BAB 25

5.3K 174 1
                                    


Hari ini Dhiya akan ke rumah Puan Hasnita. Sebab dah banyak minggu Puan Hasnita mengajaknya, baru minggu ini dia free. Segan pula nak tolak pelawaan makcik tu. Lagipun aku bukannya ada buat apa-apa pun cuti weekend.


Sekarang ni, aku dah on the way ke rumah Makcik Hasnita. Si Qisha pula, cancel last minute nak ikut aku, sebab boyfriend dia tiba-tiba ajak balik kampung. So aku sorang-soranglah ni?


Gugup pula. Macam nak pergi rumah mak mertua! Hahaha. Tapi takdelah rasa takut sangat. Sebab rasa macam boleh masuk je dengan Makcik Hasnita tu.


Jauh perjalanan, sampai pun di rumah Puan Hasnita. Pintu pagar automatik dibuka, seperti mempelawa aku masuk dan aku memasukkan kereta ke dalam porch.


Aku turun dari kereta, dan menyalami Puan Hasnita yang dah pun menunggu di pintu rumah. Diberikan bungkusan ole-ole yang aku bawa dari rumah untuknya.


"Susah-susah je Dhiya ni. Dahlah jauh datang. Jomlah masuk." Puan Hasnita memeluk lengan Dhiya.


"Tak susah pun, makcik." Dhiya hanya tersenyum manis.


"Makcik saja ajak Dhiya datang, kan haritu kita ada cakap nak try masak masakan baru. Ingat tak?" Puan Hasnita mula beramah.


"Ingat, makcik. Tulah Dhiya pun nak try. Sorang-sorang takut tak jadi pula. Dengan makcik, confident sikit." Dhiya kembali beramah. Rindu pula mama kat Kedah. Lama tak balik.


Setengah jam bersantai di ruang tamu, kami pun ke dapur. Semua barang-barang masakan, dikeluarkan oleh Puan Hasnita. Ramah betul wanita berusia ini. Bagaimanalah anak-anaknya.


Dhiya tersenyum sendiri sambil memandang Puan Hasnita yang sibuk dengan kerjanya.


"Dhiya asal mana?" Puan Hasnita sempat bersuara.


"Kedah, makcik."


"Laaaa. Takde bunyi slang kedah pun? Suami makcik orang penang." Puan Hasnita tergelak sedikit.


"Dah lama kat sini, makcik. Dulu study pun kat sini. Itu yang lupa daratan tu." Dhiya ketawa kecil diikuti Puan Hasnita.


Sambil bersembang, sambil bergelak ketawa, sambil memasak di dapur. Puan Hasnita nampak sangat senang dengan Dhiya.


"Dhiya, kejap ya. Makcik nak naik ke atas, nak call suami. Katanya dia nak balik lunch kat rumah. Kita masak banyak sikit." Puan Hasnita meminta diri sebentar dan aku hanya mengangguk sambil tersenyum.


Beberapa minit selepas Puan Hasnita meminta diri, aku terdengar seseorang menjerit-jerit dari ruang hadapan.


"Mama! Mama!" Suara itu makin mendekat dengan dapur.


Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now