BAB 26

5K 165 0
                                    


"Akak Ad.....Dhiyaaaa, tolong sendukkan nasi untuk Hariz." Lembut betul bicara Hariz sambil menyuakan pinggan ke arah Dhiya. Walaupun awal-awal hampir tersasul, nasib baik sempat coverline.


Lunch harini, hanya Dhiya, Hasif, Puan Hasnita dan Hariz. Suami Puan Hasnita tak sempat pulang. Sibuk katanya.


"Thank you, akak cantik." Hariz tersenyum manis. Muka Hasif tak usah katalah, masam betul. Rasa nak gelak je tengok.


"Makcik, cukup tak?" Dhiya bertanya kepada Puan Hasnita selepas dia menyendukkan nasi untuk wanita itu.


"Cukup. Lepas ni panggil mama jelah. Mesra sikit. Dhiya pun jauh daripada mama Dhiya, kan?" Puan Hasnita menyentuh lengan Dhiya.


Dhiya hanya tersenyum dan mengangguk.


"Panggil jelah mama. Lepas ni pun kena panggil mama juga." Hariz menyindir. Sambil itu, dia menyiku abangnya sedikit. Tersedak Hasif dibuatnya.


"Tulah makan gelojoh lagi." Hariz mencebik. Buat muka tak bersalah.


"Aku dah ada buah hatilah. Pebende kau ni." Hasif mulalah nak marah. Tak boleh masuk betul dengan adik sorang ni. Kadang baik macam belangkas, tapi selalunya lawan mengatalah. Stress!


"Lah? Terasa kenapa? Aku cakap aku yang nak meminang Dhiya. Boleh je kan, ma?" Hariz dah tersengih-sengih.


"Kau kecik lagi. Belajar bagi habis dulu." Hasif bersuara mendatar. Agak tegas.


"Saya dah final year degree, Dhiya. Habis je belajar saya masuk meminang awak, okey?" Sengaja dia ingin apikan Hasif. Nak sangat kan berlakon? Ambik kau. Muka Hasif dah menyinga gais. Hahahaha.


"Makan tu diam je boleh tak? Banyak betul benda kau nak bercakap." Hasif bersuara lagi. Tak nak Dhiya yang jawab soalan Hariz. Mahu meletup dia nanti.


"Kau berdua ni asyik bergaduh je. Dhiya, jangan ambil hati, ya? Maaflah. Anak-anak mama ni, nampak je dah besar panjang, perangai budak-budak. Tak matang."


Dhiya sedari tadi hanya diam melihat tingkah laku Hasif dan Hariz, sudah sedia maklum daripada dulu. Dia hanya tersenyum ke arah Puan Hasnita. Tak tahu nak berkata apa.


----------------------------------------------------------------


Selesai saja makan, Hariz naik ke atas untuk berehat, sementara Dhiya dan Puan Hasnita ke halaman rumah, untuk bersantai dan berborak.


Hasif pula diam-diam ikut dari belakang. Tahu-tahu je dia duduk di sebelah mamanya.


"Eh? Asal tak naik atas?" Puan Hasnita memandang anaknya pelik.


"Mama ni, mentang-mentanglah ada kawan baru. Tolak Sif mentah-mentah." Hasif buat-buat muka terasa hati.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now