Dan lebih daripada itu adalah Ara sempat memberitahu kepada mereka beberapa belas minit sebelum Ryo dan Hunter tiba-bahawa dia-pemuda bergelar Hunter itu adalah keturunan yang lahir daripada Bangsa Athos dan bangsa manusia dan ia membuatkan Ken mengambil kesimpulan bahawa Bangsa Athos sudah lama berada di alam manusia selain telah beradaptasi dengan kehidupan di dunia manusia.

Tentang  bagaimana mereka memenuhi keperluan biologi mereka terutama sekali trait pemakanan yang memerlukan darah segar makhluk lain itu masih menjadi tanda tanya dalam benak Ken dan Ryu.

Sementara itu,Hunter yang tidak menyedari dia diperhatikan oleh beberapa pasang mata yang tajam seperti helang itu tidak dapat tidak menjatuhkan tatapannya ke arah Ara dan tanpa sedar dia tersenyum dari sebalik topeng mulutnya.

Melihat Ara kelihatan tidak apa-apa,ia sudah cukup untuk membuatkan Hunter berasa lega.Kehilangan Ara beberapa hari yang lepas ternyata membuatkan dia tidak senang apatah lagi apabila ada tanggapan aneh tentang Ara yang berjaya ditangkap oleh mereka di luar sana yang mahukan Ara untuk tujuan mereka sendiri.

Tatkala Ryo yang menemuinya di tempat biasa mereka dan mengatakan bahawa dia turut sama diundang oleh Ara,dia tidak perlu berfikir dua kali.Pantas sahaja dia memberikan persetujuan.

Memang dia tidak dapat mengelak daripada merasa janggal apabila sebaik sahaja dia memasuki ruang tamu rumah satu setengah tingkat itu berpasang-pasang mata terasa seperti sedang mengimbasnya dari kepala ke mata kaki.

Seorang demi seorang memperkenalkan diri dengan menjabat tangannya erat dan dari hujung mata dia melihat Ryo mengerlingnya sedikit simpati entah mengapa.

Dan apabila pemuda yang menamakan dirinya sebagai N mengenggam tangannya kejap seraya sedikit tersenyum,Hunter menarik tangannya dalam cara paling tidak ketara.Aneh bagaimana dia merasakan ada aliran hawa panas merayapi urat darahnya.

Dan bagaimana Ara yang dikenalinya selama ini hanya mempunyai Mun sebagai rakan karib tiba-tiba sahaja muncul sebagai adik kepada lapan orang pemuda yang kelihatan hampir sebaya adalah keanehan terbesar yang melegari fikiran Hunter ketika itu.

" Berapa banyak yang awak tahu tentang Bangsa Athos,Hunter?"

Aiiden berdehem sebelum mengajukan pertanyaan kepada Hunter yang ralit memerhatikan Ara sejak dari tadi dan ia membuatkan Aiiden mencerunkan matanya tidak suka.

Pertanyaan Aiiden menyebabkan Hunter meligas kepalanya ke arah pemuda tersebut dan tatapan mata Aiiden yang menusuk dari sebalik wajah dinginnya terasa mencengkam sementara ada sepasang mata lain menyorotnya dengan tatapan aneh dari sebalik kaca mata berbingkai hitamnya.Seketika dia merasa kalut tetapi pantas mengumpulkan semula keyakinannya untuk menjawab dengan nada berani.

" Memandangkan kalian semua adalah abang kepada Ara dan sudah berkenalan pula dengan Tuan Ryo,pasti bukan rahsia lagi tentang status saya.."

"  Virus Hybrid?" 

Eiiden mulai mengalihkan tumpuannya kepada tetamu mereka yang satu lagi.

" Tersebar akibat pemburuan haram secara terbuka oleh Bangsa Athos yang saya percaya adalah antara lapan keluarga asal Bangsa Athos."

" Keluarga asal? Maksudnya?"

Rein pula menyampuk dan serentak pasang mata lain di ruangan tersebut menatap Hunter.Hatta Ara dan Ryo sendiri yang sudah mengenali Hunter lebih lama daripada yang lain-lain juga mendengar hal itu buat kali pertama.

