BAB 2

13.8K 422 1
                                    


Seminggu berlalu orientasi, not bad. Takdelah bosan sangat. Yang penting universiti ni takdelah teruk sangat pasal membuli apa semua tu.


Harini aku dah start masuk kelas. First class tadi, physics.


Semua berjalan seperti biasa, dan aku sekarang mengatur langkah ke kelas seterusnya iaitu kelas BI.


Aku banyak berkepit dengan Iqram, sebab kitorang satu rumah, satu bilik dan satu kelas. Cuma bezanya dia engineering kos lain. Untuk subjek basic macam ni, semua kelas aku sama dengan dia.


Aku menolak pintu kelas untuk masuk. Dah ramai sebab aku dah lambat 10 minit. Saat mata sibuk mencari tempat duduk kosong, aku terlihatkan seorang budak perempuan dan sebelah dia ada dua seat kosong. Terus kaki diatur ke situ.


Tanpa berkata apa-apa, aku terus duduk di sebelahnya dan Iqram mengambil tempat di sebelah aku.


Aku terus keluarkan buku dan mula mencatit apa yang lecturer bebelkan di depan. Tapi mata aku teringin juga nak tahu siapa di sebelah ni. Satu benda yang aku perasan... dia tak ada kawan? Atau... oh. Patutlah. Kelas ni dia seorang je perempuan. Kesiannya!


Aku langsung tak nampak muka dia. Sebab dia banyak menoleh ke arah sana, langsung tak toleh ke kiri. Kotlah nak tengok muka aku ke apa.


"Attendance." Satu perkataan keluar dari mulut si dia. Dan itu kali pertama aku lihat dia tolehkan kepala ke arah aku setelah sejam dalam kelas ni. Hati aku mula dupdap.


Cantik...


Dalam aku duk perhatikan raut muka dia, dia terus menoleh kembali ke arah sana. Eh belagaknya! Aku handsome macam ni kau tak nampak ke?


Aku cuba lihat nama di senarai attendance itu memandangkan dia seorang je perempuan. Dan yes! Jumpa!


Dhiya Adra.


Cantiknya nama secantik tuannya.


Aku dah mula senyum sendiri sambil membelek kertas kehadiran tadi dan aku terasa disiku seseorang.


"Weh bak ah. Senyum-senyum pula tahulah dah jumpa nama awek tu." Iqram menyigung lengan aku.


Aku senyum teruk sangat ke? Sampai member boleh perasan. Ah lantaklah! Aku tak segan pun.


Aku paskan kertas itu ke Iqram dan aku terus menongkatkan tangan kiri di muka dan kepalaku banyak tertoleh ke kanan. Berangan.


Ha'ah, aku dah jatuh cinta ni.


Masa berlalu begitu cepat, sampai aku tak perasan dah dua jam kelas berlalu. Aku masih dalam mood khayal aku. Dan tiba-tiba Adra tunduk ingin mengambil sesuatu dan aku asyik sangat perhatikan dia sampai aku lupa sepatutnya aku kena ada perasaan segan sedikit.


Aku lihat dia pandang aku lama dengan muka yang agak sombong. Dan dia jeling aku. Aku syak perempuan ni memang tak reti senyum langsung. Masam je manjang. Muka garang macam tu pun cantik, apatah lagi dah senyum nanti kan. Hehehe.


Adra nampaknya malas nak layan aku, terus bangun dan beredar dari situ.


Dan aku tersedar dari lamunan.


Iqram yang tengok aksi tu dari tadi terus tergelak.


"Mende la kau ni. Kalau suka bagitahu jelah. Malu jelah duk pandang macam tu hahahah. Aku nampak muka dia menyampah betul tu kat kau." Iqram masih ketawa.


"Kau tunggulah nanti aku tegur. Kau tunggu kejap je." Hasif dah tersenyum senget.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now