BAB 28

5K 186 2
                                    

Hasif melangkahkan kaki keluar dari kereta setelah diparkir. Sejambak bunga ros diambil dari seat penumpang, dan dia terus menutup pintu kereta. Sengaja dia datang ke KLIA hari ini untuk menjemput Adra pulang kerja, tanpa pengetahuan Adra. Bunga ditangan dipandang sekilas dan Hasif tersenyum manis. Adra mesti suka!

Beberapa langkah lagi bakal membawa dia kepada Adra, sudah kelihatan Adra dari jauh. Sedang sibuk melihat kawasan projek yang sedang dijalankan. Dari jauh kelihatan muka Adra agak tertekan sedang berhubung dengan seseorang. Sayang, sayang. Dah nak pukul 5 ni, masih sibuk ke?

Bunga ros tadi disembunyikan di belakang badan sementara sebelah lagi sudah bersedia mencuit Adra yang semakin dekat kelihatan. Adra pula sekarang ni sudah berdiri berseorangan. Senyuman jahat terukir di bibir Hasif.

"Oh makcik mak hang!" Jerit Adra apabila tangan Hasif mencuit pinggang kirinya secara tiba-tiba. Terus kepalanya tertoleh ke kiri. Tetapi hasif cepat-cepat ke sisi kanan Adra.

Hasif yang hampir menghamburkan ketawa, berdiri tepat di sebelah kanan Adra. Tunggu masa budak kecik ni toleh sini je. Hahaha.

"Oh makcik!" Adra sekali lagi termelatah. Ya allah memalukan!

Hasif terus saja tergelak. "Mak cik mana lah sayang ni duk ingat-ingat sangat. Ni I la intan payung..." Hasif menghadiahkan senyuman manis.

"Eeeee jahat!" Lengan Hasif ditampar kuat. Tak kira dah sakit ke tak, geram!

"Hahahaha tak sakit pun." Hasif membuat muka mengejek. Kemudian bunga di tangan dikeluarkan dari belakang, dan...

"Tadaaa!" Sejambak bunga ros betul-betul disuakan di depan muka Adra, disebabkan Adra agak rendah dari Hasif, jadi betul-betul mukanya.

"Sudi tak awak keluar makan dengan saya?" Kaki Hasif diturunkan sebelah gaya orang melamar.

Adra sudah tersenyum segan. Segan sebab Hasif buat macam ni, menarik mata sekeliling mereka untuk memandang.

"Sayang, bangunlah. Malulah orang pandang." Adra dah tarik-tarik tangan Hasif untuk berdiri semula. Tetapi Hasif tetap begitu saja.

"Say yes dulu." Hasif mengugut.

"Eh apa ni paksa-paksa pula. Kalau I cakap tak nak?" Adra bermain-main.

"Tak apa, princess. Biarlah kaki I patah, menunggu jawapan dari you." Hasif buat muka kesian. Tangan masih menghulurkan bunga tadi, belum diterima Adra.

"Okey... I'll take this first." Adra bersuara lembut sambil mengambil bunga di depan mata dan memuncungkan mulut tanda masih berfikir.

"And I'll think about the date later." Adra terus menjelirkan lidah dan terus matanya tertumpu ke arah bunga di tangan.

"These roses are sooo prettyyyy! Sayang suka... Cantik macam sayang!" Sekuntum bunga ros ditarik dari jambakan bunga itu, dan disuakan kembali kepada Hasif. Hasif lantas mengambil bunga tersebut dengan muka sedikit berkerut.

"Saya terima lamaran awak!" Adra tersengih nakal dan terus melangkah meninggalkan Hasif di belakang mengundang tawa kecil Hasif. Alahai Adra aku seorang ni tak pernah tak sweet. Aku nak surprisekan dia, aku pula yang tersurprise!

Kaki Hasif dilangkah seiring dengan Adra, bukan susah pun nak kejar. Kaki Adra kan pendek! Hahaha.

"Dhiya!" Seseorang memanggil dari arah belakang mereka secara tiba-tiba. Lantas Adra terus menoleh.

Encik Danial kelihatan dengan muka yang agak sukar ditafsirkan. Selalu kalau dia jumpa aku, tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Sayang nak jumpa bos kejap sebelum balik, tunggu tau!" Adra menyuakan kembali bunga ros tadi untuk dipegangkan sekejap oleh Hasif dan kakinya melangkah ke arah bosnya.

