"Safira ni tunang aku." Harraz tersenyum dan dia juga memandang perempuan di dalam gambar itu. Adra diam, mendengar bait kata Harraz yang kelihatan tidak siuman.

"Tapi, dah mati." Harraz tiba-tiba sedih pula.

"Kau tahu kenapa dia mati?" Harraz memandang Adra pula. Adra menggeleng perlahan. Takut dia melihatkan Harraz.

"Dia bunuh diri." Harraz menjawab perlahan. Jawapan itu jelas menyentak Adra.

"Bunuh diri?" Adra bertanya perlahan. Takut nak tanya, tapi dia nak tahu.

Harraz ketawa.

"Oranglah cakap dia bunuh diri." Harraz melepaskan gambar itu dari tangannya.

"Aku pun anggap dia bunuh diri juga." Harraz mendekati Adra kembali.

"Aku nak lupakan hakikat yang aku yang bunuh dia. Hahahahaha!" Harraz ketawa macam orang gila.

Adra yang mendengar kata-kata Harraz, makin terkejut. Gila! Bunuh tunang sendiri!

"Kenapa... Kau... Bu... Bunuh... Tunang... Kau... Raz...?" Adra tanya dengan gagap. Cuak. Sangat cuak.

"Tahu tak sebab apa? Sebab aku dah menyampah dengan dia, asyik gilakan Hasif yang dah tinggalkan dia tu." Kata-kata Harraz mengerutkan lagi dahi Adra. Hasif?

"Kau tak tahu semua ni?" Harraz bertanya Adra. Adra menggeleng lagi.

"Tulah. Kau bodoh. Benda macam ni pun tak tahu. Aku dah pesan, kau tak nak dengar." Harraz mencekak pipi Adra kuat. Dan melepaskannya kembali.

"Aku sakit hati. Aku buat segalanya untuk Safira. Tapi dia nak tinggalkan aku. Hampir setahun dah bertunang, dia sanggup nak tinggalkan aku. Kau tahu tak, Adra?"

"Dia kata aku gila, Ra. Dia tak tahu aku gila sebab dia." Masih teringat dalam ingatannya saat Safira kantoi menghantar bungkusan kepada Hasif, dia meminta untuk berjumpa Safira. Pada awalnya dia bertanya dengan baik-baik. Tapi akhirnya, dia memukul Safira. Kepala Safira ditampar kuat. Dan dia mencekik Safira. Sejak hari itu, makin kerap dia memukul Safira.

Tapi dia sengaja fikir bukan dia yang lakukan. Tapi Hasif yang buat macam tu dekat Fira.

"Awak..." Adra mula bermain minda. Sah mamat depannya ini psiko yang sangat tak waras.

Harraz mengangkat muka memandang Adra. Keningnya berkerut.

"Awak ada jumpa doktor tak?" Adra bertanya takut-takut.

Harraz memandang Adra tajam.

"Kau pun nak kata aku gila ke?" Harraz bertanya kasar.

"Bu.. Bukan macam...tu... Saya..." Adra sudah gagap kembali. Kemudian rambutnya ditarik kuat. Menitis lagi air mata Adra.

"Aku tak gila. Kalau aku gila, takkan aku masuk satu universiti dengan kau?!" Harraz menarik rambut Adra lebih kuat. Dan pisau ditusuk sedikit ke dalam perut Adra. Terjerit Adra dibuatnya.

"Hahahaha. Cakap pasal universiti. Kelakar pula. Kau tahu sebab apa aku dah takda kat universiti tu?" Harraz bertanya lagi. Macam tiada apa-apa yang dia lakukan kepada Adra.

"Sebab Hasif tak guna tu buat aku ditendang keluar dari universiti." Harraz menyambung lagi.

Kemudian sekeping lagi gambar diambil dari meja tersebut, kelihatan sepasukan lelaki yang segak berpakaian uniform. Seperti tentera saja gayanya. Tapi... Pelik saja? Adra yang semakin khayal, melihat gambar tersebut.

"Ini pasukan elit peribadi, kau takkan pernah tahu benda ni kalau aku tak bagitahu. Tertutup." Harraz duduk di katil pula, memandang gambar itu.

"Kat sinilah, aku bertemu kembali dengan Hasif." Harraz bermain-main dengan gambar tadi.

Makin lain muka Adra. Hasif? Hasif masuk pasukan elit? Bila?

"Hasif tak pernah cerita kat kau ke?" Harraz bertanya.

Adra hanya mampu menggeleng. Dan Adra menunduk. Air mata merembes lebih laju.

"Banyak betul benda dia berahsia dengan kau. Kesian kau. Semua kau tak tahu. Kalau aku tak bagitahu, sampai matilah kau hidup percayakan lelaki tak guna tu." Harraz ketawa kecil.

"Kat sini juga, aku dibuang. Hanya kerana seorang Syed Hasif." Harraz melepaskan juga gambar itu ke lantai.

"Kau tahu kenapa aku benci sangat dengan Hasif?"

Adra diam. Sudah terjawab semuanya.

"Hidup aku hancur, sebab dia. Orang yang aku cinta, mati, sebab dia. Karier aku juga hancur, sebab dia. Kau tahu ke? Tak tahu kan?"

"Apa je yang kau tahu, Adra? Kau percaya sangat dekat mamat tu. Sayang betul kau kat dia. Tak curang langsung. Bodoh." Harraz menolak kepala Adra kasar. Adra kini hanya menangis dan menundukkan kepala. Berat nak hadam semua ini. Terlalu berat.

Harraz yang kembali tersedar, mengambil pisau dan mula menoreh lengan Adra. Terjerit lagi Adra dibuatnya.

"Aku sayang kau. Sebab tu aku nak kau jauhkan diri daripada Hasif. Sebab aku akan benci segalanya milik Hasif. Tapi kau degil. Kau tanggunglah sekarang." Tangannya masih ligat menoreh Adra. Adra hanya mampu menjerit dan menangis. Pedih.

Ikatan Adra di kerusi dibuka, lalu dia membawa Adra ke balkoni. Dipeluk Adra sambil kepalanya dibenamkan di bahu Adra. Adra hanya mampu menangis.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now