"Setelah Istana Besar berjaya mendapatkan Yang Terpilih,ada beberapa orang daripada Bangsa Athos yang ditempatkan sebagai perisik dalam dunia manusia tidak sempat memasuki gerbang antara dimensi untuk kembali ke dunia sebelah.Dan sehingga kini, Panglima Artakus dan Istana Besar tidak pernah lagi cuba mencari mereka.Lama kelamaan mereka mulai beradaptasi dan ada dalam kalangan mereka yang berkahwin serta mempunyai keturunan dengan bangsa manusia."

Ken terpaksa menepuk lutut Ryu yang mahu sahaja membuka mulut apabila terang-terangan Hunter menuduh Istana Besar sudah mengabaikan Bangsa Athos tanpa mengetahui hal yang sebenarnya sementara dihadapan Hunter ketika itu adalah pewaris takhta Istana Besar yang sah.

Sekurang-kurangnya buat masa ini identiti mereka berlapan masih perlu dirahsiakan demi kebaikan semua orang terutamanya Ara.

" Dengan diketuai oleh Keluarga Artemis-tujuh keluarga lain seperti Keluarga Carrow,Keluarga Fenrir,Keluarga Greyback,Keluarga Legion,Keluarga Styx,Keluarga Gaiben dan Keluarga Nephlin bergabung membentuk satu kumpulan yang dinamakan Kumpulan Templar.Dan setiap daripada mereka menguasai hampir seluruh Pangea."

Hunter tidak teragak-agak untuk meneruskannya.

" Mereka perlukan Ara sebagai kunci untuk membuka satu gerbang sihir antara dimensi bagi membawa semula Bangsa Athos yang ada di alam manusia untuk kembali ke dunia sebelah."

" Atau sebaliknya !"

Vixx mengetatkan giginya sambil mengerling Ara.Pertanyaan apa sebenarnya yang berlaku kepada Ara semasa mereka menyelamatkan Ara beberapa hari yang lepas semakin terjawab dan membuatkan darah Vixx kembali mendidih.

" Jangan tinggalkan fakta bahawa Tuan Muda Darius anak lelaki bongsu Keluarga Artemis sanggup melakukan kerja keras dan menyamar sebagai orang biasa demi mendekati Ara !"

Suara Ryo yang tiba-tiba mencelah dan menyebutkan nama itu membuatkan Hunter tersedak oleh teh suam yang dihirupnya perlahan apabila dia  cuba mengalihkan rasa cuak akibat menjadi sasaran tujahan berpasang-pasang biji mata yang menatapnya dengan tatapan menyelidik.

" Ara tahu tapi membiarkannya?" Aiiden menoleh dengan leher kaku kepada gadis tersebut.

" Tahu.Tapi setakat ini Darius tidak pernah memperlihatkan tanda bahawa dia merancang sesuatu .."

" Jangan terlalu naif, Ara.." N mencelah setelah lama mendiamkan diri tetapi matanya tetap menatap tajam ke satu arah di ruang tamu tersebut " Apa yang Ara pelajari daripada kejadian dengan Pakcik Lu?"

" Mungkin  Tuan Muda Darius tidaklah seburuk apa yang disangkakan."

Hunter menyampuk dengan batuknya yang masih bersisa.

" Dia tak akan melepaskan saya semasa saya hampir tertangkap akibat menceroboh Istana Templar tempoh hari."

" Maknanya, Hunter tahu selok-belok Istana Templar?"

" Tidak semua tetapi saya sudah memetakan tempat yang boleh digunakan untuk  melepaskan diri dan juga letak di mana kamera pengawasan keselamatan mereka berada."

" Lusa.Disini jam yang sama.Boleh Hunter bawakan peta kasar tu nanti?" Eiiden bersuara.

" Pasti."

Angguknya meyakinkan Eiiden dan yang lain-lain bagi memperlihatkan kepada mereka dia sedia bekerjasama.Sekurang-kurangnya,mencari sekutu seramai yang  mungkin adalah langkah terbaik buatnya pada masa tersebut dalam keadaan dia  menyedari  masa untuknya sudah semakin singkat.

+             +             +

" Cis...tunggu saja masa aku akan menangkap kau nanti !!"

+            +             +

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now