BAB 42

4.3K 137 0
                                    


Hujung minggu ini, Hasif pulang ke Kedah. Ke rumah mama Adra. Sudah seminggu dia tidak berjumpa Adra, kalau jumpa pun asyik kena halau je. Baik jumpa mama Adra. Kan?

"Mama sihat?"

"Sihat. Macam ni lah mama. Esok baru mama ingat nak ke sana, tapi Hasif pula datang harini." Mama duduk di sofa sebelah aku.

"Balik dengan Hasif jelah, ma. Mama nak jumpa Adra eh?"

"Ha'ah. Nak melawat Adra. Tapi katanya dia dah bekerja balik kan? Kalau mama pergi pun, bukan ada apa mama nak buat."

"Tulah. Takpe, mama nak pergi ke balik ke bagitahulah. Nanti Hasif belikan tiket flight untuk mama." Hasif tersenyum sambil menyuapkan kuih yang mama sudah hidangkan.

"Terima kasih. Mama minta maaf bagi pihak Adra. Nanti mama cuba cakap dengan dia."

"Eh takde apapun, mama. Hasif faham je. Sebenarnya Hasif datang sini nak bincang sikit dengan mama."

"Bincang pasal apa?" Mama mengerutkan dahi.

"Hasif nak cepatkan perkahwinan dengan Adra. Kalau mama tak keberatan."

"Eh kenapa tiba-tiba ni, Sif?"

"Senang Hasif nak jaga Adra, ma." Hasif seperti meyakinkan bakal mertuanya.

"Apa mama nak bagitahu Adra. Mesti dia tolak mentah-mentah." Mama sudah risau. Mesti mengamuk anak daranya itu.

"Mama cakap je Hasif takkan batalkan pertunangan, Hasif nak nikah hujung bulan ni. Boleh tak, ma?" Hasif memujuk mama. Memang itu saja yang dia pandai buat, pujuk mama Adra. Dari dulu lagi. Haih.

"Hujung bulan ni? Mama tak sempat nak siapkan apa-apa lagi." Mama tergelak pula.

"Nikah je, mama. Bagi Hasif selesaikan masalah ni. Lepas tu mama buatlah apa-apa yang mama rancang. Nanti Hasif suruh orang aturkan. Boleh ya, ma?" Hasif membodek lagi.

"Hmmm, tengoklah dulu macam mana. Mama risau Adra je. Dia tu keras kepala."

"Hasif tahu. Tapi ni untuk kebaikan dia juga."

"Ye, Sif. Mama faham." Mama mengangguk sambil berfikir sejenak.

Best betul kan ada mak mertua yang masuk kepala macam ni? Selamat aku ni pandai ambik hati mak mertua! Haha!

Hasif tersenyum.

----------------------------------------------------

Sengaja dia uar-uarkan pernikahannya dengan Adra yang akan berlangsung hujung bulan ini. Ingin menarik perhatian Harraz tak guna itu.

Sudah banyak strategi diatur oleh Hasif.

Kau menghilang, ya? Aku bukannya tak kenal kau, Harraz. Aku bukan tak tahu apa yang kau rancang. Kita kenal dah lama. Pernah sepasukan elit pula. Memang aku kenal sangat dengan kau.

Hasif ketawa sedikit. Perihal Adra menolaknya sudah tidak difikirkan lagi. Dia membiarkan saja Adra begitu. Kalau jodoh tak kemana kan?

Sekarang ni, hanya satu dalam pemerhatiannya. Harraz Mikail.

Sudah dikerahkan orang-orangnya mencari Harraz, tapi masih belum dijumpai. Pandai menyorok.

Hasif melangkahkan kaki memasuki lif yang baru saja terbuka. Terlihatkan beberapa orang pekerjanya di dalam itu.

"Selamat pagi, tuan." Ucapan selamat pagi dibalas dengan senyuman Hasif.

Tiba-tiba seseorang menahan lif daripada tertutup, dan perempuan itu melangkah masuk.

"Hasif?" Perempuan itu tersenyum manis sambil menegur Hasif. Hasif memandangnya. Aku kenal ke perempuan ni? Aku cuma mendiamkan diri sahaja sepanjang berada dalam lif.

"Lupa I dah ke?" Perempuan itu bersuara lebih lanjut apabila tingkat yang dia ingin tuju, sama dengan aku. Kami jalan beriringan.

"I Kyla, lah." Perempuan itu menarik tangan aku daripada berhenti melangkah.

"Ye, oh hi Kyla." Hasif tersenyum sekilas. Baru ingat ini Kyla, pramugari syarikat penerbangan yang dia pernah bekerja.

"I dengar you dah berhenti. Why?" Kyla mula ajak borak.

"I tukar angin. Nak kerja kat darat pula." Hasif menjawab sambil ketawa kecil.

"Oh, I see." Kyla memandang penampilan aku atas bawah. Aku lengkap dengan memakai kemeja biru muda, kot dan seluar slack berwarna hitam dengan kasut kulit.

"You kerja apa kat sini?" Kyla masih seperti biasa, nak ambil perhatian Hasif.

"Bodyguard syarikat ni." Hasif tersenyum lagi sekali. Malas nak cakap banyak.

"Oh... Patutlah kemas je. I cari you dekat ofis, tapi dorang cakap you dah berhenti. I ingat I tak dapat jumpa you dah. Eh tetiba jodoh pula kat sini. Hahaha." Kyla mula bercakap banyak.

"You buat apa datang sini?" Hasif mengerutkan dahi.

"Ada interview. I minta kerja kat sini."

"Eh why? Nak berhenti ke jadi pramugari?"

"Ha'ah. Papa I tak sihat, dah tua. So I dah taknaklah fly. At least boleh jumpa papa I selalu." Kyla hanya bercerita saja.

"Oh hm... Okeylah, Kyla. I kena kerja ni." Hasif meminta diri dulu.

"Okey, Hasif. Hope to see you again." Kyla melambai Hasif sambil melemparkan senyuman manis.

Hasif yang melangkah pergi menggaru kepala. Kau nak kerja sini pula. Alahai. Jangan kacau hidup aku sudahlah. Aku dah serabut ni.

Kemudian kaki melangkah memasuki biliknya. Sempat dipesan kepada Julia supaya person in charge untuk unit pengambilan pekerja baru menghubunginya terlebih dahulu.

Ya, dia nak tolong Kyla pastinya. Tapi lebih tepat, tolong letak Kyla jauh dari dia. Kerja jelah bahagian lain. Berlambak lagi dalam syarikat ini.

Masuk sahaja dalam bilik, Hasif melabuhkan punggung di atas kerusi empuknya. Mata dipejam rapat. Rindunya dekat Adra.

Laci dibuka, frame bergambarkan Adra diambil dan ditatap penuh rindu.

Tak lama lagi sayang jadi milik saya. Haha. Tak sabar. Sayang tolak ke, batal ke, benci ke, tak nak ke, jangan harap lah sayang boleh lari daripada saya.

Once you're mine, you will always be mine, Dhiya Adra.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now