BAB 50

4.9K 143 2
                                    


Hariz yang sedari tadi menunggu khabar dari Hasif, duduk berdekatan Adra. Mahu dipujuk kakak iparnya itu supaya berhenti menangis. Dari tadi menangis.

"Akak Adra, dahlah. Jangan nangis. Hasif akan okey." Hariz menunduk memujuk Adra.

"Akak takut psiko tu apa-apakan dia. Hasif dahlah tak pernah berlawan semua ni. Akak takut akak hilang dia." Adra masih dalam sendunya yang tak habis, selagi Hasif tiada di depan mata.

Hariz terdiam seketika.

Semua ahli keluarga sangat terkejut dengan kejadian tadi. Hasif sudah sedari awal memaklumkan kepadanya, jadi dia tahu apa yang terjadi. Sebab itu dia yang menjaga Adra. Mama, papa dan mama telah dibawa pulang oleh beberapa orang bodyguard, dan selebihnya menjaga masjid ini. Lebih tepat, menolong dia menjaga Adra.

Dahsyat betul, seorang psiko tak guna boleh bertindak sejauh ini. Dia tak kenal akan Harraz itu, Hasif langsung tak pernah cerita. Hasif cuma mengabarkan bahawa dia harus menjaga Adra. Itu saja.

Kemudian telefon bimbitnya berbunyi.

"Riz, kau bawa Adra balik." Suara Hasif kedengaran lemah.

Hariz yang berdiri berdekatan Adra, melangkah jauh sedikit.

"Kau kat mana, Sif?" Suara Hariz kedengaran cemas.

"Aku kena tikam. Jangan bagitahu Adra. Kau balik, bawa dia balik. Cakap kat dia aku okey. Nanti aku balik." Hasif berkata lagi.

"Ya Allah. Kau okey tak ni?"

"Aku okey. On the way hospital, Malik bawakan. Kau balik elok-elok. Harraz tak guna tu berkeliaran lagi. Aku yakin dia takkan buat apa-apa lagi harini, polis tengah cari dia. Kau jaga diri je, jaga Adra juga. Jangan risau aku okey." Hasif memesan sebelum mematikan panggilan.

Hariz menghela nafas. Kakinya melangkah mendekati Adra.

"Akak, kita balik dulu eh. Dah petang ni." Hariz cuba senyum. Tapi nampak sangat tak ikhlas!

"Tak nak. Akak nak tunggu Hasif." Adra masih menangis.

"Hasif suruh kita balik dulu. Kejap lagi dia balik. Dia nak jumpa akak kat rumah." Hariz mula menipu. Terpaksa!

Adra mengangkat muka memandang Hariz.

"Akak takkan balik tanpa Hasif." Adra berdegil.

"Akak, Hasif pesan jangan degil." Hariz memandang kakak iparnya dengan kening terangkat.

Terdiam Adra. Betul. Jangan degil. Nanti makin buruk keadaan. Kena dengar cakap Hasif.

"Jom. Akak naik dengan Hariz. Nanti Hasif balik." Hariz sudah cuba membangunkan kakak iparnya yang semakin lembik. Lemah. Menangis sedari tadi. Kekuatannya bagaikan hilang.

Dalam kereta, Adra terdiam membisu.

"Akak..." Suara Hariz memecah kesunyian.

"Ya." Adra menjawab sepatah.

"Akak okey?"

"Okey."

"Akak marah ke?" Hariz cuba ajak Adra berborak. Perwatakan yang berbeza dengan Hasif, Hariz lebih bertenang dan boleh dibawa berborak.

Adra menggeleng.

"Akak janganlah fikir sangat. Hasif tu akan okey."

"Akak takut apa-apa jadi pada dia. Akak tak sanggup nak tengok dia disakiti. Dia baik sangat dengan akak."

"Akak, akak ada sesuatu nak cerita kat Hariz?" Hariz cuba mengorek tentang rahsia penculikan Adra dulu.

