Suasana di ruang tamu awal malam itu tiba-tiba terasa membeku dan hanya kedengaran bunyi api meratah kayu bakar didalam pendiangan.Rahang Eiiden terasa kaku menyeluruhi wajah Ara yang memandang tepat ke dalam matanya tatkala mengungkapkan perkataan tersebut sehingga Eiiden merasakan darahnya menderu ke kepala.Terkebil-kebil.Akal Eiiden mendadak buntu.

+             +               +

Sementara itu,susuk tubuh berbahu lebar yang disarung kot hitam licin itu mengejapkan tautan matanya dan dalam masa yang sama tangan di atas lututnya dikepal kejap walaupun masih terasa menggeletar dengan hebat.

Suka atau tidak,berita tentang kehilangan Yang Terpilih benar-benar di bawah batang hidungnya sendiri adalah satu perkara paling memalukan dan sekaligus mencalar imejnya sebagai orang paling kanan kepada figura di hadapannya itu.Mengenali dan bekerja dengan susuk tubuh itu dalam menjalankan serta menjayakan apa sahaja kerja yang diarahkan kepadanya membuatkan dia tahu kesilapan yang telah dilakukannya kali itu bukan sesuatu yang boleh dilupakan dengan mudah.

Dengan tergagap-gagap dia menceritakan rentetan peristiwa bagaimana Yang Terpilih lesap seperti angin di hadapan matanya sendiri walaupun dia sudah mengarahkan orang-orangnya agar mengikat susuk tubuh gadis tersebut.

Gadis itu lesap bagaikan asap di tiup angin memang sudah terbilang cukup aneh dan tidak masuk akal namun bagaimana mendadak ada akar yang timbul dari celah rekahan tanah dan membelit serta meremukkan kenderaan yang dipandu mereka adalah cerita yang jauh lebih gila daripada seluruh keanehan kejadian lewat petang tersebut.

Ataupun tentang gadis bernama Yang Terpilih itu melayang tinggi seperti seekor burung dan kemudian mencengkam leher orang-orang bawahannya lalu merentap mematahkannya adalah satu lagi kenyataan lain yang tidak ubah seperti garam .Menambahkan rasa perit kepada sakitnya remuk dan calar maruah serta reputasinya di hadapan sang ketua.

Itupun dia mengambil masa yang agak lama sebelum membuat keputusan untuk menceritakan hal yang sebenar kepada susuk tubuh dihadapannya itu kerana lambat-laun,hal itu akan sampai juga kepada pengetahuan si majikan.Maka dengan peluh berjejeran di dahi serta sendi yang menggeletar,dia menyerahkan seluruh nasibnya ke tangan susuk tubuh berkot labuh hitam itu.

Menunggu sahaja tamparan keras hinggap pada pipinya sebagai imbalan kepada kegagalan memalukan itu,beberapa detik sudah berlalu namun tidak kedengaran suara figura dihadapannya itu membentak atau memakinya seperti selalu dan hal itu membuatkan dia kembali membuka mata.

Menghairankan sekali bagaimana wajah berkaca mata itu kelihatan tenang-tenang saja sedamai petang di pertengahan musim luruh tersebut.

Angin bertiup lambat-lambat menyusup di antara celah daun yang menguning dan memaksa pohon-pohon di sekeliling taman tersebut mengalah kepada asakan sang musim agar meluruhkan daun-daunnya sebagai persediaan menghadapi musim sejuk nanti sebaik sahaja salji pertama gugur .

Jika permukaan tanah bertaburan daun-daun tua kekuningan dimana-mana,pada ranting yang masih melekat daunnya-warna perang,merah bata,hijau dan cokelat kekuningan menjadi warna biasa didalam musim begitu.

Malahan langit kelihatan tinggi sekali terbentang biru kehijauan dengan sedikit sahaja jurai awan putih yang berselerak di langit selatan.

Deretan pohon berdaun kekuningan  yang melingkari tasik itu begitu semarak menggugurkan daun-daunnya sementara permukaan tasik itu sendiri dipenuhi ratusan bunga teratai putih .

Sebuah gazebo yang diperbuat daripada kayu berdiri megah diatas pulau kecil  pada bahagian tengah tasik tersebut dan  dihubungkan oleh sebatang titi daripada susunan batang kayu yang diikat kemas.

Tabir-tabir dari sutera putih yang diikat ke empat batang tiang utama gazebo tersebut berkibar-kibar lembut dipuput angin.

Tampang lembut dihadapannya itu menatap wajahnya dengan santai.Menghirup teh daripada cawan di atas meja lantas mengalihkan pandangannya kepada sekeping papan berukuran segi empat sama di hadapannya.

Di atas permukaan papan tersebut dipenuhi petak-petak segiempat sama dan pada setiap petak itu tergeletak batu-batu licin dan leper berwarna hitam dan putih yang bersaiz kecil.

Suasana senyap begitu terasa membunuh dan menakutkan kerana dia tidak dapat meneka apa bentuk hukuman yang bakal diterimanya diatas kegagalannya menangkap Yang Terpilih beberapa hari lepas.Jika di berikan pilihan,dia lebih rela susuk tubuh dihadapannya itu menujah dagunya sehingga berdarah daripada diam membisu begitu.

" Dengan terlepasnya Yang Terpilih,akan semakin sukarlah untuk menggunakan dia bagi menentang Istana Templar"

Buat pertama kali suara  itu kedengaran dan tanpa mengalihkan tatapan kepada buku pada tangan kirinya,dia menggerakkan beberapa butir batu kecil berwarna putih itu mengikut corak tertentu dan berakhir dengan dia mengutip pula butir-butir batu hitam lalu diletakkannya ke dalam mangkuk dihadapannya.

" Maafkan saya.."

" Walau siapa sahaja yang menyelamatkan Yang Terpilih,mereka pasti sedang berjaga-jaga sekarang dan sedang menabur umpan di mana-mana.."

Kilasan senyum pada dua ulas bibir itu membuatkan lelaki tersebut meneguk air liurnya
dengan gementar .

" Jangan bertindak sehingga aku arahkan .Biarkan keadaan tenang dahulu.."

Lelaki itu mengangguk takzim.

" Aku akan .." Suara berat itu kedengaran lagi sambil tangannya meletakkan butir batu putih ke satu tempat di atas permukaan papan berpetak itu diiringi seringai sinisnya " Menggunakan buah yang terakhir.."

" Keii?"

" Itu terlalu mudah dan tidak mencabar langsung,Seth!"

Tiba-tiba sahaja suara beratnya bertukar nada menjadi tawa yang kedengaran menyeramkan.

" Tidak ada tarikannya lagi jika semua pergerakan sudah dijangka.Inilah kebijakan dan sensasi permainan ni .Adrenalin yang dirasakan ketika menyerang musuh dalam dalam serang hendap yang menakjubkan adalah satu euforia yang tidak terbandingkan.Kau tak akan faham perasaan tu."

" Maksudnya?"

" Darius.." Kekehannya berhenti mendadak dan sinar matanya berubah menjadi sorot yang kejam dan licik " Dia adalah buah catur aku yang terakhir !!"

+            +             +

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now