Mata Hasif mencerlung memandang dari jauh, baru tahu inilah bos Adra. Tak seperti yang dibayangkan, agak segak juga tapi yang penting akulah paling handsome! Hahaha!

"Kenapa, bos? Saya nak balik dah ni." Adra terus bertanya setelah berdiri berdekatan dengan Encik Danial.

"Oh nak balik dah ke? Saya baru nak ajak awak keluar makan kejap, ada hal kerja saya nak bincang."

"Esok jelah encik, dah habis waktu bekerja dah pun." Adra menjawab malas. Dia ni ajak bukan sebab kerja pun sebenarnya, sebab gatal! Hahahaha!

"Siapa tu? Kekasih awak ke?"

"Ha'ah." Adra tersenyum. Jarang-jarang nak lihat Adra senyum dekat bos yang satu ini.

"Kenapa tak pernah nampak sebelum ni?" Danial bertanya lagi.

"Ada je, takkan semua benda saya nak bagitahu encik? Okeylah, saya balik dulu."

"Tapi, Dhiya, saya cintakan awak." Untuk kesekian kalinya, Danial melafazkan kata cinta yang asyik ditolak oleh Adra.

"Maaf, encik. Hati saya dah berpunya." Tak faham bahasakan mamat ni? Ya Allah stres hidup aku!

"Sayang!" Adra memanggil Hasif untuk mendekati mereka berdua. Hasratnya ingin memperkenalkan kekasihnya itu. Sakit jiwa dengan bos sorang ni.

"Kenalkan, ini bos Adra."

Hasif tersenyum sekilas seraya menyuakan tangan untuk bersalaman.

"Hasif."

"Danial." Danial membalas salaman tersebut.

"Adra okey ke bekerja?" Soalan bapak-bapak keluar dari mulut Hasif mengundang muka berkerut Adra. Eee!

"Apa ni Ad bukan budak-budak!" Mata dah terjegil memandang Hasif.

"Okey, sangat okey. So far she's one of the best employee lah. Hahaha." Danial ketawa sedikit. Ketawa palsu! Padahal dalam hati hancur.

"Adra ada apa-apa kontrak ke dengan syarikat?" Hasif bertanya mengundang kerutan di dahi Adra dan Danial.

"Tak ada. Kenapa ya?" Encik Danial bertanya kembali. Kalau ada, kenapa?

"Oh good. Sebab saya akan berkahwin dengan Adra tak lama lagi. So that, I want her to quit." Muka Adra usah katalah, agak ternganga. Apatah lagi muka si bos tu.

"Oh... I see." Danial jadi hilang kata-kata.

"Congratulations to both of you. And Adra, anything you want to confirm, just hantar email dekat saya ya. I mean, the resign letter, soon." Encik Danial suara dah agak lain tapi masih mengawal egonya sebagai lelaki.

"Thank you, Danial. Nice to meet you." Hasif menyuakan kembali tangan untuk bersalam sebelum melangkah. Dan huluran tangan itu disambut dengan senyuman Danial.

---------------------------------------

Hasif dan Adra melangkah beriringan ke tempat parkir kereta.

"Em... Sayang..." Adra bersuara manja sambil mencucuk-cucuk lengan Hasif. Hasif nampak tegang je, takut pula nak tanya!

"Kenapa?" Hasif bertanya seketika dan menatap muka Adra.

"Kenapa sayang kena berhenti kerja pula? Sayang nak kerja. Nanti awak fly, siapa nak teman saya?" Adra membuat muka kesian.

"Oh kalau kerja ada orang temanlah kan?" Pedas sindiran Hasif. Urgh! Stress!

"Mana ada! Maksud sayang kalau awak kerja, nanti sayang duduk rumah takde buat apa-apa. Kalau kerja, boleh buat kerja! Ada kawan!" Adra bela diri. Macam biaso!

"Saya bagi anak banyak-banyak, jaga jelah anak nanti. Kawan dengan anak." Habis saja ayat Hasif, terus kakinya melangkah ke hadapan tanpa menghiraukan Adra.

Adra di belakang dah hampir nak hentak-hentak kaki, tunjuk protes. Tapi nanti Hasif marah lagi teruk. So better tak payah. Tapi eeee geramnya!!!

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now