Aiiden dan Vixx yang dipertanggungjawabkan untuk meninjau sendiri keadaan ke Pangea Utara juga sudah kelihatan siap.

Jika Ken sejati seperti dari lahir punya tampang seorang professor,Aiiden sebaliknya membias persona aneh seorang 'budak jahat' melalui pilihan  citarasa berpakaiannya yang  berwarna hitam atau sekurang-kurangnya berwarna gelap tanpa mengikut trend atau musim.

Seperti kali ini juga.Hanya memikirkan bahawa suhu di luar akan menjadi semakin sejuk terutama sekali apabila menjelang malam,maka kerana itulah dia menyarung baju panas berkolar tinggi yang berwarna biru kobalt dan menyudahinya dengan jaket kulit hitam berbutang perak.

Sementara itu,ada mafela yang membungkus lehernya juga bercorak dam warna hitam dan biru tua.Melengkapi penampilannya dengan
menyarung seluar jeans hitam dan sepasang kasut kanvas bertapak rata.

Vixx tampil dalam pakaian lebih santai tetapi tetap tidak dapat menafikan roman wajah unik lelaki berbangsa Nymph itu.Rambut cokelat yang menghampiri warna karamel senada sahaja dengan kemeja berlengan panjang berhud yang berwarna perang pada tubuhnya.

Rambutnya disikat menyerlahkan dahi dan sepasang kaca mata berbingkai bulat bertenggek pada hidung dan memilih seluar jeans berwarna biru muda samar kelabu serta kasut berbut pendek sedikit bertumit juga dalam warna cokelat gelap.

" Hati-hati semua.."

Giliran Mark mencelah dan tidak dinafikan pada wajahnya memang terlukis garis-garis risau.Jika yang lain-lain dipertanggungjawabkan bagi menggumpulkan maklumat dari setiap pangea,seperti biasa dia adalah orang terakhir yang akan turun padang kerana dia menggalas beban sebagai pemantau keselamatan mereka melalui sistem kamera pengawasan.Mark tetaplah Mark yang kepakarannya dalam dunia siber memang tidak boleh dinafikan.

Selain itu,secara diam-diam dia juga diamanahkan satu tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada menyusup masuk ke pusat penyelidikan sains ataupun mendapatkan maklumat tentang Bangsa Athos di setiap pangea iaitu-memastikan keselamatan Ara sehingga mereka semua berkumpul lagi seminggu kemudian.

Dan sudah tentu dengan perangai kurang siuman Ara,mengurusinya adalah sedikit sukar ketika ketiadaan Kembar Lycan serta Ken yang setakat ini menjadi satu-satunya antara mereka berlapan yang mampu menjinakkan perangai degil gadis tersebut.

Sementara itu,Rein serta Eiiden yang akan menggumpulkan maklumat tentang Bangsa Athos di Pangea Barat dan Pangea Barat Laut sekaligus juga sudah siap untuk bertolak dengan menggunakan penerbangan domestik sama seperti Aiiden dan Vixx.

Eiiden dengan rambut hitam bernuansa kehijauannya memilih kemeja panas berlengan panjang yang sedikit longgar daripada material benang berkait warna cokleat kemerahan seperti warna bata dan jaket labuh denim dengan warna oren keperangan berbutang hitam.

Lebih memilih untuk tampil santai dan selesa sama seperti Rein yang hanya menyarung kemeja berhud warna biru muda dan memadankan dengan jeans hitam serta menyerkup rambut cendawannya dengan topi dan jaket labuhnya tergeletak di atas meja.

Rein menyambar jaket di atas meja sebaik sahaja kedengaran suara hon dari perkarangan.Ryo sudah berada disisi keretanya dan kelihatan sedang mengejapkan pakaian yang dipakainya kerana suhu pagi di musim luruh begitu masih terbilang sejuk apatah lagi jika menjelang malam nanti.

Ken menyambar kunci kereta di dalam bekas daripada kaca di atas meja dan menghampiri Ryu yang sudah berada di ambang pintu.Menyandang begnya ke bahu.

"Kami pergi dulu, Eiid.."

Eiiden menepuk bahu Ken dan pemuda itu  hanya mengangguk.

" Tak kira apa hasilnya,utamakan keselamatan.."

Mark sekali lagi mengingatkan seraya menjabat tangan Ken dan Ryu .

" Kau juga."

Ken menyahut sambil mengerling Ara yang mengekori Ryu di muka pintu dan kata-katanya dibalas anggukan dari Mark kerana mereka tahu apa maksud pemuda tersebut.

Ken dan Ryu bertolak menggunakan kereta SUV yang telah ditukarkan nombor pendaftarannya sementara Aiiden,Eiiden, Vixx dan Rein menaiki kereta yang dipandu Ryo menuju ke lapangan terbang menyisakan satu lagi kenderaan yang akan digunakan oleh N, Ara juga Mark.

" Eiiden pasti dengan rancangan ni?"

Ryu dari tempat memandu bertanya sambil mengerling tiga susuk tubuh yang berhimpit di belakang itu.

" Saya tahu yang lain-lain juga sependapat dengan saya dalam hal ini."

Eiiden menjawab dengan nada tenang dan hanya memerhatikan Ara berlari anak menuju ke kereta di mana N sudah bercekak pinggang seperti sedang membebeli Ara yang terlompat-lompat menjinjit kasut di tangannya manakala Mark mengekori Ara dan sedaya upaya menjejalkan jaket labuh ke bahu gadis tersebut .

" Tuan tak tahu apa yang kami sudah hadapi sebelum ini.Untuk kami berada seperti apa yang Tuan lihat sekarang,memerlukan tidak hanya kami harus kuat berdiri di atas kaki kami sendiri bahkan harus boleh merangkak dalam gelumang darah sendiri untuk melindungi apa yang paling berharga pada kami."

Jawapan bersahaja Aiiden membuatkan Ryo mengejapkan genggaman tangannya ke stering dan terasa kata-kata Aiiden itu bagaikan satu ikrar dan janji yang tidak boleh dimungkiri.Mengekori arah tatapan Aiiden dan dia tersenyum sekilas sambil mengangguk.

" Keluarga ." Sahut Ryo " Betulkan?"

+            +              +

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now