BAB 44

4.3K 129 2
                                    


Hasif sedang menunggu Adra di kafe tempat Adra belajar. Sengaja ingin surprisekan Adra. Memang dia suka buat kejutan, sebab Adra sentiasa teruja dengan perlakuannya ini.

Sambil menunggu, Hasif memesan makanan dan makan di meja berdekatan. Terdengar perbualan meja sebelah.

"Aku rasa aku nak Adra tu." Seorang lelaki berkata sambil tergelak sinis.

"Dia dah ada boyfriend kan? Memang tak lah nak layan kau." Seorang lagi menyampuk.

Hasif mengangkat kening. Tepat waktu pula ya aku duduk disini. Dia teruskan diam, ingin mendengar bait kata sekumpulan lelaki meja sebelah. Sempat dibuka phonenya untuk merekod kata-kata mereka.

"Aku tahu. Tapi takde hal kot nak pinjam sekejap. Boyfriend dia takkan tahu." Lelaki itu tergelak jahat.

"Kau nak buat macam mana?"

"Malam ni dia ada taklimat kelab kan? Balik tu selalunya dia dengan kawan baik dia tu kan."

"Girlfriend aku."

"Cun. Kau ajak girlfriend kau keluar malam ni. Biar Adra sorang-sorang. Aku ada plan untuk dia." Lelaki itu tergelak jahat.

Hasif masih sabar, menunggu kata-kata seterusnya. Walaupun dalam hati sudah terbakar. Memang tepat pada waktu betul aku dengar semua. Memang cari nahas.

"Aku nak Adra malam ni je. Nanti aku buanglah. Baliklah kat boyfriend kesayangan dia tu. Nak rasa je." Lelaki itu menyambung.

Elok saja kedengaran ayat itu keluar dari mulut Harraz, Hasif bangun lalu menumbuk Harraz dari arah tepi. Kolar baju Harraz digenggam seeratnya, dan dia menarik Harraz rapat.

"Kau ulang sekali lagi kau cakap apa tadi!?" Mata Hasif sudah merah menyala menahan amarah.

Harraz ketawa.

"Baguslah kau dengar. Ke kau nak join?" Harraz lagi api-apikan Hasif.

Muka Harraz ditumbuk lagi. Berkali-kali sehingga Harraz jatuh ke tanah. Kawan-kawan Harraz hanya terdiam melihat, baru tahu inilah boyfriend Adra.

Salah Harraz. Dorang akui itu. Dan dorang sedikitpun tidak menolong Harraz untuk melawan Hasif.

"Kau dengar sini baik-baik, Harraz. Sekali lagi kau kacau Adra, kau berdepan dengan aku!" Hasif melepaskan penumbuknya yang terakhir. Harraz hanya ketawa saja walaupun mukanya sudah berdarah habis.

Hasif bangun, membetulkan bajunya dan berlalu pergi. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan.

Kakinya laju melangkah ke pejabat dekan. Ingin melaporkan tentang Harraz, dia juga sudah punya bukti. Lantaklah apa nak jadi. Kalau tak, memang dia minta Adra untuk tukar universiti. Tak guna betul!

--------------------------------------------------

Hasif terjaga dari mimpinya. Peluh membasahi dahinya. Jam di meja sisi dilihat, pukul 3 pagi. Macam manalah dia boleh termimpikan peristiwa seakan-akan dulu.

IPhonenya dicapai dan dia melihat gambar Adra. Rindu.

Sudah lama tidak berhubung dengan Adra, sejak dari hari tu. Tadi pun hantar mama Adra je, tak sempat pun nak tengok muka Adra. Hm.

Kemudian satu teks mesej dihantar untuk Adra.

'Sleep tight, bidadari saya. Mimpi indah ya. Saya cintakan awak sangat-sangat, sayang. Can't wait to have you in my arms. InsyaAllah. Pray for our best, sayang. Saya nak miliki awak sepenuhnya. Izinkan saya.' -Hasif

Kemudian Hasif menutup iPhonenya dan kembali memejamkan mata.

-----------------------------------------------------

Adra yang tidak boleh tidur terganggu dengan bunyi telefon bimbitnya. Lantas dia mencapai telefon bimbit tersebut.

Adra terdiam membaca mesej yang baru dia dapat dari Hasif.

Rindu.

Nak balas tak?

Tak yahlah...

Tapi rindu.

Polaroid yang digantung di dinding dipandang dengan senyuman. Tak apalah. Tak payah reply. Nanti nak kahwin juga!

Adra tersengih. Terlupa dia pada psiko gila itu.

"Awak, kenapa awak boleh sukakan seseorang?" Adra tiba-tiba dapat idea untuk bertanyakan Hasif tentang itu.

"Saya boleh suka seseorang tu sebab perwatakan dan rupa dia." Hasif menjawab sambil tersenyum.

"Tapi kalau nak approach someone mula-mula tu, mestilah tengok rupa dulu kan? Watak saya menarik ke?" Adra tersengih tiba-tiba.

"Menarik sangat sebab tu saya jatuh cinta dengan awak, sayang. Sayang tahu tak, sayang perempuan pertama yang saya pandang sejak masuk universiti tu. Awak nampak comel sangat masa tu. Kecik. Muka manis je. Tapi muka tu sombong, serius je macam nak makan orang! Saya pun jatuh hatilah." Hasif bercerita balik apa yang dia alami dulu. Memang itu yang dia rasa. Dilamun cinta walaupun Adra buat tak layan je.

"Sayang baik sangat dengan saya. Saya tak pernah dihargai macam ni. Apa yang sayang buat untuk orang, orang takkan lupakan. Terima kasih, sayang. Saya janji sampai masa nanti kita kahwin." Hasif masih menyambung kata-katanya. Merah pipi Adra dibuatnya. Hasif ni kalau dah start memuji, melambung-lambung aku di awanan! Hahaha.

"Hm... Awak ni suka betul berjanji." Adra ketawa. Dia tak suka orang berjanji. Janji ni selalunya dimulut je.

Adra yang teringatkan kenangan itu, terdiam sendiri.

Betul, perempuan itu memaafkan tapi takkan melupakan.

Dia takkan lupa Hasif jauhkan diri daripadanya semasa sedang elok bercinta.

Ye, tahu. Dia sibuk. Hasif sibuk. Awal-awal Hasif kerap datang, makin lama, makin tak ada masa. Makin sibuk. Dia seperti ditinggalkan begitu saja.

Jenuh juga pujuk hati ni, supaya positif. Dan macam arus yang berlalu, Hasif hilang tanpa bayang. Kecik hati Adra dibuatnya. Tahun terakhir dia semasa mengambil ijazah,adalah tahun hatinya macam disiat-siat. Hasif tiada lagi di sisi. Tinggalkan dia tergapai-gapai begitu saja.

Dia sayangkan Hasif. Tapi kenapa Hasif seperti lupa janji-janji yang dia ucapkan?

Melihat kembali mesej yang Hasif hantar tadi, pandangan Adra mula kosong. Ragu-ragu. Takut harapannya jatuh lagi. Walaupun kali ini Hasif nampak sangat serius. Tapi, hati ni, ya Allah susahnya! Susah jadi perempuan!

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now