Disebabkan rancangan TV semuanya tak menarik. Aku mengambil keputusan ingin mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

Daripada tidak lakukan apa apa lebih baik buat pahala. Sudahlah diri banyak dosa. Apa salahnya isi masa terluang dengan menambah pahala kan?

Sunyi sungguh rumah ni bila semua orang takde. Aku melepaskan keluhan. Paling aku tak suka bila bersendirian. Mulalah aku fikir masalah. Dugaan yang aku sedang terima sekarang.

Omma tengah buat apa?

Dia masih marahkan aku ke?

Aku menyerabutkan rambut. Lantas aku berdiri dan al-Quran aku letak di atas rak kemudian bergerak ke luar rumah. Hirup udara segar lagi bagus daripada melayan hasutan syaitan.

Tipulah aku kata aku tak pernah rasa putus asa dengan segalanya yang aku alami. Sampai satu tahap— aku terdetik hati nak putuskan urat pergelangan tangan sendiri.

Aku menyesal sebab terfikir nak buat benda bodoh sebegitu. Serupa tak ada iman saja. Alhamdulillah. Allah hantar kawan-kawan baik yang mampu nasihat aku untuk teruskan hidup.

You can't stop me lovin' myself
Braaahhhhh woohoooo

Deringan lagu telefon di atas meja kecil bersebelahan pintu utama membantutkan langkah aku.

"Handphone siapa ni..". Tanya aku sendirian sebelum menjawab panggilan. Aku berani angkat sebab terpapar nama Afieq pada skrin. Lagipun manalah tau hal kecemasan ke apa kan.

"Assalamualaikum". Ucap aku.

"Waalaikumusalam. Ini siapa?"

Aku menjarakkan telefon untuk melihat semula nama si pemanggil. Memang tak salah nama Afieq terpampang tapi suara perempuan pula yang keluar.

"Ini siapa?". Aku menyoal kembali.

"Dania. Aaaa.. ni siapa?"

"Jungkook"

"Oh haa betul lah handphone aku tinggal kat rumah. Uish mati mati aku ingat tercicir kat mana tadi"

Aku tergelak. Cara Dania cakap memang kelakar. Kemungkinan dia sedang bercakap dengan Afieq.

"Uh sorry. Saya cuma nak pastikan telefon saya ada kat mana. Nasib ada kat rumah"

"Oh.. takpe..". Dalam talian pun awkward.

"Ok um.. sekejap lagi kitaorang balik bawa makanan. Tunggu eh? On the way ni. Bye"

Tuttt—

Skrin telefon yang masih menyala menarik perhatian aku. Automatik degupan jantung aku berubah laju.

Inilah lelaki yang Yusuf cakap pada aku haritu? Sampai dia tersalah anggap bahawa aku ni boy friend Dania

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Inilah lelaki yang Yusuf cakap pada aku haritu? Sampai dia tersalah anggap bahawa aku ni boy friend Dania.

Cermin yang tak jauh dari tempat aku berdiri saat ini menjadi sasaran. Telefon pintar Dania juga tak lepas dalam genggaman tangan.

Suamiku Budak Tahfiz: Jeon JungkookWhere stories live. Discover now