BAB 59

4.5K 144 3
                                    


"Tuan." Malik yang sejak dari tadi berdiri di sebelah katil Hasif, bersuara apabila Hasif membuka mata.

"Aku kat mana?" Kepalanya terasa sedikit bergegar.

"Hospital. Tuan kemalangan." Malik menjawab laju.

Terus Hasif bangun dari perbaringan, badannya sedikit sakit-sakit. Dan lengannya terasa ngilu.

"Tuan terselamat sebab dilanggar dari belakang. Cedera ringan." Malik meneruskan lagi kata-kata.

"Adra mana?!" Hasif sudah memandang Malik tajam.

"Jangan risau, tuan. Puan Adra dapat dijejaki. Cuma tunggu arahan dari tuan saja."

"Tunggu?! Tunggu aku?!" Hasif sudah menjerkah.

"Berapa lama aku tak sedarkan diri?"

"3 jam, tuan." Malik menjawab lagi. Malik sebenarnya bukan berniat untuk menunggu, tapi Hasif sendiri sudah berpesan, kalau apa-apa terjadi kepada Adra, biar dia yang buat perhitungan dengan Harraz. Dia takut Harraz apa-apakan Adra. Harraz tu gila. Hasif tak mahu ambil risiko. Dia tahu Harraz mahukannya. Biar dia yang serah diri.

"Sial!" Hasif terus bergegas keluar dari bilik wadnya. Malik  juga melangkah laju mengikutnya.

"Kereta aku mana?" Hasif sudah berlari keluar dari hospital. Kunci kereta diberikan oleh Malik dan gps juga diberikan. Hasif lantas menaiki keretanya lalu menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Manakala bodyguard-bodyguardnya yang sudah standby mengikut dari belakang.

------------------------------------------------

Adra yang diikat di kerusi, mula membuka mata. Kepala rasa berpinar, sakit kerana ditumbuk kuat tadi. Darah juga keluar sedikit melalui hidungnya. Pedih.

Teringat peristiwa penculikannya dulu, Adra terus meronta.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Adra menjerit.

"Hey, hey." Harraz yang tiba-tiba datang, melalukan sebilah pisau tajam di hadapan muka Adra. Sedikit lagi hampir terkena pipi gebunya.

"Tahu tak? Pisau ni lah yang nak tikam kau tadi. Tapi terkena Hasif tak guna tu pula." Harraz ketawa. Niatnya nak membunuh tadi. Tapi hm... Lain pula dapat.

Adra sudah menangis. Lalu topeng di muka lelaki itu, dibuang. Makin deras air mata Adra.

"Kenapa kau buat macam ni, Harraz? Apa dosa aku kat kau?" Adra menjerit ke arah Harraz. Benarlah tekaannya, orang itu adalah Harraz Mikail.

Harraz melihat Adra lama. Lalu dia duduk bertinggung di depan Adra.

"Kau sebenarnya takde dosa pun. Kau budak baik je. Tu, Hasif tak guna tu yang jahat. Kan aku dah kata jangan kahwin dengan dia. Kau degil." Harraz buat muka sedih.

"Kau degil. Aku nak jauhkan kau dari lelaki jahat. Kenapa kau tak dengar cakap aku, Ra?" Suara Harraz merintih sedikit. Kemudian dia bangun, pergi ke meja berdekatan. Sekeping gambar diambil.

"Kenal tak?" Harraz melayangkan gambar seorang perempuan di depan mata Adra.

Adra diam. Dia memang tidak kenal siapa gerangan dalam gambar itu.

"Kenal tak?" Harraz bertanya sekali lagi. Adra menggeleng perlahan.

"Safira." Harraz menjawab sendiri. Kening Adra berkerut.

"Fira. Kau tak kenal Fira?" Tanya Harraz dengan ketawa kecil.

Adra diam. Fira? Fira mana?

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now