk digari semula dan sebelum dia diiring keluar,Darius tunduk  hormat hampir 90 darjah kearah ayahnya yang sudah berdiri dengan wajah redup.

Senyuman terakhir yang diukirnya jelas membawa maksud ' Jangan risau.Saya tak apa-apa dan keadaan akan baik-baik saja' membuatkan hati sang ayah semakin berasa renyuk.

" Macam mana?"

Tuan Zhenith bertanya sebaik sahaja punggung nya kembali menyentuh muka tempat duduk penumpang kenderaan berwarna hitam tersebut.

" Mereka akan pindahkan Tuan Muda ke Lokap Pusat Sektor 1 .."

" Saksi ?"

"Seperti yang kita ketahui.Dia tegas mengatakan bahawa memang Tuan Muda Darius yang bertanggungjawab
dalam kejadian tersebut."

Tuan Zhenith terhenyak ke muka kerusi dan sambil menyandarkan kepalanya,dia mengurut pelipis yang mendadak berdenyut.Keluarga Artemis masih sangat berdukacita dan masih berkabung diatas kehilangan Keii dan kini masalah seakan datang serentak bertubi-tubi.

Di dalam hatinya dia tahu.Kejadian malang yang menimpa Keii serta Darius akan menyebabkan berlakunya gelombang besar perubahan drastik Kumpulan Templar.Pihak-pihak yang sudah lama menunggu masa untuk menyingkirkannya pasti akan mengambil kesempatan menekan Keluarga Artemis habis-habisan.

Belum pun kejadian tersebut diputuskan oleh mahkamah sementara Darius  masih direman sementara menunggu prosiding mahkamah,sudah berlegar rumor bahawa Darius memang berniat membunuh Keii disebabkan rasa dendam dan bencinya kerana sering dipinggirkan dan dipandang rendah.

Malah ada lagi desas-desus aneh yang mengatakan bahawa Keii adalah penyebab kepada tersebarnya Virus Hybrid yang bukan hal baru dalam kalangan Bangsa Athos.

Dan akhirnya,gosip liar  begitu akan jatuh ke bahu Tuan Zhenith juga kerana dianggap gagal dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya sebagai ketua Kumpulan Templar  dan juga sebagai seorang ayah yang baik !

Bukan itu yang membuatkan Tuan Zhenith gusar .Dia tidak perduli akan status dan kerakusan musuh-musuh politiknya ketika itu.Apa yang lebih penting adalah membebaskan Darius daripada tuduhan berat tersebut yang jika berjaya disabitkan kesalahan akan mengakibatkan hukuman penjara seumur hidup.

Dia seratus peratus yakin Darius tidak bersalah dalam hal itu tetapi plot rancangan memerangkap Darius itu disusun terlalu rapi dan setakat ini pasukan guaman Keluarga Artemis pun mengakui kes tersebut agak sukar untuk dimenangi.

Satu-satunya harapan yang mereka ada ialah saksi tunggal kejadian aneh tersebut itupun nampak sangat seakan-akan saksi itu tidak menyebelahi Darius.

" Jangan risau,Tuan.Kami akan melakukan sebaik mungkin untuk menimbulkan keraguan pihak mahkamah.."

+              +              +

Berita yang baru dibisikkan oleh pembantu kanannya itu membuatkan matanya mencerun tajam kearah deretan batu-batu leper hitam putih di atas meja tersebut.Satu idea lain tiba-tiba sahaja timbul bagaikan dicurahkan dari atas langit tepat ke tengah ubun-ubunnya sehingga spontan bibirnya tersenyum.

" Seth.."

" Saya ,Tuan.."

" Tak anehkan untuk melihat bunga api pada waktu siang?"

Lelaki bernama Seth itu mengerutkan keningnya seketika dan berfikir dengan keras tetapi ada sesuatu yang memercik bagaikan anak api di dalam fikirannya.Wajah lelaki di hadapannya itu dipandang seketika sebelum dia turut tersenyum.

" Tak salah pun,Tuan.Anggap sahaja sebagai bunga api bagi merayakan kejayaan Tuan menumbangkan Tuan Zhenith."

" Pastikan bunga api tu betul-betul nampak meriah."

" Pasti, Tuan.."

+               +              +

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now