Adra diam.

"Akak ada kena ugut ke?" Hariz masih bertanya lembut.

"Ada."

"Oh. Kenapa ya?" Hariz bertanya lagi. Dahinya berkerut. Dia juga ingin tahu. Kata Hasif, Adra tak pernah buka mulut pasal itu.

Ah Hasif. Siapa berani nak cerita kat dia. Dahlah garang, tegas. Kalau aku pun, aku tak nak cerita. Aku kenal dia dah 24 tahun, sejak lahir lagi tengok muka dia. Tahu sangat perangai tegas dia itu.

"Akak tak tahu. Tapi dia cakap akak bodoh sebab pilih Hasif. Katanya Hasif jahat, kejam. Tapi dia takde cakap kenapa. Cuma dia pesan, kalau akak kahwin juga dengan Hasif, dia nak bunuh Hasif. Sebab tu akak takut sangat sekarang ni." Air mata Adra kembali mengalir.

"Oh... Patutlah." Fahamlah Hariz sekarang.

"Hariz, jangan bagitahu Hasif, ya?" Adra memandang Hariz, takut.

Hariz menggaru keningnya. Ish. Aku baru nak report dekat abang!

"Hariz tak janji, kak." Hariz tersengih sedikit.

Adra menghela nafas. Menyesal pula bagitahu budak ni!

"Takpelah, akak nanti cerita dekat Hasif ya? Jangan tipu dia. Dia tak suka akak tipu dia. Akak pun kenal Hasif dah lama kan? Hariz tak berniat nak masuk campur, tapi akak kena cerita dekat dia. Lagi satu, jangan risau. Hasif akan baik-baik je. Percaya je cakap Hariz." Hariz tersenyum meyakinkan kakak iparnya. Susah nak lawan Hasif. Aku sendiri pernah berlatih dengan Hasif, macam biasalah aku je kalah. Hariz tak nak buka mulut apa-apa pada Adra. Mungkin Adra tak tahu langsung.

Hasif ni pun satu. Semua nak berahsia. Haih.

--------------------------------------------------------

Hasif yang sedari tadi memandang siling bilik wadnya, mencapai iPhone di tepi katil. Dia harus menghubungi Adra, mesti Adra risau gila sekarang ni.

Beberapa saat berdering, panggilan bersambung.

"Hasif..." Suara Adra kedengaran serak.

"Sayang, hey kenapa ni?" Hasif mula risau.

"Mana awak pergi? Saya takut hilang awak." Bunyi suara Adra makin teresak.

"Saya okey jelah, sayang. Sihat je ni. Sayang, malam ni saya tak dapat balik tau. Esok saya balik." Hasif bersuara lembut.

"Kenapa?" Laju saja pertanyataan Adra.

"Sayang, sayang duduk je rumah mama. Nanti saya balik. Hariz dengan mama papa ada kan?"

"Mama papa ada. Dah tidur. Hariz dekat luar, bersembang dengan bodyguard."

"Baguslah. Sayang tidurlah. Dah malam ni. Esok kita jumpa, okey?"

"Tak okey. Sayang nak jumpa sekarang." Adra berdegil. Semakin kuat esakannya.

"Ayang, kan saya cakap jangan degil?" Hasif buat-buat suara geram tapi kedengaran ceria.

"Sayang nak jumpa bie... Sayang rindu. Baliklah." Adra seperti merayu.

"Saya ada hal, sayang. Faham saya ya? Okeylah sayang. Sayang tidur dulu tau. Esok saya janji saya balik. Good night. I love you, sayang." Hasif terus mematikan panggilan. Tidak sanggup lagi mendengar esakan Adra. Tak sampai hati. Baru tadi bernikah, malam ni kena tinggalkan isteri di rumah sorang-sorang.

Memang Harraz ni menguji kesabaran aku betul